BAB 16

6 3 0
                                    

Hari ini merupakan hari mereka semua akan berangkat ke SMA Petra. Antara pertandingan yang mereka sertai bagi acara ilmiah ialah tulisan jawi, pertandingan tulisan khat dan nasyid. Selebihnya merupakan peserta bagi acara sukan yang akan ke SMA Wahid.

"Kau gerak pukul berapa?" soal Amirah apabila melihat Maisarah tiada tanda-tanda untuk pergi.

"Aku pun keliru. Pukul 10 ke 10:30." luah Maisarah. Ye dia keliru. Cikgu ni kata pukul 10 , cikgu ni kata 10:30.

Dengan tiba-tiba pintu kelas mereka diketuk.

"Assalamualaikum cikgu. Nak panggil Maisarah boleh? Sebab diorang nak gerak dah." ujar seorang wakil senior tingkatan lima itu dengan sopan. Maisarah terus bangun Dan meminta izin dari gurunya.

"Weh buat elok-elok!"

"Banggakan sekolah kita tiii!"

"Elok-elok dekat pusat!"

Maisarah tersenyum lalu menganggukkan. Dia terus keluar dan berlari perlahan. Setelah melepasi susur gajah hadapan kelasnya, dia ternampak kelibat Cikgu Ain. Cikgu Ain membuat isyarat tangan menyuruhnya cepat. Dia terus mengambil langkah besar. Dia ke surau kecil untuk mengambil barangnya. Dia membawa sebuah bagasi Dan satu beg galas. Kali ini lama sikit mereka disana. 4 hari 3 malam.

Dia terus berjalan dengan laju hingga keluar dari pagar sekolah. Selain dia, ada lagi Dua orang pelajar lelaki tingkatan empat yang masih berlengah. Setelah sampai dihadapan bas, Maisarah terus meletakkan bagasinya di bahagian tempat letak beg. Dia masuk ke dalam bas dan terus mengambil tempat. Duduk sahaja dia, dia terus mengeluarkan botol air dan sebiji ubat untuk di makan. Ubat apa? Ubat muntah sebab dia merupakan seorang yang mabuk jalan. Dalam masa yang sama, dia cuba meredakan nafasnya yang laju akibat berdebar.

"Maisarah." pangill seseorang.

"Oh Cikgu Dila." Maisarah senyum lalu menundukkan sedikit kepalanya.

"Kenapa awak lambat?! Awak dah tahu kan kita gerak pukul 10. Yang awak dasih berada dalam kelas tu dah kenapa?!" berang Cikgu Adila.

"T-tak cikgu. Sebabnya semalam Ustazah kata pukul 10:30. Tu yang saya keliru. Maaf cikgu." ujarnya. Cikgu Adila terus pergi ke bahagian depan bas.

"Apalah nasib aku ni haih." keluhnya seorang diri.

"Semua dah ada?" soal Cikgu Adila dari depan.

"Ada!!!" jerit pelajar lelaki.

"Idham. Awak baca doa sebelum kita mulakan perjalanan." arah Cikgu Adila kepada Idham, pelajar tingkatan 5 merangkap ketua pengawas serta penyanyi solo untuk kumpulan nasyid sekolah itu.

"Bismillahirrahmanirrahim... Subhanallazi sakhara lana hadza wa ma kunna lahu muqrinin. Wa inna ila rabbina lamunqalibun."

"Amiin!!!"

"Semua duduk je dekat tempat masing-masing ye. Jangan bergerak sangat."

"Baik Cikgu!"

Tiba-tiba dia melihat kelibat Cikgu Adila datang kearahnya. Dengan segera dia mengambil beg yang berada di sebelah kerusinya. Takut cikgu nak duduk situ.

"Maisarah." seru Cikgu Adila.

"Ye cikgu. Kenapa?"

"Minta maaf ye sebab cikgu marah awak tadi. Cikgu bukan sengaja nak marah awak cuma kita ni kena tepat pada masa. Cikgu minta maaf sangat-sangat ye." ujar Cikgu Adila.

"Allah, tak ada lah cikgu. Salah saya juga sebab tak tepat pada masa. Saya minta maaf ye cikgu." kata Maisarah dengan permohonan maaf sekali lagi. Cikgu Adila mengangguk dan kembali ke tempat duduknya di bahagian hadapan.

Bermulalah perjalanan mereka. Pelajar perempuan ada yang tidur manakala pelajar lelaki sibuk bernyanyi di bahagian belakang.

"BoBoiBoy... BoBoiBoy... BoBoiBoy Galaksi..." nyanyi semua pelajar lelaki di belakang.

Suka ngat haih...


















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FI AMANILLAH Where stories live. Discover now