BAB 2

15 2 0
                                    

Dia merenung ke sekitar kawasan kantin sekolah itu sambil melihat pelajar lelaki yang berada disitu. Teringat kembali akan kelibat lelaki yang 'mengacaunya' tadi.

"Oi, kau termenung apa." dia tersentak. Dia memandang ke muka rakannya itu sambil menjungkitkan sebelah keningnya. Dia sekadar menggelengkan kepalanya.

"Tadi... Waktu aku syarahan, ada orang kat belah belakang tu. Aku tak pasti siapa. Kau tahu tak siapa?" Maisarah bertanya kepadanya. Mana tahu dia tahu.

"Ohh... Soleh tu."

"Hah, Soleh?" soal Maisarah sekali lagi.

"Ye. Kenapa?" pelik Irdina dibuatnya. Apahal pulak budak ni. Beria pulak tanya.

"Aku nak pastikan je. Yelah, mana tau kau salah cakap ke. Aku pun tak nampak sangat siapa tu." ujar Maisarah lalu mencapai air teh o yang dibelinya lalu dihirup. Fuh sedap. Sejuk.

"Tapi, nama sebenar dia Soleh ke?" tanya Maisarah.

"Taklah. Nama sebenar dia Adam Adha. Tapi orang panggil Soleh." terang Irdina.

"Kenapa Soleh?" Irdina sekadar menggelengkan kepala. Dia pun tak tahu.

"Eh, tingkatan 5 rehat pukul berapa?" tanya Irdina. Tak sabar nak tengok crush.

"Entah. Kejap lagi kot." kata Maisarah lalu menadah tangan untuk membaca doa makan. Dia lapar. Jangan dikacau.

"Apahal sambal Thani harini pedas nak mampus?!" bengang Amirah. Dia pantang betul nasi lemak sambal pedas sangat. Nak bagi budak mati awal ke apa.

"Yang kau makan sambal kenapa. Meh sini sambal tu." pelawa Irdina sambil menghulurkan polistrine makanannya kepada Amirah. Amirah terus meletakkan sambalnya ke dalam polistrine Irdina.

"Kau pergi pukul berapa esok?" soal Amirah kepada Maisarah.

"Lepas solat jumaat. Awat?" Amirah menggeleng menandakan tiada apa-apa.

"Esok nak makan tengahari tak?" soal Amirah kepada Umaiyah. Kalau nak makan, dia nak suruh kejut hihi.

"Tengoklaa dulu. Besok makan apa eh?"

"Besok makan sedap. Ayam berempah weh!" ujar Amirah sambil membayangkan ayam berempah dema yang amat menggiurkan itu. Sedap betull!

"Ha nak lah."

"Okay, esok kau kena kejut aku. Kalau pagar bukalah. Kalau tak buka, kejut je. Okayyy!" Amirah mengenyitkan matanya kepada Maisarah. Dia hanya menjeling kepadanya. Mengada.

"Kau nak makan tak esok, Na?" Irdina hanya mengangguk menandakan dia nak makan. Tapi, dia ni iye iye je. Tahu-tahu tidur juga. Sama je macam Amirah tu. Suruh kejut, tapi disambungnya tidur tu jugak. Tak reti nak bangun. Agaknya, asrama tu terbakar pun tak bangun. Susah begini nampaknya. Tapi tidak mengapa, nasib sayang.

"Berehlah. Besok I will kejut you all okiess." Amirah dan Irdina menjeling ya. Tiber betul dia ni. Maisarah sekadar menyengih. Nak gurau manja-manja saja. Takkan itupun tidak boleh.























FI AMANILLAH Where stories live. Discover now