"Weh Na." panggil Maisarah. Sekarang sudah waktu pulang, Maisarah pulang ke asrama bersama Irdina manakala Nafeesah dan Amirah sudah pulang dahulu untuk makan.
"Asal." soal Irdina sambil memandangnya.
"Aku nak bagitahu kau sesuatu. Kau diam-diam je. Jangan heboh-heboh." tegas dia berkata. Kalau boleh taknak heboh lagi. Irdina menjungkitkan sebelah keningnya.
"Aku dapat gi pusat." Irdina terus memandangnya.
"WEH-" belum sempat Irdina berkata apa-apa, dia terus menutup mulut Irdina. Dia tahu apa yang akan jadi.
"Diamlah! Kan aku kata taknak heboh." marah Maisarah. Heboh betullah kawan dia yang ni.
Tak, semua heboh. Mulut murai.
"Okey okey." Irdina tersengih. Biarlah. Dapat pergi pusat kot. Siapa tak heboh. Bangga weh!
Masuk sahaja dia ke dalam surau...
"Weh, kau dapat pergi pusat eh?"
"Weh, untunglah dapat gi pusat "
"Weh, takde ajk ke? Kalau ada, letak nama aku tau."
Dia pasrah. Dia tahu dah siapa yang bagitahu. Mesti Nafeesah. Lagipun orang mesti boleh agak sebab dia je yang tak masuk kelas. Maisarah sekadar senyum pasrah dan mengangguk. Nak buat macam mana. Lambat laun, orang tahu juga.
"Bila pergi?" tanya Bella.
"Khamis minggu depan." jawab Maisarah sambil menganggalkan tudungnya. Nak sarung telekung. Yelah, nak solat zohor. Bella mengangguk.
"Tak ada ajk ke weh?" Maisarah menggeleng. "Takde."
"Ala, cakapla dengan cikgu. Dia taknak ajk ke. Kalau nak, kau letaklah nama aku." Maisarah menghela nafas. Boleh hilang sabar dia kalau macam ni.
"Ha, tengoklah guane. Kalau ada, tengoklah. Kalau tak ada, nasiblah." ujar Maisarah lalu keluar dari surau kecil.
Dia pun mencari seliparnya dan menyarungkan ke kakinya. Dia terus bergerak menuju ke bilik wudhu'. Setelah selesai mengambil wudhu', dia terus ke surau kecil semula.
"Pergh budak pusat." jerit Amirah. Semua mata terus tertumpu ke Maisarah. Maisarah membuat muka sambil menutup mukanya dan menuju ke Amirah dengan langkah yang laju.
"Kepala hotak kau. Aku tak nak lah semua orang tahu. Diam-diam sudahlah. Aduh kau ni." marah Maisarah. Amirah senyum lebar.
"Biarlah. Kita kena bangga ada member budak pusat tau. Kita tak dapat pergi pusat, takpe. Ada kawan yang pergi pusat, itu kena bangga." seloroh Amirah dengan bangga. Maisarah menjelingnya tajam.
Macam-macamlah budak ni.
YOU ARE READING
FI AMANILLAH
Romance"Jika kamu mencintai seseorang, biarkan dia pergi. Jika dia tidak kembali, bererti dia bukan milikmu. Tetapi Jika dia kembali, dia sudah tentu milikmu." - Saidina Ali bin Abi Talib R.A START : 16 FEBRUARI 2024 END :