Bab 5 : Selena

8 1 0
                                    

Felicia tidur dengan mata bengkaknya dan mencuba untuk memikirkan perkara yang indah-indah selain menangisi Roland yang sudah memiliki gadis lebih cantik daripadanya. Memang Rachel sangat cantik. Mereka sangat secocok. Semua lelaki berbaris untuk menjadi buah hati gadis itu, hanya memetik jari, segalanya terjadi dengan dasyhat apabila melibatkan cinta.
Sedangkan Felicia tidak pernah membuatkan lelaki lain cair dan mabuk cinta dibandingkan dengan Rachel. Apalagi, Rachel itu kejelitaannya terserlah dari luar biarpun dalamannya masih diraguinya. Memanglah Roland akan jatuh cinta dengannya. Felicia tahu dirinya bertepuk sebelah tangan, tapi cinta dalam dirinya untuk lelaki itu sangat berkuasa.
Felicia menangis lagi tepat jam 2 pagi terjaga dan dia diam-diam melangkah ke meja, membuat sajak;
“Ohh… sang pencuri hati,
Kamu bukanlah untukku hidup bersama
Kamu merebut pesona jiwaku
Mengindahkannya tapi mewarnakannya kelabu
Bak mendung awan
Menangis dan airnya memandikan bumi jiwa!”
Felicia duduk di kerusi, mengambil nafas, kemudian, tertidur di kerusi itu dengan kepala terdampar ke meja keras bilik kecil.
Apabila dia bangun, mentari menyinari sebahagian ruang bilik melalui jendela berdinding cermin kembar. Dia melangkah ke jendela, membuka pintu kecil jendela dan menghayati mentari terbit dari kaki langit menyebabkan awan putih riang bergerak-gerak.
Dia tahu sudah tiba masa tidak memikirkan mengenai Roland.
Kemudian, dia mengambil baldi dan pergi ke bilik air. Sepanjang masa, dia hendak memikirkan memori terindah. Tetapi memorinya tetap melekat dengan Roland, detik dia berjalan di sebelah Roland, bernafas selembutnya, menoleh dengan keindahan dan suara mengetarkan hati. Segalanya mengenai Roland, dicintai Felicia. Tiada apa-apa dapat membuatkan dia tidak memikirkan mengenai Roland. Sejak ternampak di perhentian bas, sehingga di kafe fakulti, musnah begitu saja hatinya ketika berada di perpustakaan. Hidup ini sangat aneh. Tetapi Felicia tahu, jika berani mencintai, berani jugalah terluka.
Dia mengambil nafas dan memakai tuala menyelimuti dirinya memasuki biliknya. Evy sudah bangun, duduk di kerusi, disimbah sinaran mentari pagi yang rajin memancar bumi. Felicia memakai pakaian gaun dan hari Selasa itu, Rosifah akan kembali ke bilik itu, jadi sudah tiba masa, Evy kembali ke bilik asrama di tingkat bawah. Tetapi Evy tahu, dia perlu menemani Felicia di saat-saat sedihnya.
“Saya akan bersama kamu dalam masa seminggu ni, jangan risau,”Kata Evy, lalu Felicia memeluk teman baiknya itu.
“Terima kasih,”Kata Felicia.
“Sudah. Jangan ingatkan prince charming tu… banyak lagi lelaki charming di luar sana,”kata Evy, lalu Felicia memaksa dirinya senyum dan riang di hadapan Evy. Tetapi dia tahu, Evy tidak mungkin tertipu dengan semua kegembiraan palsu itu.
“Lepaskan semuanya,”Kata Evy.
Tiba-tiba, telefon Felicia berdering lagu Taylor Swift dan cepat-cepatlah dia menjawab tanpa melihat nama pada skrin.
“Hello Felicia, esok selepas jam 2 kamu ada masa lapang?”Kata Roland di corong telefon. Felicia mengesat air matanya dan berpura-pura dalam keadaan baik.
“Hmm yaa saya tiada apa-apa hendak dibuat selepas kuliah jam 12 esok,”Kata Felicia, dalam hatinya benar-benar ingin memadam memori di perpustakaan tadi.
“Jom jalan esok, makan-makan,”Lama barulah Felicia menjawab, dia melihat Evy. Kemudian, Felicia mengambil nafas dan menghembuskannya. Dengan segala waktu yang ada, Roland mengajaknya keluar walaupun tiada niat ingin melukakan Felicia, tetapi melakukannya dalam waktu yang tidak tepat. Waktu sedih Felicia, tanpa diketahui sang pencuri hati itu.
“Saya akan fikirkan,”itu sajalah Felicia dapat menjawab kerana pada masa yang sama ingin menjaga hati lelaki dicintainya itu.
“Okey.. saya akan tunggu di hadapan kampung E,”kata Roland, lalu Felicia mematikan talian, tidak ingin menguris perasaan Roland pula.
“Apa dia?”Kata Evy.
“Dia ajak jalan esok,”Kata Felicia.
“Jangan keluar dengan dia… itu akan memburukkan keadaan hati kamu!”kata Evy, menyebabkan Felicia berperang dilema dalam hati. Hendak keluar dengan Roland, bermaksud membinasakan dirinya, tetapi dia melonjak riang dengan ajakan Roland secara jujurnya.
Sebab itu.
Dia berani dilukai lagi.
“Ini akan menjadi kali terakhir saya menerima ajakannya.. saya janji,”Kata Felicia, dengan Evy menghembus nafas.
“Baiklah,”
…………
Esoknya, kuliah pagi kira-kira jam 8, masuklah Felicia dan Evy di ruangan sederhana luas di mana kerusi disusun mengikut baris, berhadapan papan putih serta projektor dipasang pada komputer. Bilik kuliah kecil itu memang menjadi asam garam pelajar di fakulti Sains Makanan dan Pemakanan. Riuh rendah pelajar kedengaran dan menjadi senyap apabila masuklah seorang wanita 30-an, membawa beg hitam bercorak bunga dan wanita itu dikenali sebagai Dr. Selena.
“Hai! Selamat pagi,”kata pensyarah itu. Semua pelajar di sana termasuk Felicia mengucap,”Selamat pagi,” dan keriangan ditunjukkan oleh wajah Selena jelas menjangkiti semua pelajar. Dia tidak jemu dengan senyuman lebar.
Sepanjang kuliah, Felicia tidak dapat fokus dan kerap kali mencuba menahan dirinya dari mengantuk. Felicia tidak dapat tidur semalaman, kerana matanya bengkak. Dirinya tidak dapat lepas dari mengingati Roland.
Lama-kelamaan, Selena memberi kerja kepada semua pelajar, secara individu, iaitu membuat video mengenai kebaikan aktiviti agama masing-masing sebagai suatu cara Selena mengetahui pandangan setiap pelajar dan apa mereka dapat pelajari melalui aktiviti tertentu. Ini disebabkan Selena mengajar Sains Sosial sebagai subjek minor mereka semua.
Tepat jam 10, keluarlah setiap pelajar dari bilik kuliah, meninggalkan Felicia dan Evy di sana untuk mengambil beg masing-masing. Tetapi, ada sesuatu berlaku. Selena mendekati mereka berdua dan riak wajahnya berubah.
“Hmm Dr. Selena,”Kata Evy, hormat.
“Kamu Felicia?”Kata Selena. Felicia menoleh ke arah pensyarah itu, sekaligus menghilangkan rasa mengantuk kerana digantikan rasa hairan.
“Datang ke pejabat saya sekarang,”Kata Selena, dengan wajah serius. Evy dan Felicia berpandangan. Ketakutan serta kerisauan bermain di dalam diri Felicia.
“Apa Dr. Selena hendak daripada kamu?”bisik Evy.
“Saya.. rasa.. dia tahu saya tak fokus ketika kelas,”kata Felicia takut, membuat kesimpulan yang rasional.
“Hmm lain kali jangan buat lagi, lihat tu mata kamu, bengkak kerana seorang lelaki,”kata Evy, sambil menegur teman baiknya itu.
Felicia tunduk sayu. Terbukti dia tiada semangat hidup selepas kejadian di perpustakaan. Cinta benar-benar boleh membinasakan diri, tetapi semuanya terpulang dengan Felicia, untuk teruskan hidup mencapai kebahagiaan atau teruskan murung kerana lelaki!
Evy menunggu Felicia di bangku luar pejabat, dengan Felicia ragu-ragu mengetuk pintu pejabat Selena.
“Masuklah,”kata Evy, lalu Felicia berhenti seketika untuk berdoa, lalu membuka pintu empat segi itu.
Felicia melihat Selena duduk di kerusi, membuat signal tangan mengizinkan Felicia masuk ke dalam pejabatnya.
“Selamat pagi Dr. Selena,”ucap Felicia, lalu berdiri di sebelah kerusi.
“Duduk, Felicia,”Kata Selena, sesekali melihat helaian kertas di atas meja besarnya itu. Felicia menelan air liur dan duduk di kerusi perlahan-lahan.
“Hmm Dr Selena maafkan saya kerana tidak fokus ketika kelas, tolong maafkan saya! Saya tak akan buat lagi!”kata Felicia, sambil menutupi matanya merayu agar Selena tidak memarahinya.
Lama-kelamaan, Selena menekup mulutnya dan gelak sedikit.
“Jangan risau, saya faham. Nama betul kamu Felicia James?”Kata Selena.
“Hmm. Bukan pasal di kelaskah? Yaa, James, ayah saya,”Kata Felicia mula membuka matanya dan bernafas lega.
“Bukan. Tiada kaitan aktiviti kuliah. Saya… adik angkat James,”kata Selena.
“Apa?”

The Boy That Stole My Heart Where stories live. Discover now