Felicia keluar dari teksi kuning, membayar tambang dan berjalan sendirian di halaman asrama. Hujan turun rintik-rintik, membasahi dirinya bersatu dengan air matanya. Kesejukan melanda dirinya tapi dia tidak kisah sudah. Kakinya bagai tidak merasa lagi tanah dan simen yang mengumpulkan lumpur dan lembapan di permukaannya sehingga kasut tinggi Felicia tertanam ke dalam lembapan tanah mengotori jemari kakinya. Apa yang Felicia hendakkan adalah satu saja.
Hati Roland.
Sudah cukup dia mempertahankannya, lari dari kenyataan bahawa cintanya terbiar tidak dibalas dengan cara terbaik sehinggalah kejujuran Roland membinasakan dirinya. Dia terasa kecil di tengah jiwa-jiwa asmara di dunia itu. Apa lagi dia harapkan selain kecewa dan berkabung sisa memori di perkuburan kelmarin mengenai James yang sudah pergi selamanya. Tiada sesiapa ada di sana bersamanya, bukan Roland. Bukan Ronaldon.
Tetapi ada susuk tubuh berdiri di halaman bangunan asrama Felicia. Seseorang yang layak memeluknya. Seseorang yang ada dengannya setiap kali dia bersendirian.
“Ibu!”kata Felicia, lalu Selena mendapatkan Felicia, memeluknya erat.
“Mari pulang ke rumah ibu. Kamu tak perlu pulang ke asrama,”Kata Selena, mengusap rambut basah Felicia.
“Baik!”Felicia naik ke atas bilik, memasukkan barang-barang ke dalam beg, mengucap selamat tinggal kepada Rosifah yang terkejut juga dengan hubungan dia dan Selena.
“Seriously.. dia ibu kamu?”kata Rosifah.
“Yaa Uniq!”kata Felicia, memaksa untuk terus gembira di hadapan Rosifah. Nanti tergali kembali memori pahit untuknya menangis lagi seperti apa yang berlaku di rumah Rena.
Setelah turun ke lobi, Selena berbual dengan ketua asrama, menyatakan Felicia akan tinggal dengannya mulai saat itu.
Tiba-tiba, Felicia menerima panggilan daripada Evy. Terpaksalah dia menjawab sementara ibunya berbual dengan ketua asrama itu.
“Kamu di mana? Bagaimana Oby?”
“Evy, sukar nak jelaskan .. kamu tahu Selena tu ibu kandung saya! Arwah bapa saya beritahu!”
“Apa? Ohh ni sangat mengejutkan. Bagaimana... bagaimana dia adalah ibu kamu?”Kata Evy yang sedang kusut fikirannya meminta penjelasan.
“Panjang ceritanya, nanti saya hantar mesej. Sekarang saya akan tinggal dengan ibu saya dan akan tinggalkan asrama,”
“Ohh waa..ok jumpa esok di Pesta Krismas,”Kata Evy.
Felicia mematikan telefon dan mendekati Selena. Dia cuba menerima hakikat yang dia adalah orang bertuah menjadi anak kepada pensyarah terbaik pernah dia jumpa. Ditambah lagi, ada orang akan menghantarnya selalu menggunakan kenderaan sendiri, tidak payahlah menggunakan khidmat bas.
Sesampainya di sebuah banglo sejauh 5 kilometer dari universiti, berhentilah kereta Selena di halaman rumah itu. Felicia terpesona melihat rumah mewah itu.
“Ini.. rumah ibu?”
“Yaa!”kata Selena gembira melihat keriangan Felicia. Sedikit sebanyak dapat melesapkan rasa gundah dalam benak.
“Wow,”Kata Felicia kerana tinggal dengan James, bermakna hidupnya tinggal dengan keadaan sederhana dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun dengan Selena, Felicia seakan-akan berada dalam kayangan.
“Jom,”Kata Selena, mengajak Felicia keluar. Mereka mengangkat beg besar, bersama bagasi kecil Felicia, masuk ke dalam ruang tamu berbau lavender dan Felicia mencari bilik sesuai untuk dirinya di aras dua. Sebuah bilik berdinding biru muda dipilihnya dan Selena menyatakan dirinya tidak akan bersendirian lagi dengan kehadiran Felicia.
Mereka berpelukan erat. Felicia menyusun pakaian ke dalam almari serta menyusun barang keperluan lain di atas meja dan katil besar paling empuk pernah dirasainya!
Buat seketika terubat sedikit kesedihan untuk kematian James dan keadaan cinta tiga segi dia dengan Ronaldon dan Roland.
Bolehlah dia lapangkan dada melihat bilik indah itu, bersatu dengan keharuman minyak wangi lavender pada setiap perabot di sana.
Tepat jam 9 malam, Felicia bergerak ke beranda yang bersambung dengan biliknya, merenung lelangit malam, bersama kerdipan bintang. Kadang kali wajah Roland dilukis dalam kanvas hatinya dan dia sedar, hanya Roland saja mampu mencuri hatinya, namun adakah dia layak dalam hatinya? Felicia, merenung keindahan bulan dan lama-lama berasa mengantuk. Dia pun masuk ke dalam bilik, beralih ke katil empuk, mengambil selimut tebal membungkus dirinya.
.............
Awal pagi itu tepat jam 6, Felicia meminta Selena menghantarnya ke dewan kuliah kerana Pesta Krismas akan dimulakan tepat jam 6 petang nanti. Itu bermakna hanya tinggal lebih kurang 11 jam untuk berlatih di sana.
Mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan acara kristian itu membanjiri dewan, sehinggalah kehadiran Ronaldon menghimpit sanubari Felicia. Sukar bagi mereka berbual dan lama-lama, ada sesuatu terjadi.
Naomi memanggil Felicia dari sudut dewan.
“Kamu gantikan tempat Olga, Fel, menyanyi White Christmas,”kata Naomi, mengejutkan Felicia.
“Hmm.. saya tak pasti Naomi,”kata Felicia sambil mengaru kepalanya.
“Banyak kawan seiman kita nampak video kamu menyanyi lagu Taylor Swift di dalam sosial media,”Kata Naomi separuh mengusik. Felicia berpipi merah. Memang dia boleh menyanyi, tapi untuk menyanyi di hadapan ratusan orang, dia tidak pasti yakinkah dia menyumbang suara di atas pentas.
“Yakin Fel!”kata Evy, tersenyum.
“Okey boleh!”kata Felicia memberi kata pemutus, mengembirakan Naomi.
Lakonan watak Felicia diambil alih oleh Evy pula dan dapatlah Felicia menghafal lirik White Christmas sambil berlatih menyanyi di hadapan Naomi.
Apabila tepat jam 4 petang, banyaklah orang membanjiri dewan besar itu untuk menunjukkan tiket dan melabuhkan punggung masing-masing ke kerusi tersedia sebaiknya di sana. Sementara itu, Felicia sambil-sambil minum milo di dalam gelas dan menyanyi di tepi belakang dewan bersama mikrofon hitam melantangkan suara lembutnya. Arthur dan Ronaldon bertepuk tangan, melihat latihan nyanyian Felicia.
Namun tiada sesiapa sedar, Felicia menangis di dalam hati. Adakah Roland akan menghadiri Pesta Krismas itu? Dia berharap tapi ada benih liar di dalam hatinya, mengatakan dia tidak patut mengharapkan lelaki itu tiba memandangkan keadaan mental yang belum pulih lagi.
“Kamu okey?”Kata Evy.
“Saya mengeletar,”Kata Felicia mengambil nafas dan menghembusnya perlahan.
“Yakin saja,”
Oleh itu, tepat jam 6 petang, bermulalah acara dengan tarian, lakonan dan akhir sekali cabutan bertuah, serta koir berkumpulan. Felicia memakai gaun dipinjamkan oleh Naomi dan menyuruh Felicia bersedia di tangga kecil tepi pentas besar. Pengacara sedang membuat lawak, dengan tepukan ratusan penonton. Hati Felicia berdebar, bagai hendak pecah. Dia memastikan lirik sudah sebati dengan dirinya, menyenangkan dia mendendangkan lagu untuk acara itu.
“..dan seterusnya, kumpulan rakan kristian menghantar wakil yang berbakat dalam nyanyian untuk mendendangkan lagu White Christmas, dipersilakan Felicia James!”kata pengacara bernama Epy.
Felicia menaiki anak tangga sehingga sampai ke tengah pentas. Buat seketika lampu persembahan yang warna-warni menyinari Felicia sendirian di kalangan orang di sana. Semua mata penonton tertumpu dengan dirinya. Badannya berpeluh sejuk dan kaki Felicia mulai terasa lembik, bagai hendak pitam. Seakan-akan lantai pentas itu hendak menelannya pula.
Tapi dia teringatkan Roland. Satu-satunya lelaki yang mencuri hatinya dan serta merta dia cuba bersuara pada mikrofon;
“Lagu ini.. White Christmas... saya persembahkan kepada sang pencuri hati saya, sedang bangkit dari kejadian pahit dalam hidupnya dan kehilangan sinar memori di antara kami.. dan saya berharap dia akan mengingati diri malang ini, seadanya cukup untuk membuatnya jatuh cinta dengan saya!”kata Felicia, lalu hening seketika. Tiba-tiba, berdiri seseorang dari kalangan penonton.
“Felicia!”teriak lelaki itu.
“Oby?”Kata Felicia, dengan serta-merta senyumannya lebar. Hatinya yang terluka dikucup cinta tebalnya, buat pertama kali, merasakan jodohnya memang dia. Sang pencuri hati. Dialah yang saya tunggu! Bentak hati Felicia.
Lalu musik dimainkan, nyanyilah Felicia di atas pentas. Sepanjang dia menyanyi, Roland berdiri sambil mendengar dengan teliti suara Felicia yang merdu bagai seorang bidadari syurga yang turun ke bumi menyempurnakan acara itu.
Setelah selesai menyanyi, penonton bertepuk tangan. Apabila Felicia turun ke anak tangga, ada seseorang menunggu di hadapannya.
Jelas sekali Roland, berdiri di sana, memegang sejambak bunga mawar dan mendapatkan Felicia.
“Kamu...”Kata Felicia, terkejut besar.
“Detik di gereja, perhentian bas... One Borneo... semuanya saya sudah ingat kembali. Kamu berkorban banyak untuk diri saya selama ini. Buktinya kamu tidak menghadiri kuliah selama seminggu menjaga saya ketika koma.. kamu sentiasa ingin menjaga hati saya dan saya sedar, kamu sangat ambil berat terhadap saya apabila diri ini malang ditimpa masalah,”Kata Roland, mendekati Felicia, lalu menyentuh pipinya.
“Lakukannya Roland,”suara seorang lelaki menjelma di belakang Felicia.
“Ron?”Kata Felicia.
“Saya nak kamu berdua bersama,”Kata Ronaldon, cuba membuka pintu hati dan mendapatkan tangan Felicia dan Roland, lalu membiarkan tangan itu bersentuhan.
Roland tersenyum, memberikan sejambak bunga itu dan berlutut. Semua kenalan seiman mereka menekup mulut melihat situasi romantik itu, termasuklah Evy, Alvin, Sally dan Eva. Roland mengeluarkan sesuatu dari poketnya, sekotak cincin perak, dibukakan di hadapan Felicia. Felicia menangis gembira, menekup mulutnya.
“Sudikah kamu menjadi bidadari syurgaku, Felicia James?”Kata Roland. Felicia menangis teresak-esak dan ketika itu, hatinya sudah banjir dengan taman cinta yang dianggap malang selama ini, rupanya mampu menyedarkan Roland.
“Mestilah sudi, wahai sang pencuri hati!”mereka berdua berpelukan dan Roland memakaikan cincin itu ke jari manis Felicia!*TAMAT*
****
Terima kasih sudi baca karya romance saya😘 Sudila vote dan follow cerita2 saya yg akan saya updted dri masa ke semasa🌷🌷🌷
TQQQQ!!!
YOU ARE READING
The Boy That Stole My Heart
Roman d'amourKarya ini mengisahkan mengenai Felicia yang mempunyai cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki ketika meneruskan pengajian di mahligai gading. Dugaan datang bertalu-talu sehingga hatinya hancur. Kemudian, satu-persatu misteri hidup terungkai se...