Felicia terkejut besar dan menatap mata biru Selena. Kadang kala terselit senyuman manis Selena, tapi kerap kali pensyarah itu menjadi serius. Entah apa difikirkannya, tapi Felicia tidak pernah diceritakan oleh ayahnya mengenai adik angkat ayahnya itu.
“Bagaimana?”kata Felicia.
“20 tahun lalu, James menjumpai saya.. hmm panjang ceritanya, tapi .. saya seorang anak yatim piatu yang melarikan diri dari rumah keluarga angkat yang mendera saya… saya menjadi gelandangan sehingga ayah kamu menjaga saya… saya sangat bersyukur dengan kehadiran James dalam hidup saya, tapi setelah saya masuk ke sekolah dan meneruskan pengajian di universiti, saya dan James hilang hubungan. Dia mahu saya hidup berdikari, sebab tu saya hidup sendirian di bandar Kota Kinabalu ne,”Kata Selena dan mulailah Felicia mengerti segalanya.
Ayah Felicia, James sangat mulia hatinya, tetapi dia tidak tahu apa sebab James merahsiakan kehadiran Selena dalam hidup James. Kenapa James menyembunyikannya daripada keluarganya sendiri? Fikir Felicia.
“Sebelum saya bersekolah.. saya suka menyanyi di bar. James melarang saya bekerja tapi saya tekad,”Kata Selena, sambil mengambil tisu kecil.
“Bar?”Kata Felicia.
“Ya. James hidup miskin ketika itu dan saya tidak mahu menyusahkan dia. Sebab tu ketika remaja saya bekerja,”
“Ohh sangatlah rumit!”kata Felicia.
“Ada sebab kenapa James tak pernah ceritakan kisah saya kepada anaknya, iaitu kamu,”Kata Selena sekali lagi mengambil tisu, mengelap air mata bertakung menanti untuk menghujani wajah cerah itu.
“Pernah lagi, James datang ke bar, menyelamatkan saya daripada beberapa orang lelaki yang ingin mengambil kesempatan,”Selena sekali lagi berkata. Felicia hanya bersimpati dan mendengar dengan sungguh-sungguh.
“Kenapa kamu berpisah apabila sudah menjadi pensyarah?”Kata Felicia.
“Panjang ceritanya… itu keputusan saya. Kami ada pertengkaran. Saya yang menjauhi diri daripada James dan ketika ini, saya mendapat tahu anak James bersekolah di sini, sebab tu…”
“Apa dia doktor?”
“Panggil Selena saja, Fel,”Kata Selena tersenyum dengan air mata sudah menitis.
“Selena. Apa terjadi?”Felicia tersengih-sengih dan akhirnya memanggil nama pensyarah itu.
“Sebab tu saya bekerja di universiti ini. Berbekalkan wang bar, saya berdikari belajar sehingga hari ini. Ohh Felicia, saya sangat rindukan ayah kamu!”kata Selena.
“Ayah saya bekerja di syarikat fesyen di Kudat, apabila cuti nanti, saya akan bawa kamu pergi ke rumah!”
“Ohh saya sangat risau,”
“Tidak apa. Ayah saya juga tentu rindukan kamu. Sudah bertahun-tahun!”kata Felicia, memaksa Selena akur dengan ajakannya.
“Ohh terima kasih Fel!”
………..
Felicia keluar dari pejabat dengan rasa sedikit sukar menerima kenyataan bahawa Selena sangat dekat dengan ayahnya di masa lalu. Kejayaan Selena sebagai pensyarah melalui duit bar sungguh memberi suatu kekuatan dari dalam dirinya, itu bermakna Selena berdikari tanpa bantuan orang lain. Asalkan ianya halal dan Selena tahu jaga diri, semuanya akan baik-baik saja. Masalahnya, sejauh mana James menyimpan rasa tidak puas hati terhadap Selena?
Evy berdiri, mendekati temannya, lalu Felicia membawa Evy ke kafe fakulti mereka, menceritakan segalanya.
“Apa,”terkejut Evy, bulat matanya.
“Shuuu! Jangan bocorkan rahsia ne. Antara kita saja,”Kata Felicia berbisik di hadapan Evy, menyebabkan Evy menekup mulut.
“Jadi?”Kata Evy.
“Marilah mula buat kerja yang diberikan Selena,”Kata Felicia.
“Amboi, seakan-akan Dr. Selena tu kawan kamu pula,”kata Evy, membuatkan Felicia gelak. Dia lebih selesa memanggil adik angkat ayahnya itu sebagai Selena. Cara itu lebih dekat dan selesa.
Mereka kembali ke kampung E, asrama di hujung tempat universiti itu, dengan Evy menapau makanan dan minuman, sementara Felicia tiada selera makan ditambah lagi menunggu jam 2 untuk menyertai Roland. Kali terakhir.
Benar-benar kali terakhir dan Felicia melambai Evy yang sudah kembali ke bilik. Felicia pun melangkah lemah ke tangga, berhenti seketika.
Felicia teringat Roland yang benar-benar meragut hatinya. Mahu tidak mahu dia hendak pergi bersama lelaki itu. Adakah mereka akan berdua-duaan atau Roland mengajak Rachel? Bertambahlah keperitan dalam hatinya, tapi sudah tekad dia hendak keluar bersama Roland buat kali terakhir.
Sesampainya di bilik, Rosifah sudah duduk di bibir katil, menyapa Felicia.
Tetapi Felicia acuh tidak acuh menjawab kerana kepenatan lalu dia membuka jendela, mendapatkan telefon dan menelefon ayahnya;
“Ayah,”Kata Felicia menunggu jawapan lelaki 40-an.
“Hello Fel, apa khabar?”Kata James riang. Sesungguhnya, Felicia risau akan James yang sudah lama kehilangan ibu Felicia, Nora. Sejak Felicia berumur 12 tahun lagi, Nora disahkan menghidap kanser tahap teruk dan menghitung hari selama dua bulan, pergilah dengan damai Nora dari kehidupan mereka berdua.
“Ayah! Hmm, saya baik-baik saja!”Felicia memutarkan fikiran dan teringat Selena. Patutkah dia beritahu segalanya?
“Baguslah, ayah akan melawat kamu nanti apabila pergi ke Kota Kinabalu Jumaat. Kebetulan ayah berjumpa kawan lama di sana,”kata James di corong telefon.
“Okey ayah,”
“Okey baik-baik,”
“Ayah?”
“Apa dia?”Felicia mengambil nafas dan berfikir-fikir ayat yang lebih baik diutarakan kepada James.
“Ayah pernah tak.. ada adik?”lalu keheningan tercetus di antara mereka.
“Hmm tiada, kenapa?”Kata James, lalu Felicia terdiam. James tidak ingin menceritakan segalanya kepada Selena. Samada James tidak ingin Felicia tahu mengenai Selena atau Selena yang berdusta terhadapnya!
“Okey ayah, bye.. jaga kesihatan,”Kata Felicia, lalu James mematikan talian telefon.
Felicia meletakkan telefon di meja, kembali ke katilnya dan membaringkan diri.
“Saya nak keluar dulu ya Fel,”Kata Rosifah, lalu mengambil beg kecil dan beredar dari bilik sederhana kecil itu.
Tinggallah Felicia di bilik itu, dengan dirinya mengenangkan Roland. Kemungkinan dia buntu mencari cara untuk Roland kembali menyukainya atau adakah dia patut berjuang? Felicia menelan air liur dan meletakkan bantal busuknya ke wajah.
“Arggg!”kata Felicia, bercampur perasaan antara sakit hati dan rasa sayang!
…………
Jam 2 petang itu, Felicia menerima mesej semasa menyikat rambutnya. Mekap sederhana disajikan di wajah hitam manis Felicia. Sesungguhnya dia bukan gadis secantik Rachel, tetapi dia cuba menjadi secantik mungkin demi menawan Roland. Okey, sesuatu di luar kawalannya. Dia sangat tidak mahir bermekap atau berdandan atau memakai pakaian perempuan, tapi dia cuba buat terbaik.
Tetapi sebelum melihat mesej, dia sempat menelefon Rita, jiran sebelah yang begitu lawa memakai gaun dengan kemahiran bermekap yang dicemburuinya.
Ada sebab kenapa dia telefon jirannya itu.
“Helo?”Kata Felicia.
“Fel, kenapa?”
“Kamu ada di bilik? Nak pinjam gaun labuh dan mekapkan saya hehe”Kata Felicia.
“Amboi, datingkah?”
“Hmm entahlah, saya cuba nak jadi cantik depan crush,”lalu ketawa kecil Felicia sungguhpun hatinya masih berbekas luka.
“Amboi, okey saya bawa gaun terbaik ke bilik kamu ya,”Kata Rita, lalu Felicia mendapati pintunya diketuk, masuklah seorang gadis berambut pendek, kecil orangnya, membawa gaun labuh yang penuh corak bunga merah dan kuning.
“Waaa,”Kata Felicia, terpesona.
“Naah..,”kata Rita.
“Terima kasih, nanti saya belanja kamu ya jiran tersayangku!”kata Felicia, menyebabkan Rita ketawa. Kemudian dia menyolek Felicia selama 20 minit, lalu beredar dari situ.
Felicia yang sudah selesai berdandan, membuka mesej yang bertimbun daripada Roland;
“Saya sudah berada di hadapan blok B kamu-Roland,”
“Okey-Felicia,” Felicia mengambil nafas, mengambil lipstik merah, mencalitkan lagi pada bibir dan memeriksa wajah dan penampilannya buat kali terakhir, lalu beredar dari bilik. Cukup puas hati!
YOU ARE READING
The Boy That Stole My Heart
Любовные романыKarya ini mengisahkan mengenai Felicia yang mempunyai cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki ketika meneruskan pengajian di mahligai gading. Dugaan datang bertalu-talu sehingga hatinya hancur. Kemudian, satu-persatu misteri hidup terungkai se...