BAB 8

6 2 0
                                    

Berdasarkan saringan semalam, tiga orang telah tersingkir iaitu budak tingkatan empat. Yang lain masih kekal. Ini merupakan hari kedua mereka akan disaring.

"Cikgu akan pilih lima orang sahaja sebab peserta lima orang sahaja. Nasiblah siapa yang terpilih dan tidak terpilih."

Maisarah sangat berdebar. Dia berharap dia akan terpilih. Teringin juga dia berlawan ke peringkat pusat. Tapi dia tahu yang dia tidak akan dapat peluang itu. Redha saja lah.

"Kita akan buat dua saringan untuk kali ini. Kali pertama, kita akan bagi chance. Kali kedua, kita akan main kalah mati. Siapa salah, terus keluar sampai kita dapat lima orang." semakin berdebar dibuatnya. Takut. Macam nak mati pula rasanya. Astaghfirullah.

"Semua dah sedia? Maisarah?" Maisarah mengangguk.

"Nafeesah?" Nafeesah mengangguk.

"Irfan?" Irfan juga mengangguk. Dia seorang sahaja lelaki. Harap dapat lah.

"Diiny?"

"Dah cikgu."

"Eja... Rajawali." bermulalah persaingan antara mereka semua.

Setelah beberapa minit...

"Okay semua... Berhenti. Boleh kutip kertas dan semua diminta tunggu dekat luar. Kami nak buat saringan." Semua terus berlalu keluar. Pusingan kalah mati tak jadi buat sebab terdapat masalah teknikal. Jadi mereka akan disaingi dengan mata yang tertinggi.

Semua menunggu dengan penuh debaran. Masing-masing sedang berbincang tentang ejaan yang telah dieja tadi. Ada yang betul, ada yang salah.

"Maisarah dengan Nafeesah mesti lepas ni." ujar Kak Anira. Mereka berdua menggelengkan kepala.

"Takdenya. Akak mesti dapat. Akak paling tertinggi kot." Kak Anira menggelengkan kepalanya.

Dah main geleng-geleng kepala pula.

Pandangan Maisarah melilau ke seluruh perpustakaan. Dia memandang 2 orang perempuan dan seorang lelaki yang duduk di meja hadapan mereka.

"Apa yang diorang buat tu kak?" tanya Maisarah kepada Kak Diiny.

"Ohh, tu budak khat. Diorang pergi pusat dengan kita juga." terang Kak Diiny. Maisarah sekadar mengangguk.

Tiba-tiba pintu perpustakaan terbuka. Masuk satu sosok yang dia kenali. Seorang lelaki. Lelaki itu pandang mereka semua yang sedang duduk di karpet. Mata lelaki itu memandang semua perempuan yang berada disitu hinggalah mata itu berhenti pada Maisarah.

Maisarah mengerutkan keningnya. Pahal jantan ni.

"Eh, kau!" lelaki itu menggerakkan mulutnya. Sekadar berbisik tapi dia faham sebab lelaki itu menunjukkan jari kearahnya. Maisarah semakin kerut.

Lelaki itu pergi ke meja yang diduduki oleh semua peserta khat lalu bercakap dengan seorang lelaki yang ada disitu. Lelaki itu turut memandangnya dan gelak sama-sama dengan dia.

"Saaa! Kau tengok si Soleh tu! Tah mende dia cakap dengan Adam Harith tu pasal aku. Tak pasal-pasal Adam Harith pandang aku duk gelak-gelak dengan Soleh. Diorang cakap apa wehh?!' adu Maisarah sambil menundukkan mukanya.

Nafeesah pun memandang mereka. "Takde apa tu. Biasalah. Kau sendiri kata yang Irdina kata si Adam Adha tu suka sakat perempuan. Biar jelah." kata Nafeesah sambil menenangkan Maisarah. Maisarah sekadar menghela nafas.


















FI AMANILLAH Where stories live. Discover now