Apabila tiba di gereja, mereka berlima duduk di hadapan barisan bangku panjang dan Roland berjaya duduk di sebelah Felicia. Felicia gembira gila, tapi disembunyikannya melalui senyuman.
“Kamu tahu, ada kawan saya ajak koir di gereja ni,”Kata Roland separuh berbisik.
“Waa macam seronok, bila kamu jumpa untuk latihan?”Kata Felicia.
“Esok petang di pondok kecil kampung E,”Kata Roland.
“Jam berapa?”
“Jam 5 begitu. Datang ya bersama Evy,”Kata Roland, dengan Felicia melonjak gembira. Tapi dia tahu Roland akan mengajak Rachel juga. Tetapi kehadiran Roland nanti serba sedikit membuatnya damai dan gembira.
“Okey Oby,”
Sepanjang di gereja, Felicia mengintai Roland di sebelah sehinggalah sesi sembayang selesai tepat jam 11. Beredarlah mereka menuju ke One Borneo dengan tujuan hendak mengisi perut di restoran cina. Sepanjang perjalanan, Felicia curi-curi memandang Roland, sehinggalah Evy bertindak melangkah ke arah Alvin dan Ronaldon, membiarkan Felicia dan Roland berjalan bersama-sama di hadapan. Felicia tersenyum, dengan Roland menceritakan kisah mimpinya semalam kepada Felicia sehingga dia tertawa.
Sesampainya di restoran itu, Alvin memberikan pinggan kepada Felicia dan menyuruh dia mendahului mereka semua memilih makanan di dalam rak hidangan restoran itu. Selepas itu, Felicia bergerak membawa hidangan yang sudah dibayar olehnya, lalu duduk di sudut kanan restoran menunggu mereka semua. Dia perhatikan Roland memilih makanan dan membelanjakan Alvin dan Ronaldon, sementara Evy berkeras hendak membayar makanan itu sendiri. Felicia hanya tergelak, diam-diam menghayati detik Roland tersenyum di sana.
Tiba-tiba, dari sudut luar restoran, datang seorang gadis mendekati Roland. Felicia tidak pernah ternampak gadis itu, tetapi jelas sekali gadis itu membuatkan Alvin dan Ronaldon tidak senang duduk.
“Kamu nak ke mana lepas ni? Marilah ikut saya,”Kata gadis itu memakai gaun seksi dengan mekap tebalnya. Jelas sekali gadis itu ingin mendapatkan Roland.
“Amily, saya dengan teman sayalah hari ni,”Kata Roland.
“Kamu nak pergi mana? Biar Alvin temani kamu saja,”Kata Ronaldon pula.
“Alaa saya nak Roland!”kata Amily, mencebik bibir.
Felicia terpaksa bertindak cepat. Dia mengambil segelas air putih, mendekati Amily dan dengan sengaja menumpahkan air itu pada gaun seksi Amily!
“Apa ni!?”kata Amily, geram. Felicia ketawa sendirian dalam hati. Geram juga dia akan gadis yang tidak tahu malu di tengah keramaian itu!
“Kamu!”kata Amily.
“Opss minta maaf. Kamu menghalang kami dari makan bersama,”Kata Felicia, membuat wajah menyesal biarpun dalam hatinya, melonjak gembira. Roland meleraikan pertengkaran antara mereka dan membawa Amily keluar dari restoran, memujuknya dari menganggu mereka semua.
“Lepas ni jam 4 kita pergi ya, saya janji,”Kata Roland.
Felicia tidak sedar, cemburu membuak dalam dirinya, lalu apabila dia bangun dari kerusi, Evy menahannya dari mencampuri urusan Roland.
“Kamu tahu, nanti memburukkan keadaan,”kata Evy.
“Dia siapa?”kata Felicia kepada Alvin dan Ronaldon.
“Amily, dikenali oleh teman sekelas sebagai kaki lelaki. Dia memang cantik tapi perangainya.. hmmm.. faham-fahamlah,”Kata Alvin, jelas sekali juga rasa meluat melihat Amily.
“Dia.. memang sukakan Roland walaupun Rachel sudah mendapat hati Roland,”Kata Ronaldon, membuatkan Felicia makin geram.
“Kamu harus jauhi Amily. Bapanya dikatakan seorang pemilik syarikat terkenal di negeri ini. Apa-apa boleh berlaku jika melibatkan orang ternama,”Kata Ronaldon lagi, dengan Felicia rancak berfikir banyak hal. Apa yang direncanakan gadis kaya itu? menggoda saja kerja dia! Fikir Felicia.
“Kamu.. jam 4 saya akan bersama Amily. Kamu balik saja ke asrama,”Kata Roland.
“Saya akan ikut,”Kata Felicia, tegas menyebabkan Roland tersentap.
“Biarkan kami Fel. Saya tak nak susahkan kamu,”Kata Roland. Felicia memilih untuk mendiamkan diri, sehinggalah mereka selesai makan tengahari di restoran itu.
Sepanjang perjalanan untuk masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka, Ronaldon mendekati Felicia yang berjalan di sebelah Roland.
“Saya akan ikut kamu bersama Oby nanti,”Kata Ronaldon.
“Ron!”kata Felicia, serba sedikit merasa bersalah bakal menyusahkan lelaki itu.
“Kamu tahu, Amily pernah bergaduh dengan gadis yang curang dengan teman lelakinya dulu ketika masuk ke universiti, sangatlah teruk. Dia mengambil kayu besbol memukul gadis itu dan gadis itu pitam dalam keadaan tangannya patah. Amily digantung beberapa bulan tapi dia masih gilakan lelaki yang diingininya!”kata Ronaldon, dengan Felicia berkerut wajahnya. Makinlah benci dia terhadap gadis yang merebut Roland itu.
“Kamu risaukan saya?”Kata Felicia, dengan tiba-tiba, pipi Ronaldon merah bagai ada lipstik dicalit di sana pula. Felicia ketawa kecil dan mendiamkan diri apabila Evy dan Alvin melambai ke arah mereka.
“Ada love bird,”Kata Felicia kepada mereka berdua. Evy dan Alvin ketawa kecil, namun di hati hanya Tuhan memahaminya.
“Kamu pun Love Bird!”kata Evy, lalu ketawa terbahak-bahak Felicia.
“Saya jadi bodyguard Felicia saja,”Kata Ronaldon, mengaru kepalanya.
“Okey hati-hati!”kata Evy, lalu beredar dari One Borneo menuju ke perhentian bas di halaman bangunan pusat membeli-belah itu.
Felicia dan Ronaldon, serta Roland berjalan menuju ke kedai-kedai serbaneka, dengan Felicia sentiasa mendekati Roland. Dia tidak dapat menahan diri daripada menjauhi lelaki itu. Tarikan Roland bak magnet terhadap dia, lalu semasa Roland didekati Amily dari kedai makanan segera, Felicia kembali berwajah muram, dengan kecemburuan membutakannya!
“Alaa kenapa bawa kawan kamu?”Kata Amily menjengkelkan Felicia. Felicia mengambil tangan Roland, menjauhi Amily. Tetapi Ronaldon bertindak menghentikan rencana Felicia.
Ronaldon menarik Felicia dan berhadapan Amily.
“Dia. Teman wanita saya,”Kata Ronaldon, mengejutkan Felicia dan Roland.
“Hmm jadi kenapa nak ikut kami?”Kata Amily tidak puas hatinya. Felicia mengigit bibir dan menarik Ronaldon ke belakang Roland.
“Kamu buat apa ni?”bisik Felicia.
“Percayakan saya saja. Kamu nak lindungi Obykan? Ikut saja saya,”bisik Ronaldon.
Roland pula tersengih-sengih tidak hendak menjauhkan diri dari kebingungan itu, tetapi menjadi tunggul digoda Amily!
“Yaa saya teman wanita Ron,”Kata Felicia kepada Amily.
“Kalau begitu jauhi saya dan Roland,”Kata Amily. Roland berdiam diri, melihat Ronaldon dengan kening ternaik ke atas. Bagai dia pun perlukan penjelasan daripada mereka berdua.
“Kami akan menemani kamu berdua, hmm … seperti dua pasangan kekasih?”Kata Ronaldon.
Amily berfikir sedalamnya dan tersenyum lebar. Pantang ada ayat,”Kekasih,” fikir Felicia.
“Okey saya setuju, jum pergi panggung wayang!”kata Amily, menyebabkan Felicia melihat Ronaldon.
“Baik mari!”kata lelaki itu sambil mendapatkan tangan Felicia. Sepanjang perjalanan, Felicia tidak selesa digenggam tangannya oleh Ronaldon, tetapi dia mengalah sambil memujuk hatinya. Demi Roland, bentak Felicia.
Tetapi dia merasa aneh dengan Ronaldon. Sepanjang masa, Ronaldon mengenggam tangan kecil Felicia, di situlah detik dia tersenyum melihat Felicia di sebelah. Felicia cuba mengalihkan fokus kepada Roland yang diraba-raba Amily macamlah Roland itu anak patung! Namun Roland tahu ada batasnya bagi dia akur dengan pelawaan Amily. Kadang-kala Roland menjauhi diri dan menasihati Amily supaya menjaga jarak tapi di situlah gadis itu meragam! Fikir Felicia.
Lama-lama, sepanjang perjalanan ke kaunter panggung wayang, Roland membayar duit tiket panggung wayang untuk Amily dan Felicia serta Ronaldon, menyebabkan Felicia merasa geramnya menebal untuk Amily. Amily yang menyuruh Roland berbuat demikian, tapi hanya untuk dirinya, bukan untuk Felicia dan Ronaldon. Namun Roland sememangnya rela hati membelanjakan kawannya, kerana diri lelaki itu yang datang daripada keluarga pemurah walaupun berkeadaan mewah.
“Jom!”kata Amily, memegang tangan Roland. cis! Fikir Felicia makinlah dia menjauhi tangan Ronaldon, demi mendekati Roland.
Ronaldon menarik tangan Felicia, dengan wajah berkerut.
“Tunggu saja,”Kata Ronaldon, dengan Felicia geram akan lelaki itu.
“Kenapa ni? Kamu nak halang saya mengapa-apakan gadis jahanam tu!?”kata Felicia, tidak sedar suaranya sudah bergema di ruangan panggung wayang. Semua orang melihatnya dan Ronaldon, mendekati Felicia, mengucup bibir merah gadis itu!
YOU ARE READING
The Boy That Stole My Heart
RomanceKarya ini mengisahkan mengenai Felicia yang mempunyai cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki ketika meneruskan pengajian di mahligai gading. Dugaan datang bertalu-talu sehingga hatinya hancur. Kemudian, satu-persatu misteri hidup terungkai se...