"Sini Kakna." Tangan Nana ditarik untuk duduk di kerusi. Kedua-dua tangannya dipegang dan ditahan. Buruk habis mukanya apabila Haya dan Selena memegang barang make-up di tangan. "Mari kita cantikkan Kakna sempena majlis kenaikan pangkat nanti!"
"Ke- kejap! Hey! Jangan!"
Selena duduk diatas peha Nana. Bila dia rapat kearah Nana, buah dadanya melekat pada dada kecil Nana. Dia gunakan tisu basah untuk lap muka Nana.
"Hm?" Berkerut dahi Selena bila nampak kesan bedak pada tisu basah tersebut. Terus dia ambil lagi satu tisu dan mula lap muka Nana sehingga bersih. Kalini semua orang ternganga malah tangan Nana dilepaskan.
"Ah, korang ni. Penat Kakna make-up." Kata Nana lalu mengelap mukanya yang basah. Selena turun dari peha Nana. Dia masih terkejut.
"Kakna..."
"Yes, that's true. This is my real face." Kata Nana lalu tersenyum. Tergamam mereka berempat.
Muka Nana yang selama ini kusam dan gelap sebenarnya hanyalah make-up. Malah Nana tambah effect jerawat. Rupa-rupanya bila dilap muka dia, dia sangat cantik! Langsung tiada jerawat dan mukanya sangat berseri!
"Kenapa Kakna make-up? Cer citer, cer citer." Mao duduk diatas lantai. Yang lain terus duduk juga dengan Haya diatas riba Selena.
"Err...sebenarnya Kakna tak suka muka ni."
"Kenapa?"
"Sebab..."
*********
"Ladies." Lihana menghampiri kelima-lima gadis itu. Puteri Haya terus lari kearah ibunya dan peluk Lihana erat. Saiznya yang sangat kecil buat Lihana tersenyum dengan kecomelannya."Mana VIP?" Tanya Lihana.
"Siapa?*
"Nana."
Tiga dayang itu menunjuk kearah Nana yang sedang menilik solekannya dalam cermin. Biasa sahaja dia depan Lihana. Terkejut Lihana bila nampak muka Nana. Berbeza sungguh!
"Nana...tak rasa awak pakai make-up tebal sangat ke?"
Ketiga-tiga dayang itu ketawa sopan. Kalau tiada Lihana mungkin sudah terbelahak. Nampaknya Lihana juga sudah terpedaya dengan make-up harian Nana.
Nana jenis yang anti-romantik namun entah kenapa kalini dia terasa mahu mengusik. Dia senyum menggoda dan mendekati Lihana. Baju sutera Lihana dia sentuh dan tarik kearahnya. "Kenapa? Tergoda?"
"In front of my 9 years old daughter?"
"Takpe!" Puteri Haya peluk Nana dari belakang dan gosok mukanya pada punggung Nana. Terbeliak mata Nana. Dia pandang ke belakang dan tolak Haya jauh daripadanya.
"Tuanku..."
Lihana ketawa. Puteri Haya memang agak nakal sikit. Nana mahu usik Lihana namun diusik oleh Puteri Haya pula.
"Harini semua anakanda beta akan berkumpul. Dayang, jaga anakanda beta elok-elok. Saya kesini bagi mengambil Nana."
"Menurut perintah, Tuanku."
"Mari." Lihana berjalan turun kebawah diikuti oleh Nana. Mereka berdua jalan bersebelahan. Pakaian Nana harini juga sangat cantik nak dibandingkan dengan hari sebelumnya.
"Sejujurnya bila awak make-up harini awak nampak paling cantik dalam istana." Puji Lihana.
"Terima kasih tapi saya tak make-up. Saya cuma pakai gincu dan celak mata."
"Eh? Habistu mana...jerawat...?" Lihana mahu sebut namun risau menyakitkan hati Nana. Nana ketawa kecil.
"Itu yang make-up. Setiap hari saya make-up untuk burukkan diri."
"Kenapa?"
"...saya berasal dari daerah pelacuran. Saya pernah kena culik sebab wajah saya yang cantik dan diletakkan di kelas VVIP. Saya berjaya lepas dan dibawa kesini sebagai hamba. Untuk keluar daripada dunia pelacuran saya burukkan diri dan lari ke bahagian tukang cuci. Mereka ambil saya bekerja sebagai tukang cuci."
"I see. Saya minta maaf."
"Untuk?"
"Tak peka. Sistem keselamatan masih lemah. Saya akan cuba perbaiki. Awak tak perlu burukkan diri lagi. Disini, semua dayang terjaga. Pengawal dimana-mana. Hanya dibahagian luar dinding Phang yang agak longgar kawalannya."
"Faham. Cuma... Kita ada polis. Tapi polis macam tak bekerja dan bersubahat. You really need to tighten the law."
"Awak mengajar saya?"
"Maafkan saya, Tuanku." Nana tunduk kepalanya. Lihana hanya ketawa dan teruskan perjalanan sehingga ke dewan majlis. Ada Mantan Raja Ishan diatas takhta. Nana jalan dihadapannya dan tunduk kepala hormat.
"Tuanku."
"Cantik. Lebih elok jadi hamba." Kata Raja Ishan namun Lihana berdiri dihadapan Nana dan tunduk kepalanya.
"Saya dah nampak kebolehan dia. Dia lebih sesuai jadi dukun. Dia punca Norren sihat, ayahanda."
"Begitu. Baiklah."
Mereka mengambil tempat masing-masing. Nana duduk diatas kerusinya dengan tenang. Dalam jarak 1 meter ada lagi meja lain bersama food tester lain dan kalini dibarisan yang sama ada anak bongsu Lihana iaitu Tengku Puteri Diraja Seloka Naresya Christiane Jowy.
Semua ahli istana dalam dinding Phang berada di sini. Semua tentera diraja berdiri dengan tegak dibahagian kanan dan bahagian kiri adalah semua dayang istana yang ada.
Cantik-cantik belaka.
Lihana pula duduk bersama anak-anaknya dihadapan Raja Ishan. Hanya Puteri Naresya disini dan ini jiga kali pertama Nana nampak Tengku Puteri Diraja Seloka Neya Christiane Jowy disini. Dia adalah yang paling tua dan sudahpun berumur 15 Tahun.
Gendang dibunyikan. Makanan dihidangkan untuk para food tester termasuk untuk Nana. Hanya Naresya yang belum diberi makanannya untuk beri laluan kepada food tester makan.
"Tu- Tuanku...tak boleh makan lagi." Tegur seorang pengawal kepada Raja Ishan namun dia degil. Makanan didepan mata dia makan juga. Nana hanya diamkan diri dan makan dengan tenang. Senyum dia bila dia dapat makan sup taugeh yang benar-benar sedap dan menyelerakan. Malah dia juga dihidangkan dengan ikan buntal masak lemak serta nasi putih. Dia makan sampai habis.
Nana ambil tisu lalu dilap mulutnya. Segera dia berdiri. "Makanan ni beracun." Katanya dan terus berlalu dari situ. Saat itu juga Raja Ishan muntah darah dan terjatuh dari kerusi.
"Tuanku!"
Yang penting Nana dapat makan sedap harini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Apothecary Diary |C
RomanceNana Irdina hanyalah seorang dayang istana bagi Tengku Puteri Diraja Seloka Haya Christiane Jowy. Namun disebabkan dia telah menyelamatkan nyawa Tengku Puteri Diraja Seloka Norren Christiane Jowy dia telah diangkat sebagai dukun paling atas didalam...