Setelah habis rehat, Maisarah terus masuk ke dalam perpustakaan. Baru dia dan Kak Dania yang ada dalam perpustakaan itu.
"Weh, eja toleransi yang sebenar macam mana eh?" tanya Kak Dania secara tiba-tiba. Maisarah terus menghulurkan kertas jawinya. Kak Dania meneliti satu persatu ejaan miliknya dan milik Maisarah.
"Aduh, aku yang cuai." adu Kak Dania secara tiba-tiba.
"Kau memang power tho. Bapak sikit salah. Aku yang tingkatan lima ni lagi banyak salah daripada kau." ujar Kak Dania.
"Eh Allah... Mana ada akak ni. Kak Sharifah tu lagi gempak akak tahu tak. Dia tak ada Salah langsung. Cuba akak tengok."
"Eh ye ke. Uish dia tu tak payahlah. Segan aku. Nantilah aku tengok." Maisarah sekadar ketawa kecil dan mengangguk. Tiba-tiba Kak Sharifah dan Kak Hazwa masuk diikuti Irfan dibelakang.
Sedang mereka tekun menyemak ejaan masing-masing, pintu perpustakaan terbuka. Maisarah memandang kearah belakang bahagian perpustakaan. Matanya terus mengecil apabila kelibat yang masuk itu ialah kelibat yang sangat dikenali. Siapa lagi kalau bukan...
Adam Adha.
Maisarah menatap lelaki itu dengan pandangan yang agak tajam.
"Kau lagi." kata Adam sambil jari telunjuknya diarahkan kearahnya.
"Biarlah."
"Kasi menang. Bagi juara. Ni kalau tak nombor satu, tak tahulah. Aku dah menang. Kau pun kena lah menang." ujar Adam dari jauh.
"Eleh kau. Setakat nombor tiga. Bukannya ada juara pun. Kalau nombor dua, naib juara, tak apa lah juga. Ini nombor tiga." seloroh Maisarah. Betullah apa yang dia kata.
"Eh kau dapat nombor berapa eh haritu?" sakat Adam. Tulah, cakap lagi macam tu. Kan dah kena.
Maisarah terus diam tak berkata. Eyy mamat ni. Memang serabut aku dibuatnya. Maisarah terus fokus kepada apa yang hendak dilakukannya manakala Adam terus fokus kepada khatnya.
Setelah dua jam berlatih di dalam perpustakaan, mereka semua dikehendaki berkumpul untuk mendengar taklimat daripada setiausaha sukan dan ilmiah. Semua peserta pusat untuk ilmiah dan sukan dikehendaki berada dalam perpustakaan.
Maisarah, Kak Sharifah, Kak Hazwa dan Kak Dania berpindah ke meja sebelah iaitu dihadapan meja Adam. Adam yang berada disitu terus berdiri untuk mengemas mejanya. Nak beralih tempat sebab geng dia kat belakang.
"Oi, kau masuk jawi en." Maisarah sekadar mengangguk. Malas layan lebih-lebih. Buat sakit hati je.
"Buat elok-elok. Kasi menang." Maisarah sekadar mengangguk.
"Terima kasih." ucapnya.
"Kau tak ada penyemangat kan kat sana. Tak apa, biar aku jadi penyemangat kau." Maisarah terkaku dengan bicara yang keluar dari mulut Adam.
Tak, dia tak salah dengar kan?
Adam cakap dengan dia ke?
"Aaa, ha ye. K-kau pun sama. Buat elok-elok." Adam mengangguk dan terus ke belakang.
Betul ke apa yang dia dengar. Ya Allah, apahal tiba-tiba...
Blushing?
YOU ARE READING
FI AMANILLAH
Romance"Jika kamu mencintai seseorang, biarkan dia pergi. Jika dia tidak kembali, bererti dia bukan milikmu. Tetapi Jika dia kembali, dia sudah tentu milikmu." - Saidina Ali bin Abi Talib R.A START : 16 FEBRUARI 2024 END :