BAB 13

4 3 0
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir mereka berlatih bersama-sama dengan Cikgu Lia. Hari ini mereka bermula dari pagi hingga habis waktu sekolah. Semua peserta jawi tidak menyertai PBD kerana sibuk berlatih untuk membanggakan sekolah.

Mereka diberikan kebenaran untuk menggunakan komputer untuk mencari ejaan dalam bahasa jawi. Ketuanya ialah Irfan kerana dia merupakan satu-satunya lelaki. Jadi, apa salahnya kalau bagi dia yang pegang komputer kan. Tapi...

Macam jakun pun ada. Astaghfirullah, tak baik.

"Okaylah. Awak semua boleh rehat. Pukul 11:30, semua mesti dah ada dalam ni ye. Kita akan sambung balik latihan dan kuiz." ujar Cikgu Ija.

"Baik Cikgu!" sahut mereka semua.

Maisarah terus pergi ke kelas untuk bertemu dengan rakannya. Fuh, sejuk nak mampus dalam perpustakaan tu. Nasib keluar juga.

"Macam mana? Best ark?" tanya Amirah.

"Weh weh, Irfan macam mana." soal Nafeesah dengan teruja.

"Kau sabar jap Sa. Apa tadi? Oh, okay je. Tapi, sejuk nak mampus." balas Maisarah terhadap soalan yang diajukan oleh Amirah. Selepas itu, dia terus memandang ke arah Nafeesah.

"Kau tahu tak. Aku geram betul dengan Irfan tu. Orang suruh eja lain, dia eja lain. Lepastu, ish. Bercakap dengan dia seolah-olah bercakap dengan tunggul tahu tak. Tak reti merespon langsung. Ada lah dia respon tapi tak semua. Serabut." adu Maisarah dengan geram. Mana taknya, lain yang disuruh, lain yang dibuat. Nasib lelaki, kalau perempuan, memang dia lempang.

Lempang-lempang manja je.

"Untung lah kau..." Maisarah sudah Mula menjeling. Dia boleh agak Nafeesah nak cakap apa. Dia mesti nak cakap, untunglah kau. Dapat sama-sama dengan crush aku.

"Diam. Tak payah cakap. Aku tahu kau nak cakap apa. Tak ada yang untung. Serabut ada lah." luah Maisarah. Ikhlas dari hati.

Nafeesah tersengih. Aduh, tahu aje dia ni. Baru nak buat drama. Acah-acah gaduh sebab dapat tatap crush kita lama-lama. Tak jadi pula.

"Aku ni tak hamak lah nak tengok muka dia." kata Maisarah. Jujur.

"Perlu ke buat muka dengan nada yang jijik? Tak suka, cakap jelah." bentak Nafeesah dengan tiba-tiba lalu terus keluar dari kelas. Tak tahu ke mana.

"Lah, tiba-tibanya. Tak apa. Dah biasa. Dia main-main je tu." tenang Maisarah berkata. Bukan apa, dia dah biasa. Nampak macam serious tapi main-main.

Budak tu memang begitu. Don't worry.



















FI AMANILLAH Where stories live. Discover now