BAB 7

7 1 0
                                    

Setelah sebulan berlalu...

"Assalamualaikum... Nak panggil Siti Maisarah dengan Nurul Nafeesah. Tolong bawa pensel dengan pemadam. Pergi perpustakaan sekarang." kata Dua orang senior perempuan yang tiba-tiba mengetuk pintu kelas mereka. Nasib tiada cikgu.

"Asal tho?"

"Ayokkk, korang buat apa haaa?" Kedua-dua mereka menggelengkan kepala. Manalah mereka tahu.

Mereka pun keluar dari kelas dan terus berjalan menuju ke perpustakaan. Masing-masing berdebar. Entah kenapa pula ni. Haih, macam-macam. Sampai sahaja mereka dihadapan perpustakaan, mereka berhenti untuk membuka kasut. Terus Maisarah buka pintu.

Terdapat lebih kurang 11 orang senior mereka yang ada dalam perpustakaan itu. Tujuh orang tingkatan empat dan empat orang tingkatan lima. Maisarah dan Nafeesah hanya senyum kepada mereka dan masuk. Mereka duduk dekat dengan mereka.

"Kenapa ni kak?" soal Maisarah kepada Salah seorang senior tingkatan empat. Senior itu sekadar menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak tahu.

Lama juga mereka tungguh lebih kurang 15 minit. Entah apa yang mereka kena buat. Haih, kalau dia tahu, baik tidur je dalam kelas.

"Semua dah ada ke?" soal Cikgu Lia yang tiba-tiba keluar dari bilik kecil dalam perpustakaan itu. Semua mengangguk.

"Irfan mana?" soal Cikgu Lia kepada pelajar tingkatan lima. Mereka menggeleng. Tidak tahu di mana keberadaan lelaki itu.

"Semua boleh masuk." arah Cikgu Lia untuk masuk ke dalam bilik kecil itu. Semua pun berhimpit untuk masuk. Maklumlah, kan kecil. Mereka ramai.

"Boleh duduk. Duduk je himpit-himpit. Benda ni rahsia. Tak boleh orang tahu." ujar Cikgu Ija. Cikgu Ija merupakan rakan baik Cikgu Lia.

"Ha cikgu. Ni Irfan." ujar akak-akak tingkatan lima.

"Irfan! Masuk! Yang perempuan bagi ruang dia nak masuk." semua pun memberi ruang walaupun agak kecil.

"Wehh, dia wehh!" teruja Nafeesah apabila melihat crush dia ada. Suka ngat-ngat! Maisarah sekadar mengangguk dan menyengih. Buat masa sekarang. Tiada siapa dihati. Dia tutup hatinya daripada menyukai sesiapa. Senang kata, no crush for now.

"Okay, cikgu panggil awak semua ni untuk buat pemilihan siapa yang akan sertai pertandingan tulisan jawi untuk masisupa peringkat pusat nanti. Kami panggil awak semua ni berdasarkan penilaian markah tulisan jawi awak semua. Untuk tingkatan tiga, Maisarah dengan Nafeesah yang paling tinggi."

" Untuk tingkatan empat, ha semua ni. Tingkatan lima, awak semua. Yang lelaki, cikgu dapat Irfan sahaja. Ke awak ada nak cadangkan yang lain?" soal Cikgu Lia kepada Irfan. Irfan merupakan salah seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang paling pandai. Memang top budaknya.

Irfan sekadar mengangkat bahunya. Tak tahu nak mencadangkan siapa.

"Tak apa lah. Ini sahaja. Sekarang, kami akan buat ujian. Kami akan sebut perkataan, awak semua kena jawikan. Kita akan buat tiga saringan. Siapa yang paling tinggi, dialah peserta untuk tulisan jawi peringkat pusat nanti." semua mengangguk menandakan faham.

"Sekarang, cikgu dah sediakan marker Dan kertas lutsinar tu. Awak tulis atas tu ye. Siapa yang cepat siap dan betul."

















FI AMANILLAH Where stories live. Discover now