BAB 1

23 2 0
                                    

Semua pelajar sekarang berada didalam dewan untuk melihat rehearsal semua peserta pertandingan ilmiah yang akan bergerak ke Sekolah Menengah Agama Indera untuk bertanding dalam pertandingan yang disertai. Antara contoh pertandingan ialah  syarahan 3 bahasa iaitu melayu, inggeris dan bahasa arab. Selain itu, terdapat juga pertandingan menulis khat, kitabatul maqal dan juga tilawah Al-Quran.

"Aku berdebar weh... Taknaklahh..." tergeleng-geleng kepala Maisarah. Dia malu, berdebar, semuanya ada lah.

"Kau ingat kau je ke berdebar? Aku pun berdebarlah. Kau tu tak apa lah. Kau dah pro. Aku ni? Noob lagi. Jarang bercakap depan orang." marah Nafeesah. Nafeesah merupakan peserta syarahan bahasa Arab manakala Maisarah peserta syarahan bahasa Melayu.

"Allahuakbar... Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Lancarkanlah tutur bicaraku, Ya Allah." doanya didalam hati sambil menunduk membaca skrip syarahan yang ada di tangannya itu.

Hingga tiba waktu rehat...

"Dipersilakan, peserta syarahan bahasa Melayu perempuan, Siti Maisarah!"

"Ya Allah, astaghfirullah... Nasib baik tak ramai orang... Alhamdulillahh!" kata Maisarah sambil senyum lebar. Dia terus bangun dari duduknya. Dia menyimpan kertas syarahan yang telah dia gunting kecil-kecil ke dalam poket bajunya. Dia naik ke pentas lalu mendekatkan diri pada mikrofon.

"Bismillah Bismillah." katanya di mikrofon sambil mengetuk-ngetuk mikrofon itu. Mana tahu rosak tiba-tiba.

Setelah memastikan mikrofon dalam kondisi yang baik. Dia mulakan syarahannya dengan mukaddimah.

"Bismillahirrahmanirrahim! Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!"

Semua kawan-kawannya yang berada di bawah terus menepuk tangan mereka dengan kuat dan teruja yang amat. Maisarah tersengih-sengih melihat gelagat mereka dari atas.

Sengih, sengih juga. Dalam masa yang sama, perasaan yang gementar tu tetap ada apabila guru yang melatihnya iaitu Teacher Izzati berada betul-betul hadapan pentas. Matanya menatap mata guru itu dengan penuh gementar.

"Memetik wasitah nirmala saya yang ketiga..." sedang dia sedap berucap, dengan tiba-tiba dia terpandang akan satu kelibat yang berada jauh di belakang. Kelibat itu merupakan kelibat seorang lelaki yang sedang menunjukkan tanda bagus serta menepuk-nepuk tangan kepadanya seperti memberi semangat.

"Siapa tu?" katanya didalam hati lalu dibiarkan soalan itu berlalu seperti angin.

"Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakut." semua menepuk tangan dengan kuat. Menandakan mereka bangga dengannya. Maisarah terus turun berjumpa dengan Teacher Izzati.

"Nanti awak jumpa saya dekat bilik guru." kata guru itu lalu terus berlalu pergi. Maisarah segera ke rakannya.

"Wehhh, okay ke?"

"Sumpahhh. Sumpah okey weh! Gilo-gilo ah! Kau mesti menang punya! Dahlah hafal! Gempak sumpah gempakkk!" semangat Irdina berkata.

"Ye weh. Okay je sumpah." Amirah juga mengatakan perkara yang sama.

"Agaknya Haikal tengok tak?" Maisarah berkata sambil menyengih.

"Gatal." setepek sangat ni Irdina pun.

"Dia ada ke?" soal Amirah sebab dia tak nampak pula kelibat lelaki itu. Maisarah sekadar mengangguk.

"Tapi kat sebelah tu, kuat betul diorang tepuk weh. Aku rasa ada kot." ujar Irdina kembali. Nafeesah mengangguk sama.

"Mesti Haikal kagum tengok kau!" Nafeesah menyakatnya.

"Pale kau."














Sila vote Dan Komen ye sayang semua ! Maaf diatas kekurangan.

FI AMANILLAH Where stories live. Discover now