BAB 3

14 2 0
                                    

Sekarang pukul 2 petang. Semua peserta perempuan masisupa peringkat zon sedang berkumpul diperkarangan asrama puteri. Masing-masing sedang membawa barang mereka turun untuk dibawa kemudian ke susur gajah di hadapan pondok jaga. Dalam masa yang sama, mereka sedang menunggu juga Cikgu Adila iaitu warden mereka serta guru bimbingan mereka.

"Kawan-kawan, dah siap ke belum?!" bukan main memetir lagi suara Cikgu Adila menjerit. Bukan apa, kena cepat sebab pelajar lelaki dah menunggu dekat pondok jaga. Bas pon dah sedia.

"Dah cikguu!" jerit semua pelajar yang terlibat.

"Baiklah, sekarang awak semua bawak barang-barang awak sekali ye. Kita akan bergerak ke pondok jaga bersama-sama. Jangan ada yang tertinggal. Faham tak?" soal Cikgu Adila dengan tegas.

"Faham cikgu!" sahut semua pelajar perempuan.

Mereka pun mula bergerak dalam barisan untuk menuju ke susur gajah sambil membawa barang yang dibawa. Tak banyak pun barangnya. Cukup bawa satu beg Dan tudung atau baju yang sudah diseterika untuk mengelakkan kedut. Asbab barang yang mereka bawa sedikit adalah kerana mereka hanya menetap di Sekolah Menengah Agama Insan sehari sahaja. Mereka akan bertanding pada hari esok dan pulang selepas habis bertanding.

"Yang lelaki semua dah ada ke?" soal Cikgu Adila kepada pelajar lelaki.

"Ada cikgu!" jerit budak lelaki.

"Okay pelajar perempuan. Bas pun dah tunggu. Marilah kita." panggil Cikgu Adila. Semua pun terus mengangkat barang-barang mereka untuk dibawa bersama. Pelajar perempuan masuk dahulu untuk duduk dibahagian belakang manakala pelajar lelaki masuk kemudian kerana mereka akan duduk dihadapan.

Setelah dekat sejam setengah perjalanan...

"Acik acik, nak pasang lagu ni boleh?" pakcik bas itu hanya menganggukkan sahaja. Ikut aokme lah. Asalkan aokme bahagia.

"Weh Adam! Pasang lagu seventeen!" Adam sekadar memandang budak-budak perempuan lalu dia pergi ke bahagian depan untuk memasang lagu tersebut. Bukan main suka lagi budak perempuan apabila lagi itu dipasang.

I Luv My Team I Luv My Crew
yeogikkaji dallimyeonseo
I Luv My Team I Luv My Crew
gyesok dallil su isseo deo

Bukan main rancak di bahagian belakang bas dengan nyanyian pelajar perempuan. Bukan yang mendayu-dayu ye. Tidak lama, lagu itu pun habis.

Adam memandang perempuan dibelakangnya. "Ha, nak pasang lagu apa?"

"Akak, cer cakap dengan dia, pasang lagu cinta pantai merdeka." bisik Maisarah kepada seniornya, Kak Dirah.

"Cakapla sendirii." Kak Dirah menggeleng.

"Aaa weh Adam. Pasang lagu cinta pantai merdeka." kata Maisarah kepadanya. Aduh, malu juga sebenarnya.

Adam memandangnya dengan pandangan yang... Agak terkejut mungkin? Mana taknya, taste lagu lama.

Adam terus ke hadapan untuk memasang lagu itu. Maisarah pun bukan main. Syok sangat! Setelah beberapa minit, lagu itu pun habis.

"Ha nak lagu apa lagi?" Maisarah menggeleng. Tahlah lagu apa.






















FI AMANILLAH Where stories live. Discover now