Esoknya, Sabtu pagi, Felicia cepat-cepat bersiap untuk memakai gaun labuh bercorak bunga, kegemarannya. Lalu, meminum kopi manis berpaket-paket kecil dan menyentuh skrin telefon bagi melihat mesej yang diterimanya sejak jam 6 lagi.
“Kamu dah siap? Jom-Ronaldon,”
“Okey, tunggu Evy dulu-Felicia,”
Felicia mengambil hirupan kopi lagi dan makan salad dibuatnya sejak semalam, tapi disimpannya di dalam laci bersama bungkusan plastik di badan salad itu dan dapatlah dia menghayati kesedapan salad buatannya itu. Dengan minyak wangi melekat pada seluruh badannya, membuatkan dia rasa segar dan yakin untuk keluar ke mana-mana.
Selepas turun ke lobi asrama, Evy sudah menunggu Felicia bersama beg biru muda bercorak haiwan lautan. Felicia merasakan Evy tidak sabar akan acara Pesta Krismas tidak lama lagi. Bukan apa. Acara itu merupakan penyatuan belia kristian tidak kira cabang kristian, semuanya bekerjasama meraihkan musim krismas nanti. Riang sungguh Evy!
“Mari,”Kata Felicia mengajak temannya berjumpa Ronaldon, seseorang yang berpakaian kemeja putih, seluar jean, dengan senyuman dicalitkan minyak Vaseline pada bibirnya. Nampak tampan lebih dari biasanya.
Alvin pula mendapatkan mereka, dari ruang lobi asrama lelaki, melambai-lambai Ronaldon.
“Kamu nak ikut kami?”Kata Ronaldon.
“Yaa semestinya!”kata Alvin, lengkap berpakaian baju adidas berlengan panjang, seluar jean dan indah sungguh kasut ungunya bersinar di awal pagi.
“Jom,”Kata Felicia, cuba tersenyum melihat mereka bertiga.
Mereka menaiki kereta uber (Kereta seperti teksi di bandar) dan sampai di dewan besar universiti, mengetahui ratusan pelajar masuk ke dalam dewan untuk mendaftarkan diri sambil diberikan tugas berlainan bagi menyumbang tenaga dalam acara krismas itu.
Setelah mendaftar, mereka berempat bergerak ke tingkat dua dewan, menemui Arthur, ketua pelajar katolik, memberi penjelasan kepada rakan-rakan seiman, termasuk mereka semua.
“Itu Arthur,”Kata Alvin.
“Dia kacakkan?”Kata Ronaldon, sengaja mengusik hati Evy.
“Isshh bukan citarasa saya,”Kata Evy.
“Evy sukakan lelaki macam ahli gusti itu,”Kata Felicia, nakal. Hampir saja Evy hendak membulatkan mata melihat Felicia.
“Alaa main-main saja,”Kata Felicia, lalu melihat sekeliling rakan-rakan seiman sehinggalah di sudut kanan dewan, datang sepasang kekasih yang meragut senyumannya ketika itu.
Rachel dan Roland. berpegangan tangan, bermesra bagai detik itu milik mereka berdua.
Ronaldon mendekati Felicia, mendapatkan tangannya.
“Jangan risau, saya tak akan biarkan kamu terluka,”Kata Ronaldon.
“Ron…”bisik Felicia, lalu tunduk. Menahan perasaan bergelora tidak tentu dalam hatinya. Serba sedikit wajah Roland masih terlukis dalam kanvas fikirannya, tidak dapat mempedulikan cinta agung buat lelaki yang sudah mencuri hatinya sejak awal pertemuan lagi.
Namun berbalik dengan tindakan Ronaldon, Felicia bagai mendapat isyarat menyatakan Ronaldon sudah menjauhi Roland disebabkan Felicia.
“Kamu tahu, Rachel sentiasa ingin buatkan kami menjauhi Oby,”Kata Alvin tiba-tiba, mengejutkan mereka berdua. Ronaldon membuat wajah tenang dan sememangnya tidak peduli lagi. Persahabatan mereka memang semakin renggang hanya kerana cinta.
“Adakah sebab … saya?”Kata Felicia.
“Tak Fel. Rachel buat fitnah yang kami ne bukan kawan terbaik Oby, entah kenapa Oby terlalu cinta buta dengan Rachel.”Kata Ronaldon.
“Ya dan apabila kami ajak dia pergi ke sini… dia larang kami pula dan kami anggap dia termakan fitnah Rachel,”Kata Alvin, mukanya sayu.
“Ohh perempuan tak guna!”Kata Evy, geram.
“Apapun, kita mesti buat rencana untuk menyedarkan Oby,”kata Felicia.
“Kami tak nak lukakan hati Oby pula,”Kata Ronaldon.
“Begini…”kata Felicia, semua kawannya memandangnya serentak.
…………….
Roland duduk di sebelah Rachel di lobi dewan, melihat sekeliling untuk mendapatkan Felicia. Hatinya masih rasa bersalah kerana membiarkan Felicia terluka selepas melafazkan luahan cinta di hati. Bukan dia hendak menolak, tapi di hatinya hanya ada Rachel. Selepas perkumpulan itu selesai, bubarlah setiap mahasiswa dan mahasiswi untuk kembali ke asrama masing-masing.
Tidak lama itu, datang Felicia ke arah mereka semasa Roland dan Rachel hendak melangkah pergi dari dewan. Kedatangan Felicia menggembirakan Roland dan dia tahu Felicia akan memaafkan dia demi persahabatan mereka.
“Fel!”kata Roland.
“Oby,”Kata Felicia, lalu Rachel menyuruh Roland ke belakang, membiarkan Rachel berhadapan dengan Felicia. Felicia mengumpul kudrat dan yakin akan reaksi Roland selepas dia menyatakan sesuatu khabar.
“Kenapa nak jumpa teman lelaki saya?”
“Saya tak kacau Oby, buat apa kamu nak takut? Kamu bimbang saya rampaskah?”
“Hahaa perempuan murahan macam kamu ni mana-mana lelaki terpaksa kamu berusaha merebutnya. Tak macam saya, petik jari, 10 lelaki datang,”
“Chel, janganlah cakap macam tu dengan Felicia,”Kata Roland, risau.
“Biarkan dia Oby, kenapa kamu nak keluar dengan perempuan macam ni!”kata Fecilia tidak dapat menahan gelora cemburu dan rasa meluat terhadap Rachel.
“Diam! Kamu nak rebut Roland daripada saya, mestilah saya berkelakuan begini! Saya dengar kamu di panggung wayang, kamu ada hati dengan Roland!”
“Saya akan buktikan yang kamu tak layak untuk Oby!”kata Felicia.
“Fel,”Kata Roland, tidak sedar, hatinya terluka besar.
Felicia menolak Rachel, mendapatkan Roland.
“Ronaldon sedang sakit sekarang!”kata Felicia, terkejutlah Roland.
“Dia bencikan sayalah sayang,”Kata Rachel, cuba mematahkan niat Roland hendak melawat Ronaldon.
“Diamlah!”kata Felicia.
Lalu Roland panik dan berhasrat untuk kembali ke asrama. Rachel mencebik mulut, merajuk seketika, membuatkan Felicia puas hati. Mereka bertiga menaiki kereta uber dan sampai di asrama tepat jam 1 tengahari. Rachel mencuba menghalang Roland daripada melawat Ronaldon, tapi Roland berkeras ingin menemani temannya itu.
Roland menghantar Rachel ke lobi asrama dan melambainya. Rachel tidak membalasnya dan terus masuk ke dalam asrama. Felicia mendekati Roland, rasa berdebar dalam hatinya.
“Segala fitnah diberitahu teman wanita kamu adalah salah, Oby. Percayalah teman kamu,”Kata Felicia, membuatkan Roland tunduk sayu. Sesungguhnya, Roland tidak merancang menjauhi temannya melainkan percaya terhadap Rachel. Dia akur sejak beberapa hari lalu, dia terpaksa menjauhi temannya kerana mereka tidak setuju dia keluar dengan Rachel. Itu membuatkan dia kecewa dan duka buat masa yang lama.
Sesampainya Roland di hadapan bilik Ronaldon, diketuknya tiga kali. Lalu orang yang membukanya adalah Alvin. Alvin cuba tidak bertentangan mata dengan Roland, tapi dengan cepatnya Roland menepuk bahu temannya.
“Saya.. rindukan kamu berdua,”Kata Roland, tiba-tiba, air mata berlinangan di pipi, walaupun hanya setitis.
“Kamu tahu, Felicia sangat mencintai kamu,”Kata Alvin, lalu Roland mendiamkan diri. Di hatinya berperang pelbagai emosi dan tiba-tiba kemunculan Ronaldon di hadapannya membuatkan dia lebih beremosi.
“Oby,”Kata Ronaldon bersama senyuman yang dipaksa-paksa. Roland mendapati kawannya itu dalam keadaan sihat dan tidaklah sakit seperti mana diadukan Felicia.
“Kamu sihat?”
“Saya nak kamu datang ke sini, itu saja,”Kata Ronaldon, berharap Roland tidak terasa hati dengan pembohongan Felicia.
“Maafkan saya Ronaldon, Alvin,”lalu Roland memeluk Ronaldon atas nama persahabatan mereka.
Suasana itu sungguh mengharukan. Buat seketika, mereka mendiamkan diri, melayan perasaan.
“Saya nak kamu tahu, kamu adalah sahabat saya yang paling saya sayang, tolong jangan jauhkan saya dengan Rachel,”Kata Roland, mengejutkan temannya. Ronaldon dan Alvin berpandangan dan akur.
“Baiklah, tapi jangan percaya sangat dengan dia tu, dia mengumpat banyak orang di belakang kamu tanpa kamu sangka,”Kata Ronaldon, geram akan perempuan itu.
“Baiklah,”kata Roland, dengan hati yang berat.
YOU ARE READING
The Boy That Stole My Heart
RomanceKarya ini mengisahkan mengenai Felicia yang mempunyai cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki ketika meneruskan pengajian di mahligai gading. Dugaan datang bertalu-talu sehingga hatinya hancur. Kemudian, satu-persatu misteri hidup terungkai se...