Bab 7 : Cemburu

6 1 0
                                    

Felicia melangkah ke lobi fakulti dan mengintai dari jauh, di sebalik pokok akasia, berdiri Roland tersenyum ke arahnya. Berdebar hati Felicia. Cintanya membuak-buak dan berbunga-bunga di dalam hati. Tetapi semuanya hancur apabila Roland melambai seseorang di belakang Felisa.
Felisa menoleh ke belakang. Terlihat seorang gadis cantik rupawan, dengan mekap yang sederhana tapi orang itu memiliki wajah yang originalnya lawa.
“Hai Fel,”Kata Rachel.
“Hai juga,”Felicia terasa hatinya dicucuk-cucuk. Sudah dia ramalkan, Roland akan membawa mereka berdua untuk berjalan-jalan. Felicia tunduk, hilang senyumannya.
“Fel. Chel, jom jalan-jalan di One Borneo. Ada wayang bagus hari ni, Princess’s Switch!”kata Roland, apabila mereka berdua sudah mendekati lelaki kacak itu.
Sesampainya di One Borneo, Rachel tidak lekang memegang tangan Roland. Felicia di sebelah Roland, kadang mengintai kemesraan antara mereka berdua dan dia menjadi parasit atau penghalang bagi sepasang kekasih itu.
Felicia berdiam diri sepanjang ekspedisi ke pusat membeli-belah terkenal itu dan apabila Rachel merayu kepada Roland untuk membelikannya rantai, Felicia diserbu rasa menjengkelkan.
Roland dan Rachel mendekati timbunan rantai dipamerkan dalam rak aksesori berkilat-kilat, sambil disinari lampu neon kecil di syiling rak. Felicia pula melayangkan fikiran melihat anting-anting bunga di atas meja kecil.
Lalu bagi mengubati hatinya, Felicia pun membeli anting-anting bunga, iaitu dua pasang dan membayarnya di kaunter. Tidak lama itu, Roland meletakkan rantai silver love yang dipilih Rachel, lalu membayarkannya.
“Ohh Fel, biar saya bayar anting-anting tu,”Kata Roland, tetapi Felicia melarangnya berbuat demikian.
“Its okay, Oby, biar saya bayar barang saya sendiri.. kamukan ada orang lebih istimewa,”ucap Felicia, cuba tersenyum dengan kepahitan bermain dalam dirinya.
“Mari makan sushi lepas ne,”Kata Rachel, dengan Felicia mengigit bibir. Felicia terfikir membelikan rantai lelaki di tepi rak dan dia memilih rantai dengan corak bintang di tengahnya.
Felicia membayarnya dan Roland terkejut sedikit.
“Rantai lelaki?”Kata Roland, memikir-mikir siapa Felicia hendak berikan rantai itu.
“Ya, untuk kamu,”Kata Felicia, tersenyum lebar.
Roland ketawa kecil dan Felicia mendapatkan rantai itu, diletakkan pada leher Roland. Rachel bagaikan anak kecil di sana, bergerak dari rak ke rak, rambang mata, tanpa sedar Felicia dan Roland bertentangan mata ketika itu.
“Hmm cantikkah?”Kata Roland, lalu Felicia tunduk malu. Pipinya merah.
“Yaa,”Kata Felicia. Ketika itu, Roland tersenyum lebar, gembira dengan hal itu. Makinlah Felicia berbunga hati, mabuk perasaan cinta ketika itu. Dia hanyut sehinggalah Rachel memusnahkannya. Dengan jelas Rachel, membawa seutas rantai berlian dan berkilat-kilat, hendak Roland membayarnya pula. Geram Felicia dibuatnya!
Selepas berada di kedai aksesori, Roland menempah tiket panggung wayang dan Felicia mendiamkan diri bergerak ke kaunter di mana, makanan panggung wayang khas dijual di situ. Felicia membeli dua set makanan terdiri dari bertih jagung dan minuman cola dua tin. Kemudian, dia membeli kentang goreng yang ranggup.
Rachel pula hanya berkepit dengan Roland, menyuruh itu ini, sehinggalah Roland terpaksa mengeluarkan sejumlah duit yang banyak demi memuaskan teman wanitanya sendiri yang banyak permintaan.
“Nahhhh,”Kata Felicia, lalu Roland terkejut sikit.
“Kenapa Fel?”
“Ini makanan untuk kamu. jangan risau, saya beli dua set. Satu lagi saya dan satu lagi untuk kamu,”buat kali pertama, Roland mendekati Felicia, memeluknya. Nasib baik ketika itu, Rachel sedang berada di depan kaunter masih memilih menu terbaik untuknya nikmati.
“Err,”Kata Felicia, lalu meleraikan pelukan. Dia tunduk malu. Prince charming berasa gembira hari itu, bisik Felicia. Kenapa kamu tak lihat saya yang ambil berat terhadap kamu, Oby? Bisik lagi dirinya, dengan hati sedih.
“Mari,”Kata Roland, dengan Rachel mendapatkan Roland, memegang tangannya. Felicia bergerak di belakang sepasang kekasih itu bersama perasaan yang berperang emosinya. Samada bersyukur dapat bersama Roland sehingga mendapat pelukan persahabatan, atau sekadar rasa cemburu membara di hatinya!
Sesampainya di kerusi panggung wayang, Roland berada di tengah antara Rachel dan Felicia, sambil-sambil Felicia menikmati makanan dan minuman dibelinya. Roland pula melayan Rachel, persis anak kecil minta dimanjakan.
Apabila wayang dimainkan, sepanjang masa Rachel minta perhatian Roland, mengatakan “Sweetnya” dan “Hensem puteranya!”
Felicia hanya diam. Seandainya dia menjadi watak utama itu, pastinya dia akan mengejar habis-habisan akan lelaki yang meluangkan masa dengan watak itu. Cinta mesti diperjuangkan, begitu juga situasi dia dan Roland. Roland belum nampak segalanya yang tersirat dalam hati Felicia. Felicia harap suatu hari Roland akan mengerti betapa dirinya amat mencintai dia!
Lama-kelamaan semasa cerita wayang hendak berakhir, Roland menoleh ke arah Felicia.
“Kamu sukakan puterakan?”Kata Roland, mengejutkan Felicia.
“Hahaa taklah. Saya suka lelaki yang comel,”
“Uuu kamu sesuai dengan Alvin,”Kata Rachel, mencuri dengar perbualan mereka.
“Nanti saya roger-roger Alvin untuk kamu,”Kata Roland, dengan Felicia mengeleng.
Tetapi dia hanya mampu tersenyum selepas itu. Bagaimana hendak menyukai orang lain sedangkan prince charming sudah berada di sebelahnya? Fikir Felicia.
“Kamu okey?”Kata Roland, selepas wayang itu berakhir dan kumpulan penonton sudah bergerak keluar dari ruangan panggung itu.
“Yaa okey,”Kata Felicia cuba tersenyum, biarpun dia dilanda sedih ketika itu. Itu kerana Roland dan Rachel bermesra tanpa pedulikan tatapan mata orang lain termasuk Felicia.
“Terima kasih temankan kami,”Kata Roland.
“Sama-sama,”ucap Felicia lalu Roland dan Rachel berpegang tangan keluar dari panggung, dengan Felicia di belakang mereka berdua, tunduk sendirian.
Apabila jam 5 lebih, Roland mengajak mereka berdua makan di restoran cina yang sedap-sedap makanan dan minumannya. Sesudah berada di meja bersama hidangan dipilih mereka masing-masing, mulailah Roland membawa mereka berdua berdoa.
Sesudah itu, Felicia mengintai wajah Roland, muka kelaparan. Kasihan, bisik Felicia. Selepas itu, lahaplah Roland menjamah makanan. Felicia hanya ketawa dalam hati.
Semua makanan dibeli Roland di panggung wayang, kebanyakkan dijamah oleh Rachel, membuatkan Roland tidak dapat menikmati hidangan itu. Geram sungguh Felisa, terasa hendak menampar wajah Rachel yang cantik tapi banyak ragam!
“Hmm Oby,”Kata Felicia ingin memulakan perbicaraan ketika keheningan melanda di antara mereka kerana masing-masing menikmati hidangan dengan perut berkeroncong.
“Yaa Fel?”
“Ada ne kerja pasal buat video pasal keagamaan.. kamu boleh tolong saya?”
“Boleh dengan terbuka hati!”
“Bagaimana videonya?”Kata Rachel ingin menyertai topik itu.
“Hmm video dua minit saja, pasal agama masing-masing, ceritakan kebaikan dan ajarannya begitu,”Kata Felicia, mengingati hujahan Selena ketika kelas pagi tadi.
“Ohh senang saja tu,”Kata Rachel tiba-tiba membuatkan Felicia menaikkan kening kanan.
“Apa dia?”
“Begini…Seorang gadis kristian memakai gaun putih, menerima sakramen komuni dan duduk di kerusi, lalu .. hmm.. apa ya?”Kata Rachel tersekat ideanya.
“Kemudian, ada seorang lelaki memberinya bunga?”Kata Roland.
Felicia ketawa kecil.
“Untuk apa bagi bunga? Apa maksudnya? Hmm.. saya rasa biar lelaki tu bagi alkitab dan buku nota. Lalu menjelaskan kepada gadis itu akan aktiviti rohani yang dia patut ambil tahu atau sertai.”Kata Felicia.
“Yaa begitu pun boleh,”Kata Roland.
“Adakah mereka berpasangan?”Kata Rachel.
“Saya rasa, boleh juga begitu. Dan kita nampakkan sakramen perkahwinan,”Kata Felicia.
“Setuju,”Kata Roland.
“Biar kami berdua berlakon!”kata Rachel.
“Felicia harus bermain juga ketika itu,”Kata Roland.
“Jadi?”Kata Felicia.
“Biar saya dan kamu jadi kekasih dan Rachel hanya urus kamera ketika itu,”Kata Roland.
“Hmm baiklah. Saya tukang pegang telefon,”Kata Rachel, mencebik bibir, merajuk.
“Alaa tolonglah demi Felicia, dia sudah temankan kita berjalan hari ni,”Kata Roland memujuk teman wanitanya. Meluat pula Felicia lama-lama.
“Saya tak naklah,”Kata Rachel, teruk rasa geramnya.
“Alaa Rachel,”kata Roland.
“Tidak apa, biar Evy tolong kita,”Kata Felicia kepada Roland, dalam hati melonjak gembira. Ini salah satu cara mendapatkan hati prince charming!

The Boy That Stole My Heart Where stories live. Discover now