Felicia keluar dari bilik kuliah, menemui Evy di foyer fakulti. Pagi itu, kelas bagi kursus Felicia berlangsung selama 2 jam dan menyebabkan Evy menunggunya di foyer. Dia memberitahu segalanya kepada Evy. Evy tidak ceria dengan hal itu.
“Kamu okeykah?”Kata Evy.
“Yaa, Oby akan tolong saya, lagipun, kemungkinan cara ini dapat membuka hati dia,”Kata Felicia, mengharap, dengan wajah sayu. Evy memeluk temannya itu dan menyokongnya dengan hati ikhlas.
“Terima kasih Evy, faham,”Kata Felicia.
Jam 2 itu, selepas makan, Felicia bergerak ke fakulti jurutera, berjumpa Roland di sana, bersama Rachel. Sesungguhnya mereka berdua merupakan kawan sekelas, sebab itu mereka boleh menjalin hubungan romantik, tapi saya tak akan kalah, fikir Felicia.
“Hai Fel,”Kata Roland.
“Mana Evy?”kata Roland lagi.
“Oby! Hmm penat, sudah balik asrama,”Felicia mendapatkan teruna dicintainya itu, dengan Rachel melirikkan mata melihat Felicia bagai mengetahui niatnya yang tersembunyi.
“Marilah mulakan lakonan,”Kata Felicia. Bagi Felicia dia tidak mengeluh datang dari fakultinya menuju ke fakulti mereka berdua. Baginya, menemui Roland tidak dihitung pengorbanannya, kerana cinta yang membuak-buak di sanubarinya, sekaligus mematahkan jalinan cinta mesra antara Roland dan Rachel. Felicia tidak berniat memisahkan mereka, tapi cukup saja dia melihat Roland bernafas di hadapannya, itu sudah cukup baginya!
Mereka bertiga menuju ke taman berdekatan fakulti itu, dengan Roland mengeluarkan kamera digital, membuatkan Felicia teruja.
“Waa kamu punya Oby?”
“Yaa,”Kata Roland, tersenyum mesra.
Rachel pula mencebik bibir, minta dimanja Roland, dengan memegang tangan lelaki itu. Felicia berdiri di tengah taman, mengeluarkan buku doa dan duduk di tengah taman. Roland memberi kamera digital kepada Rachel dan Roland mendapatkan bunga kertas, memberikannya kepada Felicia.
Jantung Felicia berdebar-debar, bagai hal itu realiti baginya. Sudah cukup dia merasa situasi itu dengan Roland yang berlakon menjadi kekasihnya.
Felicia menerima bunga itu, lalu melihat kamera, menyuruh Rachel memberhentikan rakaman.
“Apa lokasi seterusnya?”Kata Roland.
“Saya rasa gereja dan kita boleh minta tolong pekerja gereja berlakon bersama kita,”Kata Felicia, tersenyum. Dia mahukan isi kandungan video mengenai agama menjadi indah sekali. Sesampainya di gereja belakang bangunan One Borneo, Roland mendapatkan tangan Rachel, bermesra di hadapan Felicia. Felicia hanya mendiamkan diri, sehingga seorang lelaki berumur 40-an datang ke arah mereka.
“Hai, hari ni tiada misa,”Kata lelaki itu. Misa itu bermaksud aktiviti sembayang dalam kristian.
“Ohh, kami nak berlakon boleh tak?”Kata Felicia. Lalu dia menceritakan segalanya kepada lelaki bernama Thomas itu. Thomas mencadangkan mereka berlakon di luar gereja. Lalu Rachel, disuruh merakam lakonan, sehinggalah selesai.
Sepanjang rakaman, Felicia dan Roland tidak sedar, mereka berpegangan tangan, membuatkan Rachel berundur dan menarik tangan Roland.
“Kamu hanya berlakon okey?”Kata Rachel, menjengkelkan Felicia. Felicia dilanda hampa dan sesungguhnya genggaman tangan Roland sentiasa segar dalam fikirannya.
………..
Apabila Jumaat tiba, Felicia duduk di foyer, mengedit video dirakam oleh Roland. Kerap kali, dia mengulang video semasa mereka berpegangan tangan di hadapan gereja, sambil ayat-ayat diletakkan di skrin rakaman itu. Felicia tersenyum lebar, mengharapkan hal itu akan terjadi suatu hari. Sepasang kekasih beriman dalam Tuhan, sangatlah menjadi idamannya ketika itu.
Tiba-tiba, ada seseorang menepuk bahunya, lalu terkejutlah Felicia. Bagai jantungnya hendak tertanggal dari badannya pula.
“Aisss! Kamu ni!”kata Felicia, kepada Evy dan Nina, tersenyum melihat Felicia sendirian di sana.
“Kenapa senyum sendiri ni? Hmm mesti ada sesuatu ne,”Kata Nina.
“Kamu sedang buat apa?”Kata Evy, lalu Felicia cepat-cepat menutupi laptop merahnya itu. Bimbang pula Evy ternampak lakonan dirinya dan Roland, berhujah panjang pula. Itu kerana Evy risau akan Felicia yang sering terluka hatinya.
“Hmm video Dr. Selena,”
“Wahh dah siap?”Kata Nina.
Evy tiba-tiba merampas laptop Felicia, membukanya dan ternampaklah video Roland di sana.
“Kamu.. suruh Roland berlakon dengan kamu?”Kata Evy. Felicia mengaru kepala dan mengeluh sedikit.
“Okay. Yaa, saya suruh Oby berlakon dengan saya,”
“Ohh Fel. Kamu akan terluka nanti,”Kata Evy, dengan Nina melihat mereka berdua silih berganti.
“Siapa Oby? Apa perkara yang saya tidak tahu ni?”kata Nina lalu dan Evy memberitahu Nina segalanya. Felicia hanya tunduk sayu, mengambil laptop itu dan memasukkannya ke dalam beg kecilnya.
“Ohh Fel. Oby kamu sudah bersama gadis lain,”Kata Nina, setelah Evy menjelaskan segalanya.
“Masih ada harapan, saya tahu akan terjadi di masa hadapan,”Kata Felicia tunduk sayu. Evy dan Nina melihat sesama mereka dan duduk di kerusi memandang teman mereka itu.
“Lepaskan dia saja Fel,”Kata Evy.
“Atau…”Kata Nina.
Felicia mengangkat kepalanya melihat Nina. Evy yang sayu juga melihat Nina, bagai gadis itu menjampi mereka untuk mendengarkannya.
“Kita buat Oby kamu sedar, bahawa kamu sangat mencintai dia!”kata Nina.
“Nina, jangan mengharap sangat. Cinta tidak boleh dipaksa!”kata Evy masih dengan pendiriannya.
“Alaa belum cuba belum tahu. Dengar ni, hari itu, lebih kurang beberapa hari lalu, saya terdengar Nelly dan Cheryssa bercerita pasal Pesta Krismas untuk semua pelajar kristian menjadi ahli jawatankuasa mengurus acara terbesar ketika krismas itu. Saya rasa kamu harus ikut acara itu dan biarkan Felicia mendapatkan hati Oby.”Kata Nina, bersemangat.
“Okey kamu bagaikan doktor cinta!”kata Felicia, ketawa kecil, sehinggalah Nina terjangkit juga gelak tawa itu. Tetapi Evy masih muram.
“Saya tak tahu apa nak cakap. Tapi kita… boleh cuba,”Kata Evy, akhirnya akur dengan idea Nina.
“Pujuk Roland untuk ikut acara tu,”Kata Evy lagi kepada Felicia.
“Okey Evy,”Kata Felicia bersinar matanya.
………….
Ahad itu, Evy dan Felicia menunggu bas di luar kafe, iaitu halaman luar kampung E. Tiba-tiba, tanpa Felicia sedari, Roland sudah berada di belakang Felicia, menyapanya. Felicia gagap seketika dan menarik nafas secukupnya bagi berbicara dengan lelaki itu.
“Mari sama-sama ke gereja,”Kata Roland, dengan senyumannya yang begitu manis.
“Yaa, mana Rachel?”Kata Felicia, tapi di dalam hati berharap Rachel tidak akan keluar hari ini.
“Hmmm dia sakit tiba-tiba, kemudian Alvin dan Ronaldon lambat turun ke sini. Sekejap lagi adalah mereka, jom sama-sama,”Kata Roland. Melonjak gembira Felicia diam-diam dan dia hanya mengangguk. Evy tidak berbual dengan Roland, kerana ingin membiarkan mereka berdua bermesra.
Alvin dan Ronaldon datang selepas 10 minit dan Felicia disapa lembut oleh Alvin.
“Jom lepas gereja, makan lagi di restoran cina macam hari itu,”Kata Alvin, terkenal dengan sikap peramahnya.
“Yaa setuju,”Kata Evy.
“Hahaa baiklah, lagipun perut sudah lapar ni,”Kata Felicia dan tiba-tiba, Ronaldon bergerak mendapatkan Felicia, memberikannya coklat kitkat merah.
“Makanlah,”Kata Ronaldon, terkenal dengan sikap pemalunya.
“Terima kasih Don,”Kata Felicia, membuatkan Ronaldon berpipi merah sedikit.
Felicia memakan coklat itu dengan sopan santun, sambil-sambil mengintai Roland di sebelahnya, sehinggalah mereka menaiki bas. Semasa di bas, Evy dan Felicia duduk bersama, dengan Roland, Alvin dan Ronaldon terpaksa berdiri di tengah bas sambil-sambil berbual topik melucukan. Felicia hanya tersenyum, berharap dapat melihat Roland tersenyum di gereja nanti.
YOU ARE READING
The Boy That Stole My Heart
RomanceKarya ini mengisahkan mengenai Felicia yang mempunyai cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki ketika meneruskan pengajian di mahligai gading. Dugaan datang bertalu-talu sehingga hatinya hancur. Kemudian, satu-persatu misteri hidup terungkai se...