Bab 8

325 11 0
                                    

Norren terjaga diawal pagi. Biasanya dia akan terjaga bila dayang bangunkan dia namun kalini dia terjaga sebab dia dapat rasakan yang biliknya kosong. Semua dayang istana tiada didalam bilik jadi dia sarung bajunya yang berkain kapas dan langkah keluar dari bilik. Angin pagi terus menusuk ke tubuhnya. Sejuk!

"Hey, mana dayang-dayang saya?" Tanya Norren kepada dayang Neya. Dayang Neya tunduk kepala.

"Semua dayang bercuti harini Tuanku. Saya kesini hanya untuk serahkan herba pada Nana."

"Perempuan tu lagi? Kalau semua cuti kenapa dia tak cuti? Kenapa saya tak tahu pun dia cuti? Eh!" Norren yang marah menolak pintu sampai kedengaran bunyi hentakan yang sangat kuat. Berlari dayang itu tidak mahu cari masalah. Norren berdecit. Diambil pasu diatas meja lalu dilempar ke tanah.

"Dah puas?" Tanya Lihana yang berada dihujung koridor. Dada Norren turun naik. Dipandang ibunya dengan mata yang penuh dengan amarah.

"Mommy lebihkan sangat perempuan tu!"

"Sebab mommy tahu kamu macammana. Harini semua dayang cuti. Sebagai gantian dia Cik Nana akan jaga kamu berempat."

"Dia sorang? Dia taknak disentuh pun mommy! Sibuk dengan dia punya hormat apa benda entah! Saya ni! Saya ni dia patut hormat!"

"Itulah sebabnya mommy suruh semua dayang cuti. Kamu masih tak reti hormat orang lain. Walaupun kita ni darah bangsawan, ingat. Kita bukan darah musuh. Kita ni bangsawan jadi jangan buat perkara terkutuk macamni! Nak sentuh dayang, sentuhlah! Tapi hormat diorang sebagai seorang wanita! Apa? Kamu ni lelaki durjana ke sampai kaum sendiri tak boleh nak hormat?"

Norren berdecit. Pintu bilik dia tarik lalu dihempas kuat. Dia benar-benar marah ketika itu.

Lihana mengeluh. Anak kedua dia ni memang bermasalah sikit.

*******
Keempat-empat puteri raja itu duduk diatas kerusi mewah dalam bilik bacaan. Mereka pandang ke muka masing-masing dan hanya senyap membisu. Ini kerana masing-masing tidak rapat sebenarnya. Bilik mereka semuanya jauh-jauh dan sukar untuk berkawan. Walaupun mereka ni adik-beradik kandung.

Setelah 5 minit menunggu, Nana akhirnya masuk kedalam bilik bacaan itu dengan 5 buah buku. Diserahkan buku seorang satu dan untuknya ada sebuah. Dia berdiri diatas auditorium dan memandang tajam keempat-empat gadis itu.

"Harini kita akan belajar fasal seks dan kemaluan."

"Are you crazy? Benda macamni nak diajar? Kitaorang semua tahu tahu dan Naresya lambat laun boleh belajar sendirilah!" Marah Norren.

Nana hanya diam, memandangnya tajam.

"You're disrespecting our teacher." Kata Neya.

"Kau diam!"

"Diamlah kakak. Saya nak dengar." Pipi Norren ditampar oleh Haya disebelahnya. Berkerut dahi Norren. Nak saja dia cekik budak ni. Nasib baiklah adik sendiri!

Bila semua sudah senyap, Nana teruskan pelajaran dia. Dia cuma ajar tentang seks dan kemaluan. Dia terangkan elok-elok kepada si kecil Haya dan Naresya tentang apa yang boleh sentuh dan apa yang tak boleh sentuh. Malah, dia juga terangkan kepada mereka tentang seks.

Tentang cara minta izin sebelum sentuh dan kalau mereka tidak bagi tidak perlu sentuh. Bukan kewajipan dan akan mencabul kehormatan gadis itu. Itu apa yang dia ajar.

Pening kepala Haya nak belajar. Dia masih mentah, masih tak faham. Yang dia faham cuma jangan bagi sentuh badan dia sesuka hati. Naresya pula awal-awal dah campak buku.

"Tapi kita ni manusia. Kita sentiasa bernafsu! Kita nak tidur dengan orang, kita nak peluk diorang, nak sentuh diorang setiap masa!" Norren menyangkal.

"Itu kita panggil sebagai tahan diri. Tahan diri akan mengajar kita untuk berdisiplin. Lagipun kalau buat dalam keadaan tidak rela bukankah dikira rogol? Lagipun..." Nana berpaling kearah Norren. Dia berjalan kearahnya lalu dibongkokkan badan untuk berbisik di telinga Norren.

Norren tundukkan kepala, mendengar semua yang dibisikkan Nana.

"...faham?" Tanya Nana lalu kembali ke tempatnya semula.

Norren pandang kebawah, ke dadanya yang masih sedang membesar. Disentuh dadanya sebelum mukanya tiba-tiba merah padam. Dah macam nampak asap pula atas kepala dia. Nampak sangat dia blushing.

Neya tongkat pipi. Apalah agaknya yang dibisikkan Nana?

Tamat saja kelas, Nana ambil buku dari Naresya dan Haya dan berjalan ke pintu. Baru mahu keluar dia nampak Lihana didepan pintu. "Tuanku curi dengar dari tadi?"

"Takdelah." Lihana cuba berdalih.

"Apa yang Tuanku dah dengar?"

"Sebenarnya...tak dengar pun. Dengar suara tapi tak jelas. Apa yang awak ajar mereka?"

"Cuma benda basic yang semua orang patut tahu."

"I see..." Lihana ketap bibir. Dia boleh nampak Norren teruskan membaca buku manakala Neya asyik membelek mukasurat dari tadi. Apalah agaknya yang diajar?

"Ouh." Nana menggerakkan jari telunjuknya meminta agar Lihana mendekati. Lihana bongkokkan badannya bagi mencapai ketinggian Nana lalu Nana mendekatkan mulutnya ke telinga.

"Saya ajar Norren apa yang saya belajar masa kerja jadi pelacur. Kakak-kakak saya ajar saya cara layan pelanggan dengan betul supaya masing-masing klimaks sebelum pagi." Bisik Nana. Kalini Lihana pula yang meletup kepalanya kerana blushing. Dengan bahagianya Nana meninggalkan mereka dengan senyuman lebar sambil bawa buku-bukunya.

Lihana tutup mukanya dengan lengan baju. Nana ada sisi nakal dia. Buat Lihana lagi tak sabar mahu memiliki Nana yang jual mahal itu.

Apothecary Diary |CWhere stories live. Discover now