Apabila Rena tertidur di sofa, Felicia mendapatkan kerusi, duduk di samping Roland. Ohh betapa hatinya berkabung ketika itu, mengharapkan lapisan oksigen yang hinggap ke alam peparu Roland, menyembuhkan sakitnya. Kemalangan itu menyebabkan organ dalamnya terjejas sehingga otaknya hampir cedera teruk. Simptom hilang ingatan kemungkinan bakal terjadi sejurus selepas Roland sedar dan Felicia tidak hendak memikirkannya sedalamnya, risau dia lebih terluka. Apa yang Felicia lihat di hadapan, adalah harapan dan baris-baris cinta yang sedia dipikulnya biarpun Felicia bakal berkorban waktu demi sang pencuri hati dirinya itu!
Apabila tepat jam 3 pagi, Felicia terbangun, dengan kepalanya dibaringkan pada tepi tangan kanan Roland, itu kerana kehangatan tubuh badan Roland dirasai Felicia, buatnya tenang. Dia memeriksa telefonnya, ada mesej diterimanya;
“Saya jumpa Rachel, Fel. Dia dengan lelaki lain-Evy,”
Felicia melihat mesej itu, datang sejak jam 9 malam.
“Saya tidur awal tadi. Rachel tu biarlah. Itu maknanya dia tinggalkan Roland sebelum kemalangan lagi-Felicia,”
Felicia meletakkan telefon di meja, mengambil air dan meminumnya kerana haus di tekak. Sejak semalam, dia tidak dapat mengurus dirinya. Apabila dia berjalan keluar, dia beredar ke beranda hospital, mengambil udara biarpun ketika itu sangat hening dan gelap gelita.
Pagi tiba, Felicia tidak dapat tidur, terpaksalah dia mengurus dirinya mandi di bilik air dan memakai pakaian selesa. Hari itu berbeda kerana dia tidak akan pergi ke kelas atau kuliah. Semua perhatian dan fokusnya dicurahkan dalam hal menemani Roland.
Rena terpaksa keluar awal pagi itu melihat anaknya, dua orang, dijaga oleh jiran, sebab itu Rena mengharapkan Felicia menjadi orang harapan dalam menjaga Roland, kalau-kalau Roland sedar dan mulai bernafas lega atas apa yang terjadi.
“Nanti saya datang lagi petang ya. Terima kasih Felicia,”Kata Rena, lalu keluar dari situ.
Felicia duduk di kerusi, memegang tangan Roland. Berdoa dan berharap dia akan sedar secepatnya. Tapi dia tidak tenang, memikirkan bapanya. Dia berkali-kali menghantar mesej menanyakan keadaan bapanya, tapi James tidak membalasnya.
Lama-lama, Felicia terpaksalah meminta bantuan Selena.
“Sel?”Kata Felicia.
“Fel! Kamu okey? Empat hari terlalu lama untuk tidak belajar!”kata Selena sebagai pensyarah untuk Felicia.
“Saya okey. Hmm teman baik saya sakit,”
“Teman atau taman hati?”Kata Selena, mengusik. Felicia ketawa kecil.
“Hmm dua-dua,”
“Saya harap dia cepat sembuh.. Roland Ritcheekan? Dia sedang menjadi bualan pelajar sini,”Kata Selena.
“Apa? ohh kemalangan tu terjadi di dalam kampus, sebab itu banyak tahu,”kata Felicia, setelah Evy menceritakan segalanya kepada dirinya.
“Harap dia sembuh cepat,”
“Harap-harap. Sel. Bapa saya telefon semalam. Dia cakap dia di hospital,”
“Apa? kenapa?”
“Saya tanya tapi dia tak balas. Tolong dapatkan bapa saya Selena,”Kata Felicia, tidak sedar air matanya sudah berlinangan.
“Saya akan cuba hubungi dia, mari nombor telefonnya,”Kata Selena.
Felicia mematikan telefon dan menghantar mesej kepada Selena untuk memberi nombor telefon James. Dia tidak tahu James melalui kejadian apa di Kudat, kampung mereka. Ada sesuatu terjadi dengan James, Felicia dapat rasakan. Perasaannya tidak sedap.
Petang itu, tepat jam 5, Felicia menunggu di luar bilik wad kerana jururawat memeriksa keadaan Roland. Dengan tiba-tibanya, datang seseorang melangkah mendekati Felicia.
“Selena?”kata Felicia.
“Bapa kamu… ada di sini,”Kata Selena, tidak sedar air matanya sudah gugur.
“Apa? di sini? Bagaimana… bukankah dia di kampung?”
“Dia di sini Fel. Jumpalah dia di bilik wad aras satu. Kritikal keadaannya,”Kata Selena.
Felicia berlari selaju mungkin dengan penuh tenaga. Dua orang tersayangnya sakit ketika ini. Apakah ujian ini yang menimpanya dalam masa yang sama? Felicia menaiki lif pergi ke aras dua dan apabila bertanyakan jururawat, tibalah dia di bilik wad lelaki persendirian. Kelihatan bapanya, James masih belum sedar.
Felicia menangis teresak-esak sehinggalah Selena berdiri di ambang pintu. Jururawat yang tinggi lampai mendekati Felicia.
“Kamu siapa?”
“Saya anaknya, kenapa kamu tak panggil saya miss?”Kata Felicia.
“Orang ni suruh jangan beritahu sesiapa mengenai sakitnya,”
“Apa sakit bapa saya, miss?”
“Maafkan saya. Dia mengalami kanser tulang yang teruk, kata doktor, kemungkinan .. dia tidak akan lama lagi miss,”jururawat itu tunduk sayu, berasa simpati dengan Felicia.
“Fel.. li… cia..”ucap James, lemah di katil. Felicia gembira bapanya sudah sedar, lalu cepat dirinya memeluk lelaki itu.
“Kenapa kamu tak beritahu kamu sakit bapa?”
“Saya.. tak nak ganggu pembelajaran kamu,”
“Kamu harus beritahu hal sebenar James,”Kata Selena.
Felicia memandang Selena dan James. Dia tertanya-tanya kenapa Selena tidak menatap mata coklat Felicia lagi, selain tundukkan kepalanya dengan tersirat seribu makna.
“Ada apa bapa? Ada apa Selena?”Kata Felicia.
“Bapa.. nak kamu tahu sendiri daripada mulut bapa… “
“Ada apa bapa?”tidak lama itu, Selena keluar dari bilik itu bersama tangisan yang disembunyikan daripada Felicia.
“Selena… adalah ibu kandung kamu,”kata James, akhirnya merungkai maksud tersirat dari wajah dan jiwa mereka berdua. Felicia terkejut besar, menekup mulutnya. Apakah yang terjadi?
“Semasa kamu bayi, Selena yang baru melahirkan kamu memberikan kamu kepada bapa… itu kerana Selena diam-diam mengandungkan kamu tanpa pengetahuan keluarga angkat kayanya… selama ini bapa menjaga kamu... dan tahu, kamu akan belajar di universiti tempat ibu kamu bekerja. Selena masih remaja ketika mengandungkan kamu hasil hubungannya dengan bekas teman lelakinya… bapa kandung kamu tidak mahu bertanggungjawab.. tolong, maafkan ibu bapa kandung kamu, Fel..”kata James menangis.
Felicia diserang sebak. Dia berdiri, menangis teresak-esak.
“Betul… betulkah.. bapa?”
“Yaa, Fel. Pergi peluk ibu kamu sekarang,”Kata James, lalu Felicia berlari ke luar mendapatkan Selena. Mereka berpelukan erat, tanpa sesiapa menghalang jalinan keluarga antara mereka.
“Ohh anakku… ibu sedaya upaya menahan diri untuk memeluk kamu, Fel,”Kata Selena.
“Ibu…”kata Felicia, tidak dapat berhenti menangis.
Saat itu juga, James membaringkan diri ke katil, dengan Selena dan Felicia masuk ke dalam bilik, memanggil jururawat, kerana James tidak bergerak lagi. Nafasnya tidak berhembus lagi, menangislah Felicia.
“Bapa!”Selena memeluk Felicia, menenangkan dia.
“Dia dah pergi,”Kata Selena.
Felicia tidak percaya orang yang menjaganya sejak bayi sudah pergi selamanya. Tiada sudah tempat bermanja atau meminta nasihat berguna. Seterusnya dia menemui suatu kebenaran baru mengatakan Selena merupakan ibu kandungnya selama ini. Ohh hidup ini sungguh aneh. Apabila kebenaran terungkai, segalanya sudah jelas.
“Minggu lalu, selepas habis kuliah, saya pergi ke bilik pejabat, berdiri James di hadapan pintu bilik, melihat saya dengan penuh makna dan memberitahu, dia tidak akan lama lagi hidup… saya bersedih buat seketika, merancang memberitahu kamu, tapi saya… saya tak sampai hati… saya tak nak kamu rasa disisihkan, Fel. Maafkan saya,”kata Selena, lalu Felicia mengangguk.
“Saya dah tak kisah ibu, asalkan kita jangan terpisah lagi,”Kata Felicia, kembali memeluk Selena di luar bilik wad, di mana, tubuh James sudah diselimuti kain putih menunggu dihantar ke bilik mayat dan acara pengebumian.
YOU ARE READING
The Boy That Stole My Heart
RomanceKarya ini mengisahkan mengenai Felicia yang mempunyai cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki ketika meneruskan pengajian di mahligai gading. Dugaan datang bertalu-talu sehingga hatinya hancur. Kemudian, satu-persatu misteri hidup terungkai se...