Felicia berdiri di ambang pintu bilik, menerima mesej daripada Eva dan Sally, lalu jiran biliknya menyapa dirinya bersama besen dipegang jiran itu, penuh ketekunan mengangkat pakaian siap dibasuh.
“Kamu ke mana?”Kata Jehan, lalu meletakkan besen berisi pakaian ke tepi pintu bilik.
“Hmm ada perjumpaan jawatankuasa untuk Pesta Krismas,”Kata Felicia, dengan senyuman manisnya melukis wajah yang comel itu.
“Ohh untuk kristian. Saya naklah ke acara tu. Bila?”
“25 December di Dewan Kuliah 21 sana tu,”Kata Felicia, lalu dia menerima mesej daripada Evy untuk turun ke lobi asrama.
“Okey saya harus pergi, bye!”
Felicia menuruni tangga dan menjumpai Evy yang melabuhkan punggung ke kerusi kayu lobi. Selepas itu, di tengah halaman asrama, datanglah Eva dan Sally, siap berpakaian kemeja dan seluar jean.
“Kamu diberikan tugas apa ya hari tu?”Kata Felicia.
“Arthur berikan saya bahagian koir,”Kata Evy.
“Eva dan Sally?”Kata Felicia.
“Bahagian koir juga,”kata Eva.
“Waa seronok!”Kata Felicia.
“Kamu watak apalah?”Kata Sally, tidak ingin ketinggalan kisah perjalanan mereka menjayakan Pesta Krismas.
“Hmm menjadi Marimar,”Kata Felicia.
Tidak lama itu, ada sekumpulan lelaki menyapa Felicia dan Evy. Ternyata, Ronaldon dan Alvin sudah mendekati mereka dari belakang. Tersenyum-senyum Ronaldon melihat wajah Felicia putih melepak, biasalah baru pakai bedak malam.
“Cantik malam ni,”Kata Ronaldon, memuji Felicia, lalu berpipi merahlah dia.
“Terima kasih?”kata Felicia, ketawa kecil.
“Kamu tahu, ketua kita jadikan saya watak Kalosum, peneman watak Marimar,”Kata Ronaldon.
“Waah, kita berdua digandingkan!.. dan Alvin?”Kata Felicia.
“Watak hmm memegang kapal dan laut,”kata Alvin, dengan sayu. Evy ketawa kecil.
“Kamu sedihkah?”kata Evy menyembunyikan gelak tawa di sebalik suara lembutnya.
“Saya nak beraksi, tapi nampaknya menjadi kapal dan laut lebih selamat, tidak perlu berkata-kata,”Kata Alvin, membuatkan mereka bertiga mengangguk, mengerti maksud Alvin.
“Hmm apapun semoga acara ini berlangsung dengan baik,”Kata Felicia, sambil melangkah ke hadapan sebuah ruangan tempat sukan badminton diadakan. Kumpulan mahasiswa dan mahasiswi duduk di lantai, mendengar seorang gadis cantik, bernama Amily, sedang menerangkan sesuatu dengan kumpulan itu.
Oleh itu, Felicia dan Evy, serta Alvin dan Ronaldon menyertai kumpulan itu. Ketua bahagian lakonan, Naomi datang mengumpulkan para pelakon, memberi kertas di mana, ada skrip bagi mereka memainkan peranan dalam lakonan. Sangatlah seronok bagi mereka, sehinggalah ada sesuatu terjadi di sana.
Roland sedang duduk di sudut ruangan dewan kecil itu, tanpa Rachel, sedang memegang kertas sama dimiliki semua para pelakon. Dia pun bahagian lakonan? Fikir Felicia, dengan hatinya berdengup pantas. Seluruh darahnya bagai disedut dan apabila dia membaca kertas, ternyata ada tertulis nama Roland dalam ruangan orang yang berinteraksi dengan watak Felicia.
Roland mendapat watak Thomas. Pengikut watak Kristus dalam lakonan itu juga. Felicia menelan air liur dan Naomi menyuruh mereka bersedia di tengah dewan. Nama dipanggil satu-persatu, bersedia memainkan peranan semasa latihan itu.
Tiba-tiba, jelmaan wajah Roland di fikiran Felicia menjadi kenyataan. Roland mendekati Felicia, tersenyum dan menghulurkan tangannya.
“Kamu…”Kata Felicia, merenung mata Roland.
“Kita ada dialog bersama Fel.”katanya lagi.
“Yaa? Okey, mari berlatih,”Kata Felicia tidak ingin lama-lama merenung mata coklat Roland, nanti sakit hatinya, bagai mabuk akan kehadiran lelaki itu.
“Roland dan Felicia, juga Ronaldon di sini!”kata Naomi, sambil melihat kertas skrip.
“Kamu akan berbual begini;”
“Felicia-Ohh tidakkah laut ini sungguh mengancam ombaknya?”
“Ronaldon-Yaa, ribut akan datang, kita mesti bersedia”
“Roland-Mari bawa peta itu ke sini,”
“Felicia-Ohh kapal akan tenggelamkah kerana bencana ini?”
“Roland-Tenang.. lihat ne,”
“Ronaldon-Magdaline, kita akan selamat, saya janji!”
“Felicia-Menuju ke benua Angel, ikut selatan, bintang ini bersinar menyuluh jalanan kita,”
“Roland-Ohh sejauh manakah kebijaksanaanmu ini menentukan nasib perjalanan kita?”
“Felicia-Melalui Kristus, segalanya akan okey saja, percayakan Dia,”
“Ronaldon- Sungguh mempesonakan! Sentuhan tangan ke arah kertas peta, memungkin segalanya,”
Stop!
Naomi bertepuk tangan dan mereka bertiga berkumpul mendekati Naomi dengan kepenatan mengingati skrip pada kertas masing-masing. Felicia sedaya upaya menjauhi diri berada berdekatan Roland, bukan kerana apa. Dia risau hatinya bertambah luka lagi. Cukup saja dalam lakonan mereka dapat berbual, memetik perasaan aneh dalam diri masing-masing.
Seterusnya, Felicia mencuba menghafal skrip dibantu Ronaldon yang setia di samping, itu kerana Roland sentiasa diintai Felicia dari jauh. Sedikit sebanyak mampu membangkitkan luka dalam hati Felicia. Ronaldon faham hal itu.
“Kita boleh minta tukarkan watak Roland,”Kata Ronaldon.
“Tidak apa, Ron. Kita mesti jayakan pesta krismas ini biarpun dengan sesiapa pun,”Ronaldon tersenyum dan mengambil skrip di tangan Felicia.
“Mari berlatih tanpa skrip di tangan,”Kata Ronaldon mengajak dalam keadaan fikiran kusut Felicia.
“Boleh saya ikut?”suara itu mengusik jiwa Felicia.
“Oby? Hmm ni antara kami,”Kata Ronaldon.
“Tapi dialog saya ada di antara watak kamu berdua,”Katanya.
“Baiklah, apa-apa sajalah,”Kata Felicia, tidak ingin mereka bertekak lama pula.
Semasa latihan, Ronaldon mencuba mendapatkan perhatian Felicia, merenungnya bagai dialah wanita tercantik di dunia. Kemudian, Roland datang di hadapan Felicia, sambil cuba menyusun ayat skrip dialognya, namun gagal.
“Kamu tahu, skrip di tangan harus dibawa,”kata Felicia, ketawa kecil. Sudah lama dia tidak ketawa pula. Hanya seorang saja dapat buatkan dia begitu. Prince charming yang mencuri hatinya!
Roland mendapatkan skrip dan apabila dia sedang menghafal dialog, datang seseorang tidak diundang dalam aktiviti mereka itu.
Rachel.
Dia mendapatkan Roland, ingin membawanya pulang. Rachel telah dipilih menjadi salah satu penyanyi kior mendendangkan lagu rohani.
Roland ditarik Rachel, tidak sempat memandang Felicia dan Ronaldon lagi. Felicia dibuai pilu. Hampir dia hendak menangis tapi ditahannya. Namun lama-lama, dia tidak dapat tahan lagi. Ronaldon bagai mengetahui isi hati Felicia, segera memberinya tisu dari poket.
“Lepaskan segalanya,”Kata Ronaldon.
“Saya tak kuat, Ron,”
Felicia mengesat air matanya sehingga bubarlah kumpulan mereka, bagi kembali ke asrama masing-masing. Sesudah melambai permergian Alvin dan Ronaldon, Felicia pun membawa Evy ke lobi, berpisah di sana, sambil Evy mengingatkan Felicia untuk tabah dan sentiasa berdoa demi kesembuhan jiwa.
Felicia memeluk Evy, berterima kasih, lalu kembali ke bilik bagi merehatkan diri. Sesudah membaringkan diri, teringat dia detik Roland berlakon bersamanya, sedikit sebanyak mampu menghilangkan rasa rindu di benak. Tetapi sedikit pun dia tidak tersenyum, malah sayu wajahnya, kerana Roland sememangnya bukan miliknya.
“Ya Tuhan, kuatkan hati ini,”ucap Felicia, lalu membaringkan diri di selimut, lalu lena dibuai mimpi.
Keesokkannya, Felicia pergi ke kuliah dan sepanjang pembelajaran, kerap kali dia teringatkan wajah Roland. tidak dapat ditepis. Kadang dia merenung panjang. Apabila kuliah bubar, Selena memanggil Felicia memasuki pejabatnya yang sederhana kecil saiz, cukup saja menempatkan buku dan kertas bertaburan.
“Selamat pagi Selena,”ucap Felicia.
“Kamu… kamu ada masalahkan? Buktinya kamu banyak termenung di kelas tadi,”Kata Selena mengejutkan Felicia.
“Hmm tiada apa-apa. Cuma..”
“Apa dia? Beritahu saja,”
“Saya… terlanjur cinta dengan seseorang yang merupakan milik orang lain,”kata Felicia dan lama-kelamaan, dia tidak dapat tahan lagi. Air mata bercucuran laju, membasahi pipi dan bajunya.
YOU ARE READING
The Boy That Stole My Heart
RomanceKarya ini mengisahkan mengenai Felicia yang mempunyai cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki ketika meneruskan pengajian di mahligai gading. Dugaan datang bertalu-talu sehingga hatinya hancur. Kemudian, satu-persatu misteri hidup terungkai se...