Bab 1

839 19 0
                                        

Nana Irdina mengangkat periuk belanga kosong yang banyak itu melalui koridor istana. Setiap kali di melepasi dayang istana, dia akan melepasi mereka yang cantik-cantik dan tinggi malah mempunyai dada yang besar dan montok. Sangat berbeza dengan Nana yang rupanya tidaklah cantik malah tiada dada. Bila pakai baju leper saja.

Itulah dia.

"Kakna, sini!"

Nana berpaling kearah sekumpulan gadis yang sedang basuh periuk belanga di belakang dapur. Nana berjalan kearah mereka lalu diletakkan periuk belanga itu diatas lantai. Orang panggil dia Kakna sebab dia antara paling tua. Kebanyakan disini bawah 28 Tahun dan Nana tahun ni sudah 32 Tahun.

Lepas letak periuk belanga, Nana berjalan ke dapur. Dia ambil makanan diatas meja mengikut nama. Dia ambil yang ada nama Tengku Puteri Diraja Seloka Haya Christiane Jowy. Dalam dulang besar itu tersedia sekali segelas air masak dan sekotak susu strawberi. Puteri Haya suka sangat minum susu strawberi.

Nana melihat sekeliling meja. Makanan puteri lain belum diambil. Dipandang pula kearah jam di dinding. "Mana yang lain?"

"Entahlah Kakna. Lupa agaknya."

"Kalau pukul 2 belum ambil juga suruh je sesiapa hantar."

"Baik, Kakna."

Nana berjalan keluar dari dapur. Dia berjalan turun dari bangunan istana dapur itu dan berjalan jauh untuk ke bangunan istana bilik Puteri Haya. Jaraknya dalam 100 meter. Sampai disana terus dia hidangkan makan untuk Puteri Haya.

"Hachi!" Puteri Haya terbersin. Sudah 3 hari dia asyik bersin malah terbatuk-batuk. Hari pertama haritu dia demam. Sekarang hanya tinggal batuk dan bersin.

"Ubat dia mana?" Tanya Nana. 3 orang dayang untuk Puteri Haya merapati Nana. Salah seorang dari mereka menghulurkan ubat kepada Nana. Nana duduk diatas katil dan ambil tisu lalu dilap hidung Haya yang berair. Gadis yang berumur 9 Tahun itu bersandar pada dada Nana namun kemudian dia bangun semula dan tarik dayang istana lain iaitu Mao untuk baring di dadanya.

Dia nak baring dekat situ sebab dada Mao besar. "Aaaa tak sukalah bersin ni! Penat dah! Hachoo!"

"Itu kena makan ubat." Pesan Nana lalu menarik Haya kearahnya. Satu sudu bubur nasi yang dicampur dengan ayam carik disuap terus ke mulutnya tanpa perlu tunggu dia buka mulut.

"Ouh, lupa. Tadi barang Kakna sampai." Selena meletakkan satu kotak diatas meja. Nana ambil barang tersebut lalu dibuka. Satu alat berupa botol dengan muncung tajam dihujungnya diambil.

"Tuanku, sini."

"Taknak~ nak dada Kakak Mao!"

"Sebelum patik panggil Permaisuri Lihana."

Haya mencebik. Dia merangkak mendekati Nana lalu hidungnya disumbat hujung botol itu. Dalam botol itu ada air. Haya ambil satu baldi dan letak di ribanya kemudian botol itu dia tekan. Terus air masuk dalam hidungnya.

"Ermh!"

"Tahan." Nana tekan kepala Haya agar tidak keluar. Dia tahu sakit tapi dia teruskan juga. Dengan banyak sekali hingus Haya jatuh keluar kedalam baldi malah ada satu cecair melekit yang keluar dalam bentuk pepejal. Masing-masing hanya tengok Nana rawat Haya.

Nana alihkan sekejap untuk Haya cari nafas kemudian sambung semula. Tangan Haya menggenggam baju di bahu Hana sehingga terselak dan menampakkan bahu putih Nana namun Nana tetap teruskan.

"Tolong kami!" Pintu bilik dibuka. 2 orang dayang bagi Tengku Puteri Diraja Seloka Norren Christiane Jowy masuk kedalam. Nana hanya menjeling mereka berdua dan fokus hanya pada Haya.

"Kenapa?" Tanya Hazera, gadis yang sedang merenung Haya tadi.

"Tuanku Norren...dia cengkung sangat. Badan dia dah terlalu kurus. Tuanku Lihana dah buntu nak buat apa. Tolong..."

Apothecary Diary |CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang