Semua semakin berdebar apabila mereka diminta masuk semula ke dalam bilik Cikgu Lia.
"Nama dah ada kat cikgu. Pertama sekali, cikgu nak minta maaf. Cikgu dah berlaku adil untuk semua. Tak ada pilih kasih ye dekat sini. Cikgu pilih memang berdasarkan markah ejaan yang tertinggi." semua mengangguk menandakan faham.
"Irfan."
"Dania."
"Sharifah."
"Hazwa."
"Maisarah."
"Ini semua nama yang terpilih. Cikgu minta maaf sekali lagi ye. Nama yang disebut tu semua tunggu sini. Yang tak terpilih tu boleh balik ke kelas semula. Cikgu minta maaf sekali lagi ye." ujar Cikgu Lia sekali lagi dengan permohonan maaf. Semua yang tidak terpilih terus keluar dari bilik itu.
"Jadi, awak semua ni lepas untuk ke masisupa pusat. Kita akan bertanding pada 8 Julai ye." terang Cikgu Lia.
"Korang kena buat elok-elok sebab peringkat kebangsaan kat Sabah tahun ni. Kalau seorang lepas pun jadilah." seloroh Cikgu Ija sambil ketawa kecil. Menyakat semua yang ada disitu.
"Irfan. Awak okay ke awak lelaki sorang ni?" Irfan hanya menyengih.
"Kalau awak taknak, tak apa lah." kata Cikgu Ija.
"Tapi, tak payahlah Fan. Awak tu satu-satunya lelaki yang terpilih tau. Awak kena lah berbangga!" kata Cikgu Lia dengan semangat. Takkanlah dia nak lepaskan satu-satunya pelajar yang akan menjadi wakil sekolah ke peringkat pusat tu! Irfan menganggukkan kepalanya.
"Maisarah?"
"Hah? Kenapa cikgu?"
"Awak okay kan? Sorang je pelajar tingkatan tiga? Tapi awak kena bangga juga tau." Maisarah sekadar senyum nipis. Tak tahu nak jawab apa.
"Jadinya. Mulai hari Isnin minggu depan, kita akan berlatih. Yelah, nak pergi Khamis minggu depan. Hari ini hari Jumaat. Isnin, Selasa takde sebab cikgu takde. Lepastu hari Rabu. Khamis awak dah gerak dah pagi tu. Kejap lagi cikgu akan print bahan dan bagi dekat awak semua ye." mereka semua mengangguk.
"Untuk hari Selasa tu, tengoklah dulu. Apa-apa, cikgu maklumkan." mereka mengangguk sekali lagi.
"Awak boleh tunggu dekat luar. Cikgu print sekejap ye." mereka terus keluar dan duduk di meja yang kosong. Peserta khat semua tiada. Keluar rehat mungkin.
"Maisarah." panggil seseorang. Dia pusing ke belakang. Oh, Cikgu Shiela.
"Awak terpilih ye untuk tulisan jawi ni." Maisarah mengangguk.
"Haah cikgu." katanya sambil senyum kepada Cikgu Shiela.
"Tahniah ye. Awak buat betul-betul. Tengok, awak tak ada rezeki dalam syarahan, tapi rezeki awak dekat sini. Jadi, buat betul-betul ye!" Maisarah mengangguk.
"Baiklah cikgu. Terima kasih. Doakan saya ye."
Benarlah orang kata. Kita jangan cepat mengalah. Rezeki ni luas. Tak sekarang kita dapat, mungkin satu hari nanti. Allah dah aturkan cantik dah untuk hambanya.
YOU ARE READING
FI AMANILLAH
Romance"Jika kamu mencintai seseorang, biarkan dia pergi. Jika dia tidak kembali, bererti dia bukan milikmu. Tetapi Jika dia kembali, dia sudah tentu milikmu." - Saidina Ali bin Abi Talib R.A START : 16 FEBRUARI 2024 END :