Bab 4 : Gadis Dicintainya

8 1 0
                                    

Di kafe, mereka berdua memilih hidangan dalam rak makanan, lalu bersama-sama memilih lauk yang sama sambil tersenyum-senyum. Akhir sekali selepas membayar, mereka membawa hidangan itu ke meja bulat kecil sesuai untuk dua orang. Roland mengeluarkan tisu kecil, menyerahkannya kepada Felicia yang tersenyum malu ketika itu.
Selepas itu, mereka menikmati makanan, sambil Felicia mengintai wajah Roland di hadapan tanpa berkata apa-apa. Senyap saja menikmati hidangan itu, ditambah lagi perut sudah menganas meminta diisi. Mereka mendiamkan diri sehinggalah Roland menatap mata coklat Felicia.
“Hmm kamu tahu Felicia, akhir-akhir ne saya … jatuh cinta,”Kata Roland, mengejutkan Felicia. Jantung Felicia bagai ingin meletup dan berdengup pantas dari biasanya. Felicia menanti kata-kata Roland dan berharap orang dimaksudnya adalah dirinya.
“Dia… seorang yang cantik, baik dan beriman,”Kata Roland. Felicia tersenyum lebar, menanti lagi.
Dia jatuh cinta dengan saya? Fikir Felicia, bagai ingin menari di tengah kafe bersama Roland.
“Siapa orangnya?”kata Felicia, berdebar.
“Dia…kristian dan saya jumpa dia buat masa sekejap, akhirnya jatuh cinta,”Makinlah berdebar Felicia.
Tiba-tiba, Felicia menerima mesej daripada Nina, mengatakan ingin berjumpa di perpustakaan bagi membuat kerja berkumpulan. Aduii! Kacau daun, bentak Felicia sedih sedikit.
“Oby, kawan saya ajak belajar dan buat kerja di perpustakaan fuhhh!”kata Felicia. Roland kekalkan senyumannya.
“Tidak apa, lepas ne saya temani kamu ke sana,”Makinlah Felicia berdebar.
Felicia ingin meneruskan perbualan topik tadi, tapi Roland sedang melayan telefonnya juga, tentu ada mesej daripada teman atau siapa-siapa yang bakal menganggu detik mereka pula, bisik Felicia.
“Saya pun nak ke perpustakaan, kawan sekelas ajak belajar,”Kata Roland. Selepas itu, mereka berdiam diri sambil menghabiskan hidangan di meja. Sesekali Felicia mengintai wajah prince charming itu. Berdebar hatinya, seperti ada radio di hatinya, memainkan lagu cinta.
“Felicia, selepas jam 5 ni kita jumpa di perpustakaan lagi, ada hal saya nak tunjukkan,”Kata Roland, mengejutkan Felicia.
Felicia mengangguk, tersenyum manis.
Setelah itu, mereka sama-sama berjalan ke perpustakaan yang tidak jauh dari situ, sambil-sambil Felicia mengintai Roland di sebelah, memikirkan siapa gadis dicintai lelaki comel itu. Felicia tahu, serba sedikit perasaan antara mereka bakal berbunga dan cinta dalam hati dirinya dibalas oleh Roland. Felicia berdoa dan mengharap hal itu adalah benar.
Sesampainya di hadapan perpustakaan, Roland melambai Felicia sambil mengatakan;
“Jumpa jam 5,”Kata Roland, sambil melambai dan berpisahlah mereka. Felicia melonjak gembira selepas Roland sudah hilang dari pandangan. Yas!
Felicia mencari Nina, dengan temannya itu bersama dua orang lagi kawan sekelas mereka, iaitu Cherrysa dan Nelly. Dia mendekati mereka dengan senyuman manis.
“Uuu ada orang dating,”Kata Nina. Felicia hanya tersenyum dan duduk di kerusi.
“Wah dengan siapa Fel?”Kata Cherrysa yang merupakan gadis muda yang comel, berisi dan lemah lembut orangnya.
“Hahaa, rahsia,”Kata Felicia, cuba menutupi topik itu kerana bakal membuatkannya hendak pitam mabuk cinta.
“Waa, bertuahnya,”Kata Nelly, seorang gadis muda berisi, putih melepak seluruh wajahnya, langsung tiada jerawat tumbuh di wajah comel itu.
“Hehe,”itu sajalah dikatakan Felicia, lalu mereka memulakan perbincangan mengenai keja-kerja kuliah. Hampir dua jam membuat kerja melalui rujukan dari buku-buku di rak perpustakaan, lalu bubarlah kumpulan mereka. Nina melambai Felicia dan tinggallah Felicia di sudut ruangan meja itu, menunggu Roland datang.
Harapan untuk melihat Roland lagi membuak-buak dalam hati. Kadang dia mengelamun sendirian, mengenangkan detik Roland mengajak dia makan di kafe fakulti. Kemudian detik kali pertama bersua muka, hampir lagi tangan mereka bersentuhan semasa kardigan terjatuh ke lantai perhentian bas.
Tiba-tiba, susuk tubuh lelaki menghampiri Felicia dari kanan rak buku.
“Oby,”Kata Felicia tersenyum.
Namun kali ini berbeda untuk mereka berjumpa. Roland membawa seorang wanita yang Felicia tidak kenali tapi dia jelas merasakan ada benih-benih kecewa dan cemburu dalam dirinya!
“Felicia,”Kata Roland, lalu mendapatkan tangan gadis dibawa Roland itu dengan mesra. Felicia hampir menangis dan dia pun diserang sebak. Dia terpaksa menahan rasa sedih dan kecewa di hatinya. Roland sungguh mesra dengan gadis itu. Felicia tunduk sayu, tapi tetap kekalkan senyuman pahitnya.
“Ini Rachel,”Kata Roland.
“Hai Felicia, hei, kamu kata nak jumpa kawan lelaki kamu,”Kata Rachel, menyebabkan Roland mengaru kepala.
“Teman saya sibuk. Hehe, sebab tu saya panggil kawan baru saya Felicia,”Kata Roland, tidak sedar, Felicia mendiamkan diri kerana hatinya sedang ditusuk pisau kekecewaan.
“Fel, inilah gadis tu yang saya bualkan dengan kamu,”Kata Roland, sambil merenung mata Rachel.
“Felicia, kamu okey?”Kata Rachel selepas menyedari kelakuan aneh Felicia.
“Baru saya ingat, kawan saya Evy sedang menunggu saya di One Borneo. Saya nak beredar dulu Oby, Rachel. Maaf,”Kata Felicia, mengejutkan Roland.
Tiba-tiba, Roland menahan Felicia bergerak menjauhi mereka.
“Oby, saya harus pergi, jangan risau saya pandai jaga diri juga,”Kata Felicia, cuba tersenyum lebar agar Roland tahu dia baik-baik saja. Roland ditarik Rachel, duduk di kerusi.
“Okey bye Felicia,”Kata Rachel. Roland hanya diam dan bermasam wajah. Kemungkinan kecewa kerana Felicia tidak lama hendak bersama mereka berdua.
“Bye,”Kata Felicia.
Felisa tidak tahan lagi. Sepanjang perjalanan ke perhentian bas, dia menangis diam-diam. Tidak sesiapa mengerti akan hatinya ketika itu. Retak, ditusuk, tidak dapat disembuhkan lagi. Cinta yang bertunas di hatinya hancur berkecai bak cermin yang pecah cebisannya. Tidak dapat dijaga lagi. Tidak dapat disembuhkan lagi.
Lama betul dia berada di perhentian bas dan kemudian, dia tidak hendak menunggu bas lagi. Dia berjalan kaki, sambil menangis tanpa sesiapa tahu.
Adakah itu tujuan Roland mengajaknya? Memperkenalkan gadis dicintainya selama ini? Bentak hati Felicia.
Tiba-tiba, telefonnya berdering lagu Taylor Swift.
“Helo? Fel, kamu di mana?”Kata Evy di telefon, kerisauan. Apa tidak jam 5 lebih itu semakin gelap. Tentu Evy ingin mengajaknya makan malam di kafe kampung E.
“Saya… saya akan ke sana sekejap lagi. Maaf,”Kata Felicia, lalu mematikan talian telefon.
Felicia tidak sedar hujan sudah turun, membasahi dirinya. Air matanya bercampur bersama titisan hujan dan dia berhenti di hadapan fakulti jurutera. Dia mengenangkan detik ketika makan tadi dengan Roland. Dia tahu bahawa dia bertepuk sebelah tangan, tapi harapan untuk merebut kembali hati Roland masih dipersoalkannya. Adakah berbaloi cinta bertepuk sebelah tangan ini diperjuangkan?
………….
Sesampainya di kampung E, selama 25 minit berjalan kaki, Felicia mengesat air mata dan naik ke biliknya di mana, Rosifah belum datang. Malam itu dia hendak bersendirian, tapi dia tahu, Evy akan risau terhadap keadaannya dan tidak akan membiarkannya bersedih sendirian.
Sesudah mandi dan menukar pakaian, dia membaringkan diri di katil dan tiba-tiba, pintu biliknya diketuk lembut oleh seseorang di luar.
Felicia bangun, melangkah ke pintu, memutar tombol. Selepas itu, kelihatanlah Evy membawa dua bungkus makanan malam. Felicia mendapatkan Evy, memeluknya dengan tangisan.
“Kenapa ni Fel?”Kata Evy, tapi Felicia tidak menjawab, malah menangis di bahu Evy. Setelah itu, Evy dan Felicia masuk ke bilik, dengan Felicia memberitahu segalanya. Evy tumpang sedih dan kecewa, lalu malam itu, Felicia tidak berselera untuk menjamah makanan, malah mereka berdua berdiam diri, sambil Felicia menangis bersama tisu dikesat di wajah.

The Boy That Stole My Heart Where stories live. Discover now