Bab 6

341 12 0
                                    

"Tuanku!"

Keempat-empat dayang berlari untuk membantu Norren bangun namun dengan kasar Norren menepis malah tangannya tercakar pipi Imelda Nawa sampai meninggalkan kesan calar. Mereka berempat terus menjauh risau dikasar.

Norren terbaring atas karpet. Dia mengambil pisau diatas meja lalu berdiri. "...baik mengaku siapa sebenarnya yang bunuh anak aku?"

"Tu- Tuanku...le- letak pisau tu Tuanku..."

"Aku akan bunuh orang tu sama macam anak aku mati!"

"Hey!" Nana berlari kearah Norren dan merampas pisau di tangannya. Laju Norren menampar pipi Nana lalu ditolaknya sampai kepala Nana terhantuk ke lantai. Norren cuba rampas semula pisau tersebut namun tubuh Norren ditarik ke belakang.

"Lepas! Aku benci betul tengok muka dia ni! Dahlah hodoh! Macammana kau boleh jadi dayang ha?! Mesti dia yang bunuh anak aku!"

"Tuduhan Tuanku langsung tak berasas. Saya bekerja disini tak sampai setahun pun tapi anak Tuanku sudah lebih setahun meninggal dunia." Kata Nana lalu bangun. Bajunya dibetulkan dan pisau dia letak diatas tingkap. Biar jauh sikit daripada Norren.

"Tch!" Norren menarik tangannya. Baju yang dipakai jatuh menampakkan bahu. Nana pakaikan elok-elok untuk dan ikat kain lipat di pinggangnya ketat-ketat.

"Compact powder tu beracun. Tak faham-faham lagi ke? Punca kamu semua ni sakit. I believe you guys have get rid of that thing. Punca kenapa anak Tuanku sakit dan meninggal dunia."

"Tapi..."

"Saya faham sakitnya kehilangan. Tapi Tuanku tak boleh terus macamni. Kena cuba keluar dan cari ketenangan. Sakit, ya. Saya tahu. Kita kandung 9 bulan sekali anak meninggal macamtu je."

"Apa kau tahu? Kau bukannya pernah mengandung pun!"

"Anak saya gugur 7 kali." Kata Nana lalu mengambil dulang makanan yang kosong diatas meja. Terkejut mereka dengar. 7 kali? Tapi Nana masih boleh berdiri teguh sekarang ni.

"I'd have 7 children now but all died. Tapi takpe. Saya dah besar. Tuanku tu yang perlukan seseorang menemani. Dayang Tuanku ramai. Cuba sesekali layan mereka elok dan jangan kasari mereka. I believe you'd want your own family too, Tuanku." Kata Nana sebelum berlalu. Norren ketap bibir. Dia berlari keluar dari bilik dan menarik bahu Nana.

"Hey, bawakan air teh. Aku haus."

"I'm not your servant." Balas Nana selamba dan terus menghilang. Norren berdecit. Dia masuk semula kedalam bilik dan buka lapisan bajunya dan hanya tinggalkan balutan di dada dan perutnya.

Norren duduk diatas katil. Dia menongkat dagu. "...I hate her."

******
"Maafkan saya." Nana menolak pintu bilik Neya. Neya adalah kakak sulung. Dia berumur 15 Tahun dan sangat matang. Dia duduk diatas kerusinya yang boleh bergerak depan belakang sambil baca buku. Bila Nana masuk, dia turunkan bukunya.

"Ya?"

"Saya datang dengan arahan Tuanku Permaisuri. Dia mahu kita berbual."

"...awak ni dukun yang naik pangkat haritu. Haritu awak cantik. Kenapa harini kulit awak kusam? Sini."

Nana berjaya kearahnya. Neya usap pipi Nana kemudian ketawa bila jarinya ada kesan bedak. "Awak pakai make-up untuk burukkan diri?"

"Err...ya."

"I can see the difference. Awak tak pakai apa-apa dekat muka masa majlis. Hanya gincu dan celah. Sekarang awak make-up tebal. Takpelah. Duduk. Ernie, sediakan kerusi."

"Baik, Tuanku." Ernie menarik sebuah kerusi. Nana duduk diatas kerusi tersebut dan betulkan kainnya. Adik-adik dia semua ada dua hingga empat saja dayang tapi Ernie ada 6. Malas pula Nana nak ingat nama sorang-sorang.

"Jadi apa yang dia suruh bualkan?"

"Dua tahun lepas Tuanku ada mengandung."

"Ya?"

"Dan anak tu..."

"Hilang."

"Hilang?"

"Anak yang saya jaga meninggal dunia. Anak saya hilang."

Nana diam seketika cuba untuk faham. Anak yang dia jaga meninggal dunia?

"Sejujurnya agak sedih. Dua-dua adalah anak saya. Seorang yang saya jaga, seorang yang keluar dari kemaluan saya. Tapi anak yang saya jaga meninggal, anak saya pula hilang."

"Tuanku tukar anak dengan siapa?"

"Tanpa pengetahuan mommy. Mereka tukar anak saya dengan Permaisuri Agung."

"Permaisuri Agung...bukankah dia dah meninggal dunia?"

"Ya." Permaisuri Agung adalah ibu kepada Lihana. Bermakna yang meninggal adalah ibu saudara Neya sendiri. Ini maknanya anak Neya masih hidup.

"Mana...anak Tuanku?"

"Tak tahu. Mungkin hidup, mungkin mati. Mereka pisahkan saya terus dari anak kandung saya." Neya menongkat kepalanya. Dia merenung ke luar tingkap. Melihatkan matanya yang terkebil-kebil Nana tahu dia mahu nangis. "Awak...awak nampak macam muda lagi."

"Saya dah 32 Tahun, Tuanku."

"Ouh, boleh jadi ibu saya dah."

"Saya faham perasaan Tuanku. Tuanku kehilangan anak. Saya juga. Saya datang kesini bagi mengorek rahsia. Arahan permaisuri. Nampaknya ini rahsia yang saya harus tutup dari permaisuri kan?"

"Iya? Saya merayu."

"Baik, Tuanku." Nana berdiri. Dia tunduk kepalanya. "Saya minta diri."

"You're so pretty." Tangan Nana ditarik. Neya sentuh tangannya dan dimainkan jarinya sebelum dia cium tangan Nana lembut. "Take off your make-up. I wanna see."

"Maaf, Tuanku. Patik tak mampu."

"It's fine. Saya hormat dayang-dayang saya." Pipi Nana diusap lembut. "Have you considered to be my second mother...? You look close with mommy."

"Hm?"

"Ingat saya tak nampak? Awak selalu dengan mommy. Selalu jugalah dengan Haya tapi dengan mommy pun selalu juga. Tak ada perempuan pernah rapat dengan mommy kecuali awak tau?"

"Ouh. Maaf, saya tak berminat. Saya gembira dengan hidup saya sekarang."

"...single selama-lamanya?"

"Saya minta diri." Nana tunduk kepala. Dia berjalan keluar dari bilik. Dia melambai sebelum berlalu. Nampaknya Neya memang seorang yang matang dan sopan-santun. Malah dia juga sangat yakin dalam bercakap. Sesuai dengan umurnya yang sudah menginjak keremajaan.

Tapi apa dia nak beritahu Lihana? Dia tak boleh beritahu yang anak Neya ditukar dengan adiknya.

Apothecary Diary |CWhere stories live. Discover now