Bab 2 : Berjumpa Lagi

12 1 0
                                    

Petang Sabtu jam 5 bermula dengan angin lembut membelai rambut Felicia ketika dia menyikat rambutnya di bilik, disatukan tatapan malas melihat Evy duduk di kerusi melayan telefon. Felicia meninjau keadaan bawah tingkat bangunan asrama itu dan mendapati kumpulan pelajar memenuhi jalan kecil sehingga ke sebuah pondok yang berlampu neon putih yang malap.
Tiba-tiba Evy berdiri, ingin memulakan perbicaraan, menganggu lamunan Felicia yang bersahaja.
“Mereka.. Eva dan Sally ajak kita bersembayang rosari di pondok dekat kafe,”Kata Evy. Eva dan Sally merupakan teman mereka yang selalu bersama-sama pergi ke gereja untuk melibatkan diri dalam hal rohani seperti menyanyi dan berdoa, serta mendengar hujahan terbaik paderi.
“Ooo jam berapa?”Felicia berhenti menyikat rambut dan menutup pintu kembar almari. Lalu melihat Evy di sebelahnya.
“Jam 6 ne,”Evy kadang-kadang melihat skrin telefon kerana tentu Eva dan Sally menghantar mesej mengenai ajakan itu.
“Ohh tidak lama lagi,”kata Felicia, lalu menyambung mengikat rambutnya dan menyentuh perut kecilnya.
“Hmm laparlah.. jum makan dululah,”Kata Felicia, membuat bibir mencebik. Evy ketawa kecil dan cepat-cepat mendapatkan dompet kecilnya yang tebal entah kerana duit atau kertas resit. Mencuit hati Felicia.
“Jum,”Kata Evy, lalu mereka sekawan beredar dari bilik asrama, menuju ke kafe.
Dalam keadaan hendak ke kafe, banyaklah pelajar berlegar-legar samada menunggu teman atau mencari menu sesuai sebagai alas perut yang berkeroncong.
Tiba-tiba, Felicia berhenti melangkah di sebelah kantin kecil. Itu kerana jantungnya berirama aneh dan bagai hendak tercabut dari uratnya saja! Tepat 300 meter di dalam keriuhan pelajar yang berbincang mengenai pelajaran atau sekadar berbual topik biasa, duduklah seorang lelaki yang dia panggil “Prince Charming,”. Comel sungguh, dengan sikap budiman sambil-sambil mendengar perbualan di sana dengan khusyuk.
“Kenapa ni?”Kata Evy, merasa aneh dengan kelakuan kawannya itu.
“Marilah cari makanan,”Kata Evy lagi.
Felicia mengangguk dan mulai melihat pelbagai juadah untuk dijual di kafe itu. Memilihlah mereka sehingga Felicia merasa dirinya diintai dari jauh dan benarlah, Prince Charming mengintainya dari meja. Felicia memperbetulkan rambutnya dan mendapatkan Evy.
“Prince charming saya ada di sini,”bisik Felicia, menyebabkan Evy melihat sekeliling.
“Jangan lihat merata tempat, buat santai saja,”Felicia tersenyum manis dan memilih makanan sehingga menemui juadah yang memikat hatinya.
Setelah membayar makanan dan minuman, mereka berdua berjalan ke arah meja kecil kosong dan tanpa Felicia sedar, ada seseorang menyapanya dari belakang.
“Hai,”Kata suara lelaki yang dikenali Felicia.
Felicia meletakkan hidangan makan petang dan menoleh ke arah seorang lelaki comel pernah dilihatnya.
“Hai juga,”Kata Felicia merasakan jantungnya berdengup pantas, sehingga dia tidak dapat bernafas dengan baik. Lelaki itu benar-benar mencuri hatinya dan Felicia tahu, tiba masa dia menanyakan nama lelaki istimewa itu.
Evy duduk memerhatikan mereka sambil tersenyum. Bagai melihat wayang depan mata pula.
“Siapa nama kamu?”Kata lelaki itu masih kekal dengan senyuman manis pernah dilihat Felicia.
“Fel.. Felicia,”
“Saya Roland, panggil saja Oby,”kata lelaki itu lalu ada seorang teman Roland mengajaknya beredar dari situ.
“Ohh okay,”kata Felicia, tidak sedar mata mereka bertentangan. Sesuatu yang indah bagi Felicia alami ketika itu.
“Okay, saya nak pulang dulu… Bye,”kata Roland lalu melangkah dari situ bersama temannya. Felicia masih tidak dapat mengalihkan pandangan daripada Roland yang sudah berlalu pergi. Evy menyentuh bahu Felicia, dengan senyuman nakal.
“Uik.. cinta pandang pertamakah?”Kata Evy tertawa sedikit mengetahui hati lembut temannya itu.
“Boleh dikatakan begitu.. sudahlah marilah makan,”Kata Felicia, dengan pipi merahnya.
…………
Tepat jam 6, beredarlah mereka berdua ke pondok kecil berdekatan kafe. Terkejut mereka melihat kumpulan pelajar kristian yang semakin membanjiri pondok sederhana kecil berbentuk cendawan itu. Sally dan Eva sudah lama berada di sana, menyapa mereka berdua.
“Waa sudah makan? Kami kelaparan ni,”Kata Eva.
“Hahaha kami makan, tapi ada orang tu makan berselera sebab prince charming,”Kata Evy mengusik Felicia. Felicia hanya senyum malu.
“Uuuu siapa tu?”Kata Sally, lalu Felicia ketawa kecil.
“Rahsia,”Kata Felicia. Lalu menunggulah mereka untuk bertambahnya bilangan pelajar beragama kristian, yang ingin mengikuti aktiviti doa di pondok itu. akhirnya tunggu punya tunggu, bertambahlah seramai 20 orang pelajar kristian yang kebanyakkan tidak dikenali mereka.
TIba-tiba, ada kumpulan lelaki terdiri daripada tiga orang, terlihatlah seseorang yang sangat tidak asing bagi Felicia.
“Roland?”Kata Felicia terkejut besar. Jelas sekali Roland menyertai mereka, dengan kemeja biru mudanya, serta seluar sederhana besar. Ketampanannya membuatkan Felicia mabuk seketika, tidak dapat fokus apa-apa. Sebelum aktiviti berdoa dimulakan, Roland sempat mendapatkan pandangan daripada Felicia dan mereka saling membalas senyuman manis.
“Dia ada di sinilah,”Kata Evy, menyedari kehadiran lelaki comel itu.
“Yaa, shuuu,”bisik Felicia, tidak dapat menenangkan diri.
Sepanjang masa aktiviti, Felicia selalu mengintai lelaki itu, sehingga jam 7 lebih, bubarlah kumpulan mereka di pondok. Tiba-tiba, sempat Roland mendekati Felicia, dengan senyuman manis.
“Hai Felicia,”Kata Roland, dengan Evy serta Eva dan Sally berpandangan nakal. Felicia seperti cacing kepanasan, tidak tenang, membuak rasa berbunga di dalam hatinya. Roland menyapa dia dahulu!
“Hai Oby,”Kata Felicia, tersenyum lebar.
“Kamu juga sembayang di gereja St. Theresa?”kata Roland, memulakan perbicaraan.
“Yaa, saya dengan mereka,”Felicia menunjukkan kumpulan teman baiknya, dengan Roland mengangguk.
“Ohh kamu kursus apa di sini?”
“Sains Makanan dan Pemakanan,”
“Ohh waa, tentu susah,”Kata Roland, tidak sedar banyak pelajar melihat mereka berdua sambil berbisik-bisik.
“Yaa, kamu?”
“Sivil jurutera,”kata Roland, tidak jemu menayangkan senyumannya.
“Okay dah malam, baik kita pulanglah,”Kata Roland setelah teman di sebelah mengajaknya pulang ke asrama.
“Err.. baiklah, jumpa nanti,”kata Felicia, tunduk wajahnya, memahaminya. Esok mereka akan ada sesi kuliah dan tutorial. Sesuatu yang memenatkan, perlu bersedia sebaiknya.
Felicia melambai Roland dan pulanglah mereka ke asrama masing-masing dengan harapan Felicia dapat berjumpa lagi Roland.
“Alaa saya lupa minta nombor telefon pula,”Kata Felicia semasa berada di lobi bawah asrama.
“Hahaa, nanti jumpa di pondok lagi esok, kamu boleh berjumpa lagi, jangan risau,”Kata Evy.
“Hmm begitulah,”Kata Felicia lalu mereka naik ke tingkat atas bagi merehatkan diri di bilik Felicia.
…………
Felicia dan Evy bangun tepat jam tujuh pagi dan Ahad itu menjadi suatu aktiviti riang mereka untuk pergi ke gereja di belakang sebuah pusat membeli-belah popular bernama One Borneo.
Setelah mandi dan memakai pakaian yang terbaik untuk jalan-jalan di pusat membeli-belah itu, mereka pun menguruskan rambut sambil berbual-bual. Kehadiran Evy di bilik Felicia menambahkan keseronokan dalam hidup Felicia. Sesungguhnya dia sangat bersyukur dapat berkawan baik dengan Evy sejak setahun lalu. Bersyukur sangat.
Tiba-tiba, telefon Felicia berdering lagu Taylor Swift, “Love Story” dan angkatlah dia akan telefon itu, didekatkan di bahagian telinga.
“Hai Fel,”Kata Eva di corong telefon.
“Eva! Kamu di mana sudah?”
“Kami di hadapan blok kamu,”Kata Eva.
“Baiklah, kami turun sudah,”Kata Felicia.
Lalu sama-samalah mereka ke gereja berdekatan universiti itu, hanya mengambil masa 15 minit menaiki bas kecil untuk membawa pelajar keluar ke bandar kecil di Kota KInabalu itu. Felicia duduk di hadapan barisan ruangan gereja, bersama tiga orang kawannya, sambil-sambil mengintai di kanan dan kiri barisan.
Lalu tidak lama itu, kumpulan pelajar duduk di belakang barisan mereka, terkejutlah Felicia melihat kumpulan itu, kerana kehadiran Roland yang tersenyum-senyum melihat dirinya.
“Felicia,”ucap Roland, mengusik hati Felicia.
“Oby pula,”kata Felicia, menoleh ke belakangnya dan terasa jantungnya hendak meletup pula. Prince Charming ada berdekatan dengannya!

The Boy That Stole My Heart Where stories live. Discover now