"Maisarah, korang rehat pukul berapa?" tanya Kak Hazwa yang tiba-tiba muncul. Maisarah memandangnya dengan pandangan yang agak terkejut. Tapi, buat biasa je lah.
"10:30. Kenapa?" soal Maisarah.
"Pukul 11:30 masuk PSS tau. Kita start praktis jawi." Maisarah mengangguk. Kak Hazwa terus berlalu pergi.
"Asal?"
"Tak, 11:30 aku kena pergi PSS dah. Nak berlatih." Amirah mengangguk. Dia menghulurkan air teh o yang dibelinya. Padahal bukan dia yang beli. Dia minta orang lain belikan. Malu katanya.
Mereka terus berjalan menuju ke kelas. Sesekali mengerling ke kelas sebelah.
"Ko pandang siapa? Ada ke mamat tu?" tanya Maisarah. Dia tahu je siapa yang Amirah cari di kelas sebelah. Tapi, buat-buat Tanya.
"Entah. Tak ada pula." jawab Amirah.
Setelah sampai ke dalam kelas. Mereka mengambil tempat duduk. Maisarah duduk di tempatnya manakala Amirah meminta izin rakannya untuk tumpang duduk dikerusinya. Nak lepak sebentar.
Maisarah mengeluarkan kertas jawi yang telah diberi oleh Cikgu Lia minggu lepas. Dia meneliti satu persatu ejaan yang ada di dalam bahan tersebut. Ejaan rajawali, meja. Diperhatikan juga setiap hukum yang ada di dalam tu supaya ejaannya menjadi lancar apabila membuat latihan nanti.
"Minggu depan saya nak buat kuiz ye. Jadi tolong buat ulangkaji semua bahan yang saya dah bagi. Perhatikan satu persatu huruf yang digunakan. Hukum-hukun jawi."
Itulah pesanan Cikgu Lia minggu lepas. Fuh, berdebar juga. Tambahan pula, Khamis ni dah nak pergi. Sabtu bertanding. Sangat mendebarkan.
"Kau tak ada latihan ke Siti?" tanya Irene, salah seorang rakan kelasnya. Antara rakan rapatnya juga.
"Kejap lagi. Lepas budak atas rehat. Awat?" Irene sekadar menggeleng.
"Budak pusat siott! Budak pusat." Maisarah sekadar menggeleng. Haih, macam-macamlah mereka ni.
"Nanti kau buat betul-betul tau. Dapat hadiah, bagi aku." gurau Irene.
"In Shaa Allah kalau menang." jawab Maisarah sambil ketawa kecil. Betullah. Kalau menang.
"Kau nak tahu tak, semalam... si Adam Adha tu kacau aku lagi weh!" adu Maisarah. Tiba-tiba teringat. Jadi baran pula tiba-tiba.
"Dia kacau kau apa pula ni?" tanya Amirah. Maisarah pun mulakan cerita dari A hingga Z. Benci betul dia apabila teringat akan kejadian semalam. Serabut. Amirah sekadar ketawa. Begitu juga Irene.
"Entah-entah, Adam suka k- aduh!"
"Tak payah merapik. Tak adanya dia nak suka aku. Aku lempang kau kang." marah Maisarah. Kan dah kena lepuk. Tulah, orang dah kata jangan nak mengarut.
"Yelah. Sorry sorry."
"Dahlah. Aku gi dulu. Nak masuk awal. Babai gais!"
YOU ARE READING
FI AMANILLAH
Romance"Jika kamu mencintai seseorang, biarkan dia pergi. Jika dia tidak kembali, bererti dia bukan milikmu. Tetapi Jika dia kembali, dia sudah tentu milikmu." - Saidina Ali bin Abi Talib R.A START : 16 FEBRUARI 2024 END :