Bab 21

364 7 0
                                    

Nana meletakkan satu dokumen yang dikepilkan bersama diatas meja. "Kenapalah mereka cari saya? Kenapa tak cari awak?"

Terbantut niat Lihana nak minum teh. Dia merenung kearah Nana sedikit gerun. Dia nak marah ke? "Kenapa ni?"

"Tentera buat usul untuk sediakan hamba lelaki."

"Hamba lelaki?"

"Ya. Tentera wanita perlukan lelaki juga, bukan perempuan. Tak boleh paksa mereka suka perempuan. Mereka juga usulkan untuk buat ubat feminin kepada kaum lelaki yang bakal menjadi hamba."

Lihana pejam mata dan hirup teh dia dengan tenang. "Kenapa mereka cari awak?"

"Mereka kata awak menyeramkan. Terus saya bebel."

"Menyeramkan. Rasanya mereka belum kenal siapa bakal Ratu Puteri mereka." Kata Lihana. Hujung bibirnya terangkat. Lawak pula rasa bila fikirkan fasal ni. Nana mengeluh. Dia duduk atas kerusi dan lihat kearah Gina yang menuangkan teh untuknya.

"...semuanya nak settle sebelum majlis. Saya rasa usul ni patut diluluskan."

"Jika itu awak rasa, saya akan luluskan tetapi istana semuanya dah penuh. Tak boleh bercampur dengan hamba perempuan jadi saya rasa kita akan letak 3 orang dulu."

"Okey."

"Fasal Cik Puiyi yang awak minta tu saya dah uruskan. Cik Puiyi akan datang setahun lepas kita kahwin. Dia mahu selesaikan semua perkara yang belum selesai dan siapkan diri sebelum berjumpa dengan bakal isterinya, Jen."

"Siapkan apa?"

"...dia kata dia nak simpan diri dia dan tutup tawaran untuk pelanggan demi Jen. Dia tidak mahu disentuh sesiapa selama setahun dan mahu amalkan jamu demi kekuatan dalaman."

"I see. Dia memang pandai jaga diri-sendiri."

"Alang-alang awak kat sini saya nak tanya."

"Ya?"

"Ibu awak dulu ahli bangsawan ke? Ayah awak pula jeneral istana kan?"

"Mana awak tahu?"

"Jeneral istana tu jumpa saya. Dia kata dia mahu jumpa awak."

Nana menutup mulutnya. Tidak tahu kenapa tapi Lihana seram-sejuk bila Nana pandang dia macam nak makan.

"Kalau saya nak jumpa dia, dah lama saya pergi sendiri. Saya taknak jumpa orang yang dah hancurkan hidup kami sekeluarga."

"Taknak fikir dulu? Dia ayah awak?"

"...dia tak pernah fikir dua kali pun masa tinggal kami terkontang-kanting. Semuanya usaha nenek." Kata Nana sebelum dia merebahkan kepala diatas lengannya pada meja. Lihana merenung saja bakal isterinya itu. Nana ada masalah begitu rupanya.

"By the way jangan nak pandai-pandai atur rancangan perjumpaan saya dan dia. Kalau saya tahu siap awak." Tegas Nana seperti dapat membaca kepala Lihana. Lihana tersentak.

"Ma- mana ada..."

"Yelah tu. Macam saya tak tahu awak rapat dengan dia."

"...sikitlah."

"Huh." Nana meletakkan dagunya diatas meja namun dia ubah semula posisi dan letak pipinya pula atas meja. "Saya nak tidur sekejap je. Saya mengantuk. Sekejap je."

"Okey, tidurlah." Lihana mengambil usul diatas meja. Usul itu dibacanya kemudian dihulur kepada Gina. "Do we ever have gigolo in our country?"

"Ada je cuma tak famous dan mereka tinggal di kawasan setinggan. Hanya bekerja untuk teruskan hidup biasanya."

Apothecary Diary |CWhere stories live. Discover now