Hari Pertandingan
"S-saya minta maaf cikgu..." ucap Maisarah dengan tersedu-sedu. Demi Allah, dia tak menjangkakan semua ini. Dia rasa seperti dia sudah buat sehabis baik. Tapi, takkan ini hasilnya?
Allahuakbar. Kenapa begini, Ya Allah?
"Ye tak apa. Awak tak salah pun. Awak jangan sedih. Awak nak tahu kenapa awak dapat nombor lima?" soal Cikgu Shiela kepadanya. Dia juri yang menjadi wakil kepada sekolahnya. Semestinya dia tahu asbab mengapa Maisarah mendapat nombor sebegitu.
"Awak memang dah bagus. Cara penyampaian awak. Tambah-tambah, awak dah hafal. Dua sekolah je yang hafal iaitu awak dengan yang nombor satu tu. Yang lain semua tak hafal. Kalau ikutkan, sebenarnya awak memang sengit dengan nombor satu tu. Tapi... Benda ni jadi sebab fakta awak ataupun isi awak tak ada kena mengena dengan tajuk awak..." terang Cikgu Shiela sambil mengusap Maisarah yang semakin tersedu-sedan.
"Berat kalau awak nak ambil tajuk yang berkaitan dengan agama ni... Awak betul nak bawa tajuk ni ke? Kalau tak boleh, awak boleh ambil tajuk lain."
"Boleh cikgu. In shaa Allah boleh!"
Betullah... Berat. Sangat berat. Dia tak boleh bawa. Allahuakbar. Perit nak terima kenyataan yang dia dapat nombor lima. Dia dah usaha habis mungkin. Dia push untuk hafal skrip selama dua hari. Kemudian, fokus untuk melancarkan skrip tersebut. Tapi, ini yang dia dapat?
"Salah cikgu juga sebab cikgu tak cek skrip awak balik." ujar Cikgu Shiela. Makin melalak Maisarah dibuatnya. Dia sedih. Sedih sangat. Harapan untuk menjadi top 3 syarahan terkubur begitu sahaja.
"Sudah Maisarah. Awak jangan sedih. It's okay. You can do more better next year but make sure you masuk okey!" semangat Cikgu Shiela berkata.
Maisarah menggeleng. " Tak boleh cikgu. Ramai yang lebih hebat. Zahra tu cikgu. Tahun depan, dia dah naik menengah atas. Bersaing teruk saya cikgu. Tak ada harapan kot saya tahun depan..." ucap Maisarah dengan tidak semangat. Masih dalam kondisi sedih yang amat. Tak boleh terima lagi.
"You guys already did the best. Dua-dua hebat. Awak kena buat yang lebih hebat dari dia. Cikgu harap, awak boleh jadi wakil lagi untuk tahun hadapan." ujar Cikgu Shiela sambil tersenyum manis kepadanya.
"T-terima kasih cikgu. Saya minta maaf sekali lagi." ujar Maisarah dengan air mata yang kembali mengalir. Terus Cikgu Shiela memeluknya. Maisarah terus meminta izin untuk pergi.
"Kak Bat!" panggil Maisarah dengan air mata yang kembali bertakung.
"Macam man- eh kenapa ni?!" soal Kak Bat sambil memegang tangannya.
"N-nombor lima..." terus tersedu-sedan Maisarah.Allah, sedih sangat ni.
"Allah, takpe. You already did the best!" ucap Kak Bat sambil mengusap belakangnya.
"Dah-dah jangan sedih. Dah makan ke belum? Kalau belum makan, pergi makan dulu. Pergi kantin ke. Jangan sedih dah! Awak kuat!" Maisarah tersenyum kecil sambil mengusap air matanya dan terus berlalu pergi.
Sekarang ai is lapar.
YOU ARE READING
FI AMANILLAH
Romance"Jika kamu mencintai seseorang, biarkan dia pergi. Jika dia tidak kembali, bererti dia bukan milikmu. Tetapi Jika dia kembali, dia sudah tentu milikmu." - Saidina Ali bin Abi Talib R.A START : 16 FEBRUARI 2024 END :