Nana memandang ke bawah. Balik saja ke istana dia disambut dengan muka masam Lihana. Mestilah masam dah dia balik kampung tak beritahu.
"Kenapa balik kampung tak beritahu saya?"
"Tak wajib. Saya keluar secara sah dengan klip rambut yang Jen bagi."
"Kenapa Jen? Saya ada bagi awak klip rambut juga jadi minta je saya!"
"Awak cemburu ke?" Pandang Nana tepat ke matanya. Terus merah muka Lihana. Dia berpura-pura batuk dan bibirnya muncung.
"Takdelah...tapi guna jelah klip saya! Apa yang susah sangat? Saya sentiasa ada dalam istana tahu tak?!"
"Jadi? Lagipun jangan risau saya bayar Jen tu."
"Bayar? Awak bayar pakai duit ke?"
"Tak. Saya bayar dengan 2 malam tidur dengan dia."
"Ti- tidur dengan dia?"
"Ya. Dia nampak happy je dan tersenyum-senyum. Nak balik pun dia kena cium lagi sampai dia tak boleh turunkan dia punya nonek tu. Comel je." Ujar Nana dengan senyuman lebar. Bangga pula dia bercerita. Ternganga Lihana dibuatnya.
Nana dan Jen...?
"Awak- awak buat apa...?"
"Saya bagi dia 2 malam pelacur. Yelah, saya kan dari daerah pelacuran? Saya bagilah apa dia nak. Lagipun siapa lagi yang banyak pengalaman kalau bukan keluarga saya? Hehe."
Lihana membatu di kerusi. Mulutnya ternganga dan dia terasa macam hatinya ditikam berkali-kali. Nana ketawa bila nampak reaksi Lihana. Mesti dia ingat Jen tidur dengan dia kan?
Nana berjalan kearah Lihana. Dia menonggeng disebelah Lihana atas sofa dan mendekatkan bibirnya dengan telinga Lihana. "Jen tidur dengan kakak saya, Puiyi. Awak ingat saya pelacur nak tidur dengan dia? Lambat lagi."
"Ah. Ish!" Lihana berpaling kearah lain, merajuk. Dia betul-betul ingat Nana tidur dengan Jen! "Janganlah main-main! Saya hampir kena sakit jantung tahu tak?"
Nana ketawa. Dia menyelak rambut panjang Lihana lalu dicium tengkuknya. Nana duduk betul-betul disebelahnya lalu ditarik Lihana ke dadanya yang kempis. Dia balut harini macam biasa.
"Teringin tak nak sentuh saya?"
"Mestilah teringin."
"Boleh tak awak amalkan ubat ni?" Tanya Nana lalu menghulurkan satu karung kecil yang mengandungi biji-biji kecil. "Makan dua kali sehari. Pagi satu, malam sebelum tidur satu. Nanti dah tumbuh bagitahu. Saya dah olah resepi supaya nanti kita boleh jadi lagi...hehe."
"Ubat apa ni?"
"Adalah. I'll make sure you love this thing."
Lihana senyum. Dia angguk kepala. "Saya kena amalkan sampai bila? Bila kita boleh tidur sekali? Saya akan sediakan bilik paling cantik untuk kita."
"Ouh you'll know when you're ready. Saya akan periksa sendiri setiap minggu. Saya ada kerja. Bye sayang." Nana menolak Lihana kedepan dan turun dari sofa. Dirangkul lehernya dari belakang dan dengan penuh menggoda dia jilat telinga Lihana buat Lihana pejam mata dan gigit bibir. Geli.
"Nana..."
"Bye sayang. Saya akan buang make-up saya dan balutan supaya awak lebih bersemangat nak makan ubat."
"Maksud awak?"
"You'll know."
**********
"Ada laporan tak fasal 12 Puteri Naresya?" Tanya Nana kepada Yuri. Dia berada di dataran. Dia risau fasal Naresya yang berada dibawah jagaan dayang-dayang itu. Namun kalini Yuri berikan respon positif. Dia kata dayang-dayang itu dah mula jaga makan lepas kena marah dan Yuri terpaksa gunakan cara ugutan untuk buat diorang takut sikit.Mujur ada Yuri kalau tidak pasti 3 orang dayang itu dipecat harini juga.
Ketika dia sedang berbual dengan Yuri pandangan mata semua kearahnya. Ini kerana dia sangat cantik malah dadanya begitu besar dan montok yang menjadikannya idaman para wanita untuk memiliki apa yang dia ada. Lelaki pula fokus pada tubuhnya.
"Ah." Bila sudah buka pembalut bermakna susu Nana akan melimpah. Nana terus minta diri dan jalan terus ke pejabatnya. Bajunya diturunkan dan Nana terus lap buah dada dan perutnya yang melekit. Malah bajunya juga ditukar dengan yang baru. Sebelum pakai baju dia letak span pada putingnya agar ianya menyerap. Dengan ini dia akan dapat bertahan lebih lama.
"Mama." Norren masuk kedalam pejabat Nana. Nana terus sarung bajunya elok-elok.
"Ya?"
"Kenapa mama buka baju?"
"Susu mama melimpah."
"Mama..." Norren meletakkan satu fail diatas meja Nana. "Cantik betul. Padan pun mommy suka. Mama sorokkan dada mama selama ni. Macammana? Kenapa? Kenapa mama tak suka jadi cantik? Tahu tak masa mama berjalan tadi takde siapa pandang saya? Mereka pandang mama!"
Nana hanya tersenyum. Dia pun tak tahu nak cakap apa dan dibuka dokumen yang diberi Norren. "Apa benda ni?"
"Cadangan saya untuk pejabat mama ni. Tambah pekerja supaya mama tak penat sangat. Saya nampak mama hari-hari jalan melayang macam kena tiup angin. Mama penat kan sebenarnya? Saya ada beberapa cadangan. Mereka ni semua pernah bekerja dengan orang dan ada pengalaman jadi dukun. Mereka boleh bekerja dibawah mama. Jadi mama boleh dating dengan mommy setiap masa."
"Takpelah. Mama taknak." Nana menolak dokumen itu kepadanya semula.
"Kenapa?"
"Mama tak selesa kerja dengan orang."
"Hm. By the way...fasal Imelda..." Norren tarik kerusi. Dia duduk diatas kerusi. "I missed her so much. Is it true dia bunuh diri?"
"Iya. Spekulasi macamtulah. Tiada bukti dia dibunuh."
"Huh. I cried a lot when I know about her." Norren mengeluh.
"Kamu ada 3 orang lagi dayang."
"Saya tahu. Saya cuma sayang semua dayang saya. Saya nak ucapkan terima kasih dekat mama sebab ajar saya. Mereka semua kata mereka lebih bahagia sekarang."
"Hm. Kamu muda lagi. Kamu boleh cuba ni." Nana buka laci dia. Dihulurkan satu karung kecil kepada Norren. "Makan dua kali sehari. Pagi sekali, sebelum tidur sekali. Dalam sebulan dia akan tumbuh."
"Apa benda ni?"
"Rahsia untuk jadikan malam-malam kamu dengan dayang lebih seronok." Nana jilat bibir tanpa sedar. Dia ni pandai betul bagi tips bersama. Norren pegang erat uncang tersebut dan disimpan dalam baju.
"Terima kasih. Saya akan cuba. Sedap tak bendalah ni?"
"Masam sikit. Telan terus jangan kunyah."
"Okey." Norren berdiri. Dia senyum nakal. Tidak sabar mahu lihat kesannya. Dia mahu dayang-dayang dia seronok dengan dia.
"Jaga dayang baik-baik. Mereka dah jaga kamu elok."
"Baik, mama." Pintu ditutup. Nana menongkat dagu. Dia juga tak sabar nak lihat kesannya dari Lihana.

ANDA SEDANG MEMBACA
Apothecary Diary |C
RomanceNana Irdina hanyalah seorang dayang istana bagi Tengku Puteri Diraja Seloka Haya Christiane Jowy. Namun disebabkan dia telah menyelamatkan nyawa Tengku Puteri Diraja Seloka Norren Christiane Jowy dia telah diangkat sebagai dukun paling atas didalam...