BAB 11

4 2 0
                                    

Setelah selesai solat maghrib berjemaah, dia terus berdiri untuk bertukar tempat. Dia mengambil keputusan untuk duduk di tiang bawah kipas. Di tangannya terdapat senaskah Al-Quran. Dia duduk lalu membuka muka surat 114, Surah Luqman. Dia nak murajaah hafalannya.

"Bismillahirrahmanirrahim. Alif Laam Miim..." dia memulakan bacaannya. Dia murajaah hafalannya untuk dua muka surat. Tiba-tiba dia rasa ada orang yang duduk di sebelahnya. Dia mengerling. Oh, sasa.

"Sadaqallahulazim." Dia memandang ke arah Nafeesah yang baring di sebelah pahanya.

"Asal?" tanya Maisarah. Dia memandang Nafeesah yang memejam mata.

"Diam. Aku nak tidur." Maisarah gelak kecil. Macam-macam lah dia ni.

"Tidurlah." kata Maisarah. Dia sambung membuka Al-Quran untuk membaca surah random. Dia menyelak Al-Quran itu secara laju dan matanya terhenti di surah Ar-Rahman. Dia membaca surah itu dengan perlahan tapi masih boleh didengari di telinganya.

Tiba-tiba dia terasa telekungnya seperti di tarik. Dia memandang ke arah telekung yang tertarik itu.

"Lah, budak ni tidur sambil genggam telekung aku rupanya." tawa kecil Maisarah dibuatnya. Dia teringat pula akan kejadian pagi subuh tiga bulan lepas.

_

Sedang dia elok terlelap, dia terasa ada orang menggenggam telekungnya. Terus dia buka mata. Dia memandang kelibat rakannya itu.

"Aduh, lena dah budak ni. Aku nak baring juga." di hela nafas perlahan.

Dengan perlahan-lahan dia cuba baring tanpa mengganggu tidur Nafeesah. Harap tak terjaga. Selepas berjaya baring, dia hela nafas.

"Alhamdulillah. Nasib tak bangun." bisiknya lalu dia pejam mata.

.
.
.
.
.
.

"Apahal pagi tadi kau tidur genggam telekung  aku?" soal Maisarah. Dia memandang Nafeesah dihadapannya.

"Hah? Mana ada!" Nafeesah menafikan apa yang dikatakan.

"Kau tak payah nak dooh lah. Aku tak tidur. Aku tahulah. Kau genggam telekung aku. Aku tahu lah." berang Maisarah dibuatnya. Terus Nafeesah gelak besar. Maisarah turut tergelak sekali. Bukan apa, sebab cara Nafeesah gelak tu membuatkan dia tergelak sekali.

"Aku takut kau lari." ujar Nafeesah tiba-tiba. Automatik Maisarah berkerut.

"AKU NAK LARI PERGI MANA?!" jerit Maisarah.

"Diamlah kau ni. Bising." kata Nafeesah sambil gelak tak henti. Kelakar pula.

"Aku takut kau lari pergi makan tak ajak aku."

"Allahuakbar, tak adanya Sa. Buat apa aku tak ajak kau. Ya Allah engkau nii." pening Maisarah dibuatnya. Nafeesah memang macam ni. Sedikit pelik. Tapi bukan sikit. Banyak.

-

"Nanti kat pusat, tolong tengokkan Irfan." terkejut Maisarah yang sedang mengelamun itu. Haih, lelap lelap pun boleh juga ye dia fikir pasal crush kesayangan dia tu.

"In Shaa Allah tengoklah guane."

"Kalau ada orang ngorat dia, bagitahu aku." Maisarah sekadar gelak.

"Tidurlah."





















FI AMANILLAH Where stories live. Discover now