Bab 2

444 20 0
                                        

Selama ini mereka suapkan makanan mewah yang banyak sangat protein kepada Norren. Lepas Nana tahu memang dia mengamuk. Kerjanya hanya duduk di bilik Puteri Norren dan menjaganya seorang diri. Hanya beberapa kali saja dayang Puteri Norren masuk kedalam untuk melihatnya.

"Beracun." Kata Nana lalu meletakkan semula bubur itu diatas dulang selepas menghabiskannya. Ternganga Fasha dibuatnya. Beracun?

"Habistu yang Kakna tak pengsan pun?"

"Saya dah alah racun sebab saya makan banyak ubat masa kecil. Tolong tukar."

"Baiklah Kakna." Nak taknak Fasha menurut. Nana terus ambil satu mangkuk kosong dan muntah kedalam mangkuk tersebut. Dia sempat muntah sebelum racun itu memberi kesan pada tubuhnya.

"Mommy..." Suara perlahan Norren mengejutkan Nana. Nana bangun lalu menyentuh dahinya. "Mommy..."

"You want your mommy?"

"Nak mommy..." Air matanya mengalir ke bawah. Nana terus bangun dan berjalan ke pintu. Dijenguk keluar. "Panggil Permaisuri Lihana."

"Baik, Kakna!"

Nana masuk semula kedalam. Dia melihat kearah Norren yang sudah boleh bangun namun tubuhnya masih lemah. Norren hulurkan kedua-dua tangannya lalu.

"Kenapa?"

"Nak peluk."

"Hm?" Nana duduk disebelahnya. Terus tubuhnya didakap erat oleh Norren. Memang semua anak Lihana ni gatal betul. Selamba dia mahu selak baju Nana.

"Nak tetek..."

"Eh- hey! Patik 19 Tahun lagi muda dari Tuanku!"

"Jadi...? You're my servants and every servants deserves to kneel down on my feet!"

PAK! Pipi Norren ditampar kuat. Nana terus menjauh daripadanya. Norren memang bahaya buat dia. "Tuanku buat benda ni dekat semua dayang ke?"

"Ya, jadi? Berani kamu tampar beta?" Norren sentuh pipinya. Nana terus berdiri dan bila Norren mahu berdiri, langkahnya lemah dan hampir buat dia terjatuh. Mujurlah Nana ada menangkapnya.

"Tuanku masih lemah! Duduk!"

"Taknak...saya nak mommy hukum awak! Awak tampar...awak- ah." Norren terduduk atas katil. Lemah macamni pun nak tunjuk kuat lagi. Nana paksa dia baring dan selimutkan dia. Bila dia mahu bangun, Nana tarik telinga dia.

"Duduk diam, boleh? Ingat patik takut?"

"Ah..." Norren mengeluh. "Siapa yang jaga saya masa saya sakit?"

"Patik, Tuanku."

"Tipu. Baju awak tu baju dayang Puteri Haya."

"Ya tapi saya ditugaskan jaga Tuanku."

"Hm." Norren merenung ke siling. Kepalanya masih sakit dan dia masih loya. Setelah sekian lama Fasha masuk semula kedalam bilik dengan makanan. Terus Norren bangun dan tarik tangan Fasha.

"Jangan. Fasha, you keluar."

"Tapi..."

"Siapa awak ni? Siapa puteri siapa dayang? Sini!" Baju Fasha ditarik kasar namun dengan beraninya Nana tampar pipi Norren dan tolak dia ke katil. Terus Norren muntah atas lantai.

"Keluar." Tegas Nana. Fasha terus lari keluar dari bilik dan tutup pintu. Norren yang masih ego kini menarik baju Nana sehingga tertanggal.

"Berani kau eh?"

"Apa dah jadi?" Lihana masuk kedalam bilik. Memang kelihatan jelas Norren yang rentap baju Nana. Norren terus lepaskan baju Nana dan baring semula.

"Dia tampar saya dua kali!" Marah Norren.

"...terpulang pada Tuanku mahu menyebelahi siapa. I did my best. She tried to grope me." Kata Nana. Lihana sengetkan kepalanya. Sejujurnya dia tahu perangai anak dia yang satu ni tapi kalau dah dayang tak rela dikira cabul lah kan?

"Dia dah selamatkan nyawa kamu tahu tak? Yang kamu buat dia macamtu kenapa? Norren, bangun!"

"Tapi dia dah tampar saya!"

"Jadi? Siapa yang mulakan dulu?"

Norren terdiam. Dia akhirnya bangun perlahan-lahan dan muntah lagi atas lantai. Nana ambil tisu dan lap mulut dia. "Makan dulu lepastu makan ubat dan ubat muntah."

"Panggil tukang cuci." Bisik Lihana. Pembantunya disebelah terus berlalu bagi mengambil tukang cuci. Nak taknak Norren harus makan. Dia makan banyak walaupun muntah tadi. Mungkin sedap agaknya. Lepas makan nasi dia makan ubat. Ubat demam yang Nana dah sediakan adalah air teh halia dan juga ubat ciptaannya yang diperbuat dari pelbagai herba. Nak termuntah Norren makan.

Lihana jalan merapati Nana. Diusap kepala anaknya lembut.

"Dia jadi macamni sebab Tuanku benarkan dia mencabul kehormatan dayang dari dulu lagi." Adu Nana.

Ya, Lihana benarkan Norren mencabul kehormatan dayang sebab dia puteri. Apa anak dia mahu semua dia tunaikan. Namun entah kenapa dia tidak dapat melawan Nana.

Nana berdiri. Dia tundukkan kepalanya dihadapan Lihana. "Tuanku Norren masih boleh dibentuk. Belajar hormat orang. Dia masih kecil. Dia perlu belajar hormat orang. Kalau dayang dah biasa pun nak buat macammana kan? Tapi saya harap Tuanku boleh ajar dia untuk hormat dayang dalam istana. Minta izin sebelum lakukannya."

Lihana tunduk kepalanya juga. "Baiklah. Terima kasih."

"Dayang-dayang dia dah boleh kembali. Norren dah cukup sihat untuk dayang ambil alih. Cuma tolong buat compact powder tu. Saya minta diri."

"Baiklah, terima kasih."

Nana berlalu. Dia keluar dari bilik. Lihana terus melepaskan keluhan berat. Pipi Norren yang bengkak itu dia perhati. Memang betul Nana tampar pipi Norren. Hanya Nana yang berani buat begini kepada anak-anaknya.

"Kamu cabul dia?"

"...semua dayang saya wajib turuti permintaan saya."

"Tapi dia bukan dayang kamu. Jangan sampai mommy tarik semua dayang dan biarkan kamu seorang dalam ni."

Norren diam. Dia hanya memandang kearah lain tidak mahu bersemuka dengan Lihana. Lihana ni memang tegas orangnya. Memang tidak Norren berani untuk melawannya.

Apothecary Diary |CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang