BAB 15

7 2 0
                                    

Dia keluar dari perpustakaan itu dengan hati yang sangat berbunga-bunga.

"Aduh, no no. Jangan cerita kat sesiapa walaupun Dina." dia berkata seorang diri.

Dia pergi ke tandas dahulu untuk membetulkan tudungnya. Selepas memastikan tudungnya berada dalam kedudukan dan posisi yang sempurna, dia terus keluar dari tandas dan menuju terus ke kelas.

"Kau apahal ni. Tersengih-sengih." tegus Amirah secara tiba-tiba. Mana taknya, masuk je kelas, dapat duduk kat kerusi duk tersengih-sengih.

Oh Amirah, hendaklah engkau tahu yang kawan kau ini sedang angau.

Maisarah terus memandangnya sambil menggeleng.

"Kau tak nampak ke muka aku serius ni?" Maisarah membuat muka seriusnya. Acah.

"Oh ceni ek. Dah taknak cerita kat aku. Yelah, aku faham. Aku ni siapa je. Kau nak cerita dekat Irdina je." Amirah berkata dengan nada yang berjauh hati. Maisarah menghela nafas.

"Adam."

"Apahal. Dia buat hal apa lagi dengan kau?" Amirah menjungkitkan sebelah keningnya. Tapi, tak mungkin buat hal sebab kawan dia tu sengih. Kalau murung, mungkin dia boleh teka.

Maisarah terus membuka cerita dengan hati yang berbunga-bunga.

"Wehh aku tak sangka weh. Aku tak percaya. Kenapa dia cakap macam tu tiba-tiba siottt." jelas Maisarah sambil senyum-senyum macam orang gila.

Ah sudah. Angau sangat ni. Kalau tidak, bukan main serabut.

"Kalau tak suka tu, tak suka sangat. Ni bila dah suka, bukan main ye." Maisarah sekadar menyengih. Tulah tu.

"Dahtu. Kau suka dia lah ni?" soal Amirah yang mahukan kepastian. Maisarah menggeleng.

"Tak ada lah. Tapi, sikit lah. Tapi, sekejap je ni aku rasa. Esok-esok hilang lah ni. Hehe." terang Maisarah. Banyak pula dia punya tapi tu.

"Heh. Kau jangan nak suka dia pula." Maisarah mengangguk. Dia pasti, perasaan ni mesti sekejap je.

-
-
-

"Hah?! SOLEH?!" Maisarah menutup telinganya. Bingit dengar kawan dia tu jerit.

"Perlu ke jerit? Diam-diam sudah lah." marah Maisarah.

"Tak. Kenapa dia eh? Kau tak payah nak suka dia eh." Irdina memandangnya pelik.

"Ya Allah. Aku bukannya suka kat dia sangat-sangat pun. Kan aku dah kata, esok-esok hilang lah perasaan ni. Haih." Maisarah mengeluh perlahan.

"Kau tak payah nak suka kat dia eh. Dia tu dah lah friendly. Kau kena ingat, dia bukan jadi penyemangat kau je. Tah-tah, dia dah jadi penyemangat orang lain juga." ujar Irdina. Dia tak nak kawan dia tu main catch feeling kan orang. Kang kena fakehope pula. Maisarah pula sekadar mengangguk. Entahlah.

"Apahal ni." tanya Amirah yang baru datang itu.

"Kau dari mana?" soal Irdina sambil itu dia mengerling ke arah Maisarah yang sedang membuat kerja sekolah subjek Sains.

"Tandas ler. Kan aku cakap aku nak pergi tandas tadi." terang Amirah. Pekak ke budak ni. Rasanya dah bagitahu tadi.

"Ooo. Takdelah. Kau mesti tahu pasal Soleh tu kan. Ada ke dia nak suka Soleh." marah Irdina lagi.

"Tak. Kan aku kata, nanti hilanglah perasaan tu." keluh Maisarah. Penat dia terang.

Sejujurnya Maisarah memang seorang yang cepat catch feeling kalau orang layan dia baik. Tapi, perasaan tu akan hilang esoknya. Jangan risau. She's pro.

"Dahlah. Korang diamlah." tegas Maisarah berkata tiba-tiba. Dia nak fokus ni.























FI AMANILLAH Where stories live. Discover now