Sekarang, mereka semua akan bergerak balik. Semua sudah berada di dalam bas dan sedang dalam perjalanan tapi pengetua kata boleh singgah marrybrown. Eksaited bukan main masing-masing.
"Tengok aku. Balik bawak lah juga tuala. Korang ada? Tak adaaa!!!" sakan Adam menganjing semua yang ada dalam bas itu. Maklumlah, budak khat. Menang. Tapi, nombor tiga je pun. Bukannya nombor satu. Ek eleh. Belagak nak mampus jantan ni.
Maisarah terpandang Adam. Lalu kembali sambung bercakap dengan Ahmad iaitu rakan seperjuangannya dalam syarahan juga.
"Tak payah acah berbincanglah. Dah kalah, kalah lah." gelak Adam memecahkan suasana yang agak sepi di bahagian perempuan. Kali ini, perempuan duduk hadapan. Lelaki bahagian belakang. Maisarah menjeling tajam Adam yang agak biadap dan belagak tu. Memang sombong, bongkak, riak, takbur jantan ni. Mampus kau.
Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya mereka pun sampai ke marrybrown.
"Baiklah kawan-kawan. Siapa yang nak pergi beli tu, boleh pergi sekarang. Yang tak nak, tunggu je dalam bas ni ye." terang Cikgu Adila. Semua yang hendak membeli terus keluar. Lapar agaknya. Maisarah pun sama keluar untuk membeli. Sangat lapar. Lagipun jarang dapat makan marrybrown ni. Hehe.
Setelah siap membeli, Maisarah pun kembali masuk ke dalam bas.
"Ui, banyaknya beli." tegur Adam lalu ketawa kecil.
"Hey! Aku beli ayam dengan nugget je eh." jeling tajam Maisarah kepada Adam. Serabutnya dia ni. Apahal eh.
"Jangan makan banyak-banyak. Dalam tu banyak kolestrol." makin besar ketawa Adam dengan rakannya itu.
"Suka hati aku lah. Duit aku bukan duit kau." Maisarah menjelingnya dengan tajam.
"Amboii, marahnya. Janganla marah." sengih Adam. Garang sangat dia ni apahal.
"Nak Sa?" tanya Maisarah kepada Nafeesah.
"Apa?"
"Kentang." balas Maisarah sambil menghulurkan kotak kentang kearah Nafeesah. Dia tahu Nafeesah lapar.
"Terima kasih. Ambil dua tau." kata Nafeesah sambil sengih. Maisarah sekadar mengangguk sebagai tanda izin. Dia tidak kisah.
"Eh aku serabut betul dengan si Adam tu." adu Maisarah kepada Nafeesah. Nafeesah sekadar ketawa.
"Entah-entah dia suka kau. Kepala hotak kau. Aku ni dahlah first time bercakap dengan dia semua. Sebelum ni mana pernah. Nama pun tak pernah tahu. Tahu pun sebab dia selalu sakai Irdina dengan member dia aaa Hariz tak silap aku. Ha itu je. Sebab tulah aku tau nama dia Adam. Ha. Takkan nak suka aku. Sangat mustahil." tegas Maisarah mengeluarkan kata-katanya. Benda betul. Senior kot. Dahlah jarang terserempak. Tiba-tiba nak suka kita pula. Sangat buang tebiat.
"Perasaan orang. Kita tak tahu." Nafeesah mengusiknya lagi.
"Tak payahlah kau. Kau yang aku lempang kang." tajam pandangan Maisarah kepada Nafeesah.
"Kena cerita dekat Irdina dengan Mirah ni. Hahaha." gelak Nafeesah. Suka sangat dia tu nak bercerita.
"Barua betul. Kau memang batu api. Ceritalah kau." Maisarah malas ambil tahu. Sekarang, dia nak tidur. Mengantuk juga.
Beberapa minit sebelum sampai ke asrama...
"PERGI DENGAN HARAPAN, PULANG MEMBAWA MARRYBROWN" semua mengekek gelak dengan pernyataan yang diujarkan oleh Adam dan Afiq. Entah apa-apa diorang ni.
YOU ARE READING
FI AMANILLAH
Romance"Jika kamu mencintai seseorang, biarkan dia pergi. Jika dia tidak kembali, bererti dia bukan milikmu. Tetapi Jika dia kembali, dia sudah tentu milikmu." - Saidina Ali bin Abi Talib R.A START : 16 FEBRUARI 2024 END :