Bab 13 : Nasib Roland

6 0 0
                                    

Selena mendapatkan Felicia, memeluknya dengan hangat dan erat. Felicia tahu Selena akan memahaminya. Hubungan mereka suatu keajaiban dalam diri Felicia, serta-merta dirinya berasa tenang dan lega. Seolah-olah Selena merupakan malaikat pelindungnya. Selepas itu, Felicia keluar dari pejabat, dengan wajah yang sudah kering dengan air mata. Evy mendapatkan Felicia, giliran dia pula memeluk menenangkan Felicia.
“Saya ada kelas selepas ini, nanti jumpa di asrama ya,”Kata Evy, dengan Felicia mengangguk. Pulanglah Felicia bersendirian, tetapi kali ini tanpa menggunakan bas universiti, melainkan berjalan kaki merenung banyak hal.
Entah kenapa hatinya riang ketika itu dibandingkan detik-detik Roland datang di dalam hidupnya. Dia sangat berterima kasih dengan Selena dan apabila dia melihat jam pada telefon, berdering lagu Taylor Swift memperlihatkan panggilan daripada bapanya, James.
“Yaa bapa?”Kata Felicia.
“Fel, bapa rindukan kamu,”Kata James, dengan suara lemahnya.
“Bapa sekarang di mana? Macam tidak sihat saja bapa ni,”
“Bapa… bapa… Cuma rindukan kamu,”
“Bapa cakap terus terang.. bapa di mana sekarang?”
“Hospital Fel.. bapa ,,, bapa,”tiba-tiba James menangis di corong telefon.
“Bapa kenapa? Apa sakit bapa? Felicia akan pulang esok ya bapa, melawat bapa,”Kata Felicia tidak sedar air matanya sudah gugur, sambil bergegar seluruh badannya bagai terkena elektrik.
“Jangan risau, bapa okey,”
“Bapa.. jangan sembunyikan apa-apa daripada Felicia,”
Kemudian, panggilan termati disebabkan rangkaian yang tidak lancar. Felicia tidak tenang, mengingati keadaan James. Memang bapanya itu selalu merahsiakan banyak hal daripada Felicia, kerana tidak mahu fokus Felicia untuk belajar terganggu.
Sesampainya di asrama, Felicia tiada selera makan dan dia kembali ke biliknya, rehat di katil. Tetapi apabila telefonnya bergetar menunjukkan mesej, Felicia lambat membacanya melainkan termenung ke luar jendela, iaitu jendela berdekatan katilnya.
“Bapa, apa berlaku?”Kata Felicia, satu demi satu masalah menimpanya, bermula daripada Roland sehingga James.
Felicia membuka mesej, terkejut melihat bertimbun mesej daripada Ronaldon;
“Jom berlatih lakonan di perpustakaan-Ronaldon,”
“Okey-Felicia,”
“Jam 2 ni-Ronaldon,”
“Okey Ron-Felicia,”
Felicia berdiri dan bergerak ke bilik air. Dibasuhnya wajahnya, sehinggalah krim pencuci muka dipicitnya agar mengeluarkan isi krim yang sederhana tebal pada jemarinya, lalu dia mencalitkan krim itu pada kulit wajah sehingga rasa sejuk-sejuk mengigit kulit.
Setelah itu, dia datang ke bilik. Alangkah terkejut dia menerima 10 panggilan daripada Evy. Felicia menelefon kembali Evy dengan persoalan besar menghimpit benaknya. Kenapa dengan Evy? Bukankah dia ada kelas sekarang?
“Helo Evy,”Kata Felicia, di corong telefon.
“Fel. Oby.. Oby kemalangan!”kata Evy mengejutkan Felicia.
“Apa?!”
……………
Felicia segera pergi ke hospital Queen Elizabeth di tengah bandar, bersama Evy yang baru kembali dari kelas, tidak ingin membuang masa. Hati Felicia berdebar kencang, takut kehilangan lelaki itu. Sakitnya di hati berbisa melebihi putus cinta dan melebihi cinta ditolak! Di hadapan bilik kecemasan, berdiri seorang wanita yang merupakan kakak Roland, iaitu Rena yang tinggal berdekatan universiti mereka.
“Bagaimana dia?”Kata Felicia kepada jururawat yang keluar bersama doktor.
“Mana keluarganya?”Kata doktor wanita itu.
“Saya, doktor!”kata Rena.
“Kami temannya,”Kata Felicia, panik, menunggu jawapan doktor.
“Dia mengalami pembekuan darah dan kemungkinan hilang ingatan buat masa yang lama. Semuanya bergantung dengan ketekunan dan kesungguhan Roland untuk sembuh, sekarang keadaannya dalam koma, kami akan berusaha sedaya upaya,”Kata doktor itu panjang lebar. Felicia menangis tidak henti. Adakah Roland tidak akan mengingati dia? Termasuk Ronaldon dan Alvin?
Tidak lama itu, telefon Felicia berlagu Taylor Swift, menjawablah Felicia segera agar bunyi deringan itu tidak menganggu pesakit lain.
“Helo Ron?”Kata Felicia.
“Bagaimana Oby?”kata Ronaldon di corong telefon.
“Dia.. dia.. koma,”kata Felicia, tangisan yang membuatkan Ronaldon ingin segera ke sana.
“Saya akan ke sana,”Kata Ronaldon sebelum mematikan talian telefon.
Roland diletakkan dalam wad, berkeadaan koma, dengan alat pemeriksa denyutan jantungnya berbunyi,”Dut dut dut,” sangat merisaukan Felicia seandainya denyutan itu berhenti! Felicia berdoa semoga Roland dicintainya itu sedar secepat mungkin.
“Kamu tentu kawan Obykan? Mana teman wanitanya? Kamu Rachelkah?”Rena berhadapan Felicia, lalu Felicia melihat sekeliling. Tiada kehadiran Rachel di sana.
“Hmm tak. Saya Felicia, kawan baik Oby, ini Evy,”Kata Felicia, lalu Rena tersenyum.
“Saya bakal kembali ke rumah untuk menemani anak saya, boleh kamu tolong jaga adik saya? saya janji akan datang malam ini untuk jaga dia,”Kata Rena. Felicia mengangguk kerana memahami Rena yang mempunyai komitmen lain.
Felicia membuat surat tidak hadir kepada beberapa pensyarah menggunakan laptop dibawa di dalam beg hitam semasa menemani Roland yang tidak sedarkan diri lagi. Evy pula diberikan kunci bilik daripada Felicia, untuk membawa beg berisi pakaian dan alat keperluan lain kerana Felicia akan menetap di sana sehingga Roland sedar. Walaupun ianya mengambil masa yang lama. Felicia sudah tekad.
Evy memujuknya agar jangan lama-lama tidak menghadiri kuliah kerana peperiksaan akan dimulakan bulan hadapan dan dia risau Felicia akan merosot pembelajarannya.
“Jangan risau, saya akan belajar sambil melawat dia,”Kata Felicia.
“Kamu tahu.. Roland harus sedar, kamu ada di sisi dia semasa dia sakit, celaka Rachel!”kata Evy sambil geram akan gadis yang tidak pernah muncul di hospital sejak Roland mengalami kemalangan malang itu.
“Entahlah Evy. Saya tak kisah apa-apa.. asalkan Oby dijaga sebaiknya dan akan sedar dalam keadaan baik,”Kata Felicia, tersenyum sendiri di tepi katil Roland.
Tidak lama itu, Ronaldon dan Alvin tiba di hospital, melihat Felicia setia duduk di kerusi, memerhatikan mereka bersama air mata berlinangan tidak henti.
“Ooo Oby,”Kata Alvin.
“Fel, segalanya akan baik-baik saja, dia akan sedar tidak lama lagi,”Kata Ronaldon pula.
“Yaa Ron. Doakan,”kata Felicia, cuba mengesat air matanya, namun Ronaldon mengetahui hal itu, lalu memberikan Felicia akan tisu tebal dari poket seluar.
“Dia.. kemungkinan hilang ingatan kata doktor,”
“Ohh Tuhan..siapa jaga dia malam ni?”Kata Alvin.
“Adakah orang tu ialah kamu?”Kata Ronaldon.
“Yaa saya dan kakaknya, Rena,”Kata Felicia.
“Fel. Kuliah masih berjalan minggu terakhir ni. Tidak lama minggu ulangkaji dan lepas tu peperiksaan. Pesta krismas dalam beberapa hari lagi. Kamu mesti sedar hal ini,”Kata Ronaldon memujuk Felicia, tapi Felicia sudah tekad.
“Saya akan jaga Oby. Pesta Krismas tu saya akan hadir, saya janji,”Kata Felicia.
“Hmm baiklah. Nanti saya maklumkan kepada Naomi dan Arthur,”Kata Ronaldon, dengan Alvin mengangguk tanda faham.
Mereka berdua tidak lama di situ, kerana selepas Ronaldon membelikan makanan dan minuman kepada Felicia, kembalilah mereka berdua ke asrama universiti, meninggalkan Felicia sendirian walaupun Ronaldon ada niat untuk menemani Felicia. Namun dilarang oleh Felicia sendiri. Cukup sajalah dirinya menemani Roland yang harapan untuk sedarkan diri masih belum jelas.
Evy datang tepat jam 6 petang, membawa beg berisi barang keperluan Felicia, lalu kertas dicetak mengandungi surat kebenaran bercuti selama empat hari diberi oleh Felicia, agar disampaikan kepada Selena. Biarkan Selena mengaturnya.
Felicia percaya dengan pensyarah itu, pasti dapat membantunya. Selepas berbual sekejap di bilik wad, Evy pun menyatakan dia akan pinjamkan buku nota kepada Felicia selama empat hari itu. Tepat jam 7, datanglah Rena ke bilik wad. Terkejut melihat Felicia.
“Kamu tak nak balik ke universiti? Saya tak nak menyusahkan kamu.”Kata Rena.
“Tidak apa kak Rena. Saya rela jaga Roland,”Kata Felicia, lalu Rena tersenyum, memahaminya.
Evy pulang ke asrama, meninggalkan Felicia bersama Rena.
“Kamu… ada hatikan dengan dia?”Rena mengejutkan Felicia. Hati Felicia kembali berbunga dan pipinya merah. Tapi dia tidak tahu hendak menjawab apa, biarpun cinta agungnya itu sering menyebabkan dia terluka.
“Saya… cintakan dia, kak,”ucapnya dengan wajah sayu melihat keadaan tubuh lemah Roland.

The Boy That Stole My Heart Where stories live. Discover now