Bab 15 : Cinta Tiga Segi

6 0 0
                                    

Hari pengebumian James diadakan semasa musim hujan di tapak perkuburan Daisi. Felicia dan Selena membaca doa dan paderi memberkati keranda emas James yang dibiayai oleh Selena. Gugur air mata dan rasa luruh menular dalam diri, dengan Felicia mengingati detik James menemaninya bermain di taman permainan dan sehinggalah Felicia meningkat usia di waktu persekolahan, mengikuti pertandingan bercerita yang James masih bualkan sepanjang masa kerana berasa bangga. Felicia menjadi johan semasa pertandingan itu, dengan James menjadi bapa unggul dipuji-puji oleh keluarga teman sekelas Felicia.
Curahan ketekunan dan perhatian serta kasih diberi oleh James biarpun Felicia bukan anak kandungnya menjadi sesuatu yang bermakna dalam diri Felicia. Felicia dibuai segala memori suka duka dikongsi sepanjang Felicia dijaga oleh lelaki gagah itu. Tiada wang ringgit dapat menilai segala pengorbanan dan kasih diberikan oleh James, hanya doa menemani tubuh lelaki itu memasuki liang lahad bersama kelegaan Felicia mengetahui James sudah memberitahu kebenaran yang sekian lama dirahsiakan!
Rintik hujan membasahi badan Felicia, bersatu dengan air mata jernih suci, menyebabkan tiada sesiapa dapat melihatnya gugur, cukup bagi Felicia setia di tepi kubur, merayu kepada Tuhan agar menempatkannya di kalangan orang beriman dan baik amalannya. Sesungguhnya seorang bapa yang penyayang dan bertamadun sehingga Felicia dibesarkan dengan nilai moral kemanusiaan serta cinta kasih melebihi apa-apa juga di dunia.
Selena memeluk erat Felicia dan berdiam diri bersamanya, seiring orang-orang kenalan James telah bubar dan meninggalkan tapak perkuburan itu.
Setelah kematian James, Felicia setia berada di hospital menemani Roland. Selena mengurus surat meminta cuti daripada Felicia di fakultinya, agar Felicia boleh bercuti seminggu demi Roland dan berkabung kerana James. Felicia tersenyum di beranda, melihat pemandangan mentari terbit di bibir gunung. Tidak lama itu, Rena mendapatkan Felicia.
“Felicia.. dia... bangun”Kata Rena, tanpa disangka-sangka Felicia di pagi Sabtu itu. Felicia berdengup kencang, memerhatikan lelangit kuning jingga menjemput rahmat bagi Felicia panjatkan doa di atas kesembuhan Roland.
Sesudah berlari melangkah ke bilik wad, Roland sedang duduk di katil, memerhatikan kedatangan Rena dan Felicia yang sedaya-upaya menyenangkan hati Roland ketika itu.
“Oby,”Kata Felicia, tidak sedar air mata sudah mengalir lembut dan rasa bersyukur dalam hatinya kembali membara.
“Siapa.. kamu?”Kata Roland, bingung melihat mereka berdua.
Terkejut besar Felicia dan dia menekup mulutnya, tidak dapat menerima keadaan Roland. Rena memeluk Felicia, menenangkan dia.
“Dia akan sembuh. Saya yakin,”kata Rena.
“Saya Rena, kakak kamu... dan ini teman kamu, Felicia James,”Kata Rena lagi. Roland mencuba berfikir sedalamnya tapi lama-lama, kepalanya terasa berat.
“Jangan paksa diri kamu, Oby,”Kata Felicia, bagai hendak melarikan diri dari situ, menangis teresak-esak. Lelaki dicintainya langsung tidak mengingatinya.
“Jadi kamu... Felicia?”kata Roland.
“Ya saya. Saya sangat ambil berat mengenai kamu selama ini, sejak kali pertama bertemu sehingga kamu terlantar... dan sedar,”
“Kamu teman saya?”
“Ya dan banyak dugaan menimpa kita sehingga kamu kemalangan,”
“Ohh Tuhan. Saya tak ingat apa-apa,”kata Roland, kecewa dengan dirinya.
Felicia memanggil jururawat dan mereka memeriksa keadaan Roland. Felicia dan Rena menunggu di luar bilik, bercampur gembira dan sedih. Komplikasi kemalangan itu sangat menyukarkan Roland menjadi dirinya sendiri lagi. Sedikit memori di antara mereka berdua atau orang lain tidak diingatinya. Bagai dia menjelma di dalam badan orang lain, dengan memori yang baru.
“Bagaimana dia doktor?”kata Felicia.
“Ingatannya belum pulih, kemungkinan makan masa, tapi badannya sembuh dengan cepat,”kata doktor wanita bernama Jenny itu. Rena sedikit sebanyak lega, tapi Felicia, bagai hari kiamat buat dirinya tiba. Milik siapakah hati Roland kalau bukan Rachel yang tidak pernah ambil berat mengenai Roland selepas kemalangan? Sungguhpun begitu, dia berharap suatu hari nanti Roland akan mengingati dan merenung pengorbanannya selama ini sehingga Roland sedar sepenuhnya.
“Baik doktor, terima kasih, dia boleh pulang ke rumahkah?”Kata Rena.
“Boleh, petang ne kamu boleh kembali ke rumah. Nanti beritahu jururawat saja,”kata Jenny memberikan senyuman terakhir dilihat mereka.
“Fel, rumah saya ada di sebelah Wisma Muis Kota Kinabalu, datanglah sana. Rumah 28 jalan Daisi,”kata Rena, tersenyum.
Felicia mengangguk dan lega sedikit dengan berita Roland dapat kembali. Tetapi pihak universiti memberikan masa sebulan untuk Roland sembuh sepenuhnya, seperti dikatakan Selena.
Felicia akur akan hal itu dan Pesta Krismas akan diadakan bermula Isnin minggu depan, iaitu ketika cutinya sudah habis. Hari di mana bermulalah minggu ulangkaji mahasiswa-mahasiswi di universiti itu.
Petang itu, Felicia menemani Roland menuruni lif, dengan Rena membawa beg berisi barang keperluan sepanjang menjaga Roland. Felicia kerap kali mengintai wajah Roland, tidak dapat disangkal perasaannya yang hebat itu buat Roland. Tapi sayang, satu memori pun tiada dalam pita-pita minda Roland. Felicia tidak hilang harapan dan terus melayan Roland seperti teman terbaiknya.
Setelah Felicia mengikuti Rena menghantar Roland di rumah Rena, Felicia akan bermalam di sana selama sehari. Ketika itu, Ronaldon dan Alvin akan melawat Roland memeriahkan keadaan mereka yang hampir hilang harapan.
Tepat jam 7 pagi esoknya, Ronaldon dan Alvin datang di rumah Rena, membawa makanan ringan seperti pizza, donut dan cola. Mereka duduk di ruang tamu, bersama Roland berdiri menghampiri temannya itu.
“Oby, ini Ronaldon. Saya Alvin,”Kata Alvin.
“Alvin? Ronaldon? Okey.. maaf.. kepala saya sangat berat sekarang,”Kata Roland cuba memicit-micit kepalanya.
“Jangan paksa diri, Oby,”Kata Felicia.
Roland duduk di sofa, hanya berdiam diri. Ada segumpal batu kesedihan menghimpit hati setiap mereka, tapi mereka sedaya-upaya menceritakan memori mereka bersama Roland sehingga giliran Felicia, memberitahu begini;
“Kita berjumpa di perhentian bas, detik itu sangat bermakna bagi saya, Oby. Saya menjadi orang yang kamu selalu ajak keluar bersama, biarpun... sebagai sahabat terbaik, tapi sejak kamu ada teman wanita, masalah datang. Tapi janganlah ingat lagi pasal itu. apa yang penting kamu sihat sekarang,”Kata Felicia, menyembunyikan perasaan merontanya ingin Roland merasakan perasaan cintanya ketika itu.
Ronaldon memerhatikan Felicia dan berkata;
“Dia... sangat cintakan kamu,”Felicia dipanah kebenaran agung pernah dia dengar selama ini. Ronaldon ada anginnya untuk menyelesaikan keadaan yang tersembunyi di sebalik senyuman manis yang dilontar oleh Felicia.
“Ohh yakah Fel?”kata Roland. Felicia terkelu. Bagai ada batu menyekat tekaknya. Rena dan Alvin pergi ke dapur kerana mereka memahami keadaan itu sangat peribadi bagi Felicia. Biarkan Ronaldon bekerja keras menyatukan mereka berdua sungguhpun dalam hati Ronaldon, ada sesuatu yang Felicia tidak dapat fahami.
“Tapi saya janji akan jaga Felicia.. seandainya kamu tak balas cintanya dalam keadaan kamu sekarang,”kata Ronaldon mengejutkan Felicia. Hampir air mata bercucuran, tapi Felicia kuatkan hati. Namun ada sesuatu terjadi. Roland mendapatkan tangan Felicia dan meramasnya.
“Seandainya betul diucapkan Ronaldon. Saya minta maaf kerana pernah menolak cinta kamu, saya tahu, kamu merupakan teman terbaik saya, dan saya... tak nak hubungan persahabatan musnah disebabkan perasaan berbunga dalam hati setiap kita,”Kata Roland, mengejutkan Felicia.
Tapi ada betulnya juga, bentak hati Felicia. Dia akur dan memahami permintaan Roland.
“Jadi?”Kata Felicia.
“Kawan selamanya?”Kata Roland, membuatkan Felicia terkelu lagi.
“Kalau begitu biar saya musnahkan persahabatan itu dengan Felicia,”Kata Ronaldon.
“Ron,”Kata Felicia, berasa serba salah akan keadaan itu.
“Ini salah saya. Saya datang di dalam hidup kamu berdua, merenggangkan hubungan kamu dan memaksa Oby berfikir sedalamnya akan memori tercipta yang jelas sekali, kamu bukanlah milik saya, Oby,”Kata Felicia, lalu berdiri berlari keluar dari rumah Rena.
“Fel?”Kata Ronaldon, berdiri dan mengejar Felicia. Tetapi Felicia sudah menahan teksi untuk kembali ke asrama. Ronaldon gagal mempertahankan cintanya buat Felicia, adakah dia terlalu berterus-terang?
“Ron,”Kata Roland dari belakang temannya itu.
“Roland. Bolehkah kamu mencintai kembali Felicia? Itu adalah cara terbaik merawat luka dalam Felicia seandainya cara saya ni benar-benar membuatkan Felicia terluka,”Kata Ronaldon, tidak sedar, air matanya sudah gugur di hadapan Roland.
“Saya nak kita kawan tapi cinta muda ini.. susah bagi saya perkatakan,”kata Roland, cuba memaksa fikirannya berfungsi mengingati detik-detik seperti diperkatakan Felicia.
“Biarkan Felicia tenang. Seandainya dia jodoh buat salah seorang kita, biar itu terjadi dan perasaan mengalah demi pesahabatan mesti ada dalam diri kita,”kata Ronaldon, mengesat air matanya dan beredar dari situ menahan teksi untuk kembali ke asrama.
Alvin dan Rena hanya memerhati, tidak ingin masuk campur. Tapi mereka kadang kala terasa simpati akan keadaan mereka bertiga. Cinta tiga segi sentiasa rumit!

The Boy That Stole My Heart Where stories live. Discover now