"Anak Puteri Neya tersedak susu." Kata Nana lalu duduk diatas kerusi sebelah tingkap. Lihana turut duduk sebelahnya. Dia dah puas marah dayang-dayang tu namun tidak pecat mereka kerana kasihan. Dia cuma pesan pada Yuri agar laporkan kalau ada pecah amanah lagi.
Lihana rapatkan kerusinya kepada Nana. Diselitkan klip rambut pada rambut hitam Nana. "I see."
"What are you doing?" Nana tarik semula klip rambut itu. Klip rambut perak. Klip rambut yang hanya berstatus tinggi saja memilikinya. Yang paling tinggi ada klip rambut emas.
"Tak tahu ke maksud klip rambut?"
Nana geleng kepala. "Saya dapat 3 klip rambut masa keramaian. Satu dari Haya, satu dari...uh. Norren. Satu lagi daripada Jen."
"Jen? Dia bagi awak klip rambut?"
"Klip rambut tanda penghargaan je."
"Tapi yang saya bagi ni? Awak tahu maksudnya?"
"Klip rambut ada banyak maksud. Klip rambut juga merupakan satu akses untuk awak keluar. Dengan izin pemilik klip rambut, mereka akan cop surat keluar dan jadi penjamin. Andai awak nak balik kampung ke, nak pergi bercuti ke, klip rambut ni kegunaannya. Tapi klip rambut ni juga boleh digunakan sebagai satu luahan cinta kepada seseorang."
"Ouh, jadi saya boleh balik kampung?"
"Ya." Rasa macam Nana tak dengar pun ayat terakhir tu.
"Wah, bagus juga ni. Boleh balik jumpa kakak, nenek dan ayah kat kampung!" Ujar Nana dengan senyuman lebar. Lihana dekatkan wajahnya.
"Kakak?"
"Saya ada 3 orang kakak. Yang paling tua dah 43 Tahun tapi masih cantik. Dia kata umur 45 dia nak pencen. Kakak kedua dah 38 Tahun dan kakak ketiga dah 35 Tahun. Kami semu dah tua bangka." Kata Nana.
"Jadi awak anak bongsu?"
"Ya."
"Kejap, kampung awak dekat daerah pelacuran kan? Jadi kakak awak..."
"Ya, mereka bertiga pelacur." Nana peluk lutut diatas kerusi. Lihana angguk faham. Dan disini Nana jadi anak bongsu dan tak minat langsung jadi pelacur. Dia memang lain daripada lain.
"Kenal tak Rumah Irdina?"
"Rumah pelacuran terkenal tu kan?"
"Itulah perniagaan keluarga saya. Gaji setengah tahun je dapat langgan mereka. Yang terlalu kaya pula boleh beli mereka dengan jumlah gaji 3 Tahun. Tapi nenek taknak jual." Jelas Nana.
"I see...awak pernah berkhidmat tak sebelum kerja sini?"
"Sebabtu saya gugur 7 kali. Saya dah 7 Tahun berkhidmat dekat sana dan saya dah taknak tanggung dosa hilang anak." Kata Nana. Lihana teguk air liur. Semakin dia selam kisah Nana, semakin hawa nafsu dia bergelora. Dia terfikir macammana Nana jika berada diatas ranjang.
Sedangkan diluar dia seorang yang sangat garang dan dingin.
"Bayarlah RM10 juta pun saya taknak." Nana menepis tangan Lihana yang cuba menyentuh dadanya. Lihana terus menjauh dan bersandar pada kerusinya. Dia cuba menghormati Nana semahu dia.
"Maaf. Boleh saya tanya?"
"Ya?"
"Kenapa awak tolak lamaran saya untuk jadi isteri?"
Nana senyum. Dia meletakkan dagunya pada lutut. "Sejak bila saya tolak?"
"Habis, haritu? Awak kata..."
"Saya cuma belum terima. Siapa je taknak jadi puteri? Semua orang nak. Saya pun. Cuma belum masanya lagi." Nana turun dari kerusi. Kainnya tersingkap sedikit menampakkan peha putihnya. "Mungkin juga Tuanku bakal berjumpa dengan orang lain sebelum saya setuju untuk berkahwin. Saya minta diri."
Nana tunduk sebelum keluar dari bilik. Lihana gigit bibirnya. Nana memang dingin dan dia ada sisi tersendiri yang membuatkan dia nampak sangat menarik.
Tak kira apa, dia bakal jadikan Nana isteri dia!
*********
Nana langkah saja masuk kedalam bili Puteri Haya mukanya serta-merta mencium punggung patung kuda milik Haya. Tergamam ketiga-tiga dayang berserta Haya apabila melihat 'ibu' mereka terkena sekali."Korang buat apa ni?" Tanya Nana lalu mengambil kuda yang jatuh ke lantai. Disapu-sapu kepalanya yang berhabuk lalu berjalan kearah keempat-empat gadis itu.
"Puteri Haya bosan dan taknak tidur. Kami nak penatkan dia je dan main baling-baling bantal." Jelas Hazera sambil tersengih. Nana tarik telinga Hazera.
"You're the oldest, Hazera. Masih lagi macam budak-budak."
"Adeh, adeh! Kadang-kadang serius sangat pun takleh juga, adeh! Sakit!"
Nana lepaskan telinga dia. Habis bersepah bilik. Nana baru saja selesai amanahkan arahan Permaisuri Lihana dan sekarang dia sakit kepala tengok bilik yang bersepah. "Apa kata macamni? Tuanku, jom kemas bilik."
"Apa? Saya kemas bilik?"
"Ada bantahan?" Nana cekak pinggang. Bila mereka kata Nana ni menakutkan, ya. Dia malah boleh arahkan puteri raja untuk kemas bilik. Dengan bibir dicebik Haya baring atas katil dan tutup mata. Terus dia pura-pura tidur.
"Haya tidur." Kata Haya. Dayang-dayang itu bangun dan betulkan pakaian mereka. Masing-masing pergi sebelum telinga menadah bebelan Nana.
Muka Nana sudah berubah. Dia selak lengan baju lalu terus naik atas katil. Digeletek badan Haya sambil cium lehernya buat Haya kegelian dan ketawa. "Apa ni Puteri Haya taknak bersihkan bilik? Ha kalau demam lagi macammana? Nanti ada raksasa kejar Tuanku malam-malam sebab malas bersihkan bilik!"
Tiga dayang itu ketawa melihat Puteri Haya yang sampai menggeliat akibat digeletek. Kerana termakan dengan pujukan Nana, Haya akhirnya bangun dan hulur tangannya mencapai penyapu.
"Pegang penyapu macamni Tuanku." Kata Mao, mengajar Haya untuk menyapu. Nana senyum lebar. Dari kecil kalau dibentuk kan senang? Dah besar dia akan senangkan orang.a
Nana berdiri. Badannya terasa panas. Seharian dia memakai make-up dan bekerja. Pagi ada majlis untuk dia dan dia buat macam-macam kerja lepas majlis. Berlari dia kesana dan kesini.
Nana buka bajunya. Dia berjalan kearah bilik dayang. Baru saja langkah sedikit dia sudah jatuh terjelupuk ke lantai.
Dia lupa. Dia makan racun pagi tadi.
"Kakna!"
Tubuh Nana dipapah bangun. Nana diangkat ke katil dayang lalu bajunya dibuka. Nana tepis bila mereka mahu buka baju dalamnya.
"I can take off myself. Just let me rest."
"Jangan degil boleh tak? Nanti pengsan macammana?" Marah Selena lalu naik atas tubuh Nana dan dibuka baju dalamnya. Kalini mereka semua ternganga.
Lagi sekali Nana telah mengejutkan ramai dengan apa yang ada dibawah baju dalamnya. Selama ini dia...
Nana mengeluh. Mukanya kalini merah padam. Sebab inilah dia tidak mahu orang buka baju dalam dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Apothecary Diary |C
RomanceNana Irdina hanyalah seorang dayang istana bagi Tengku Puteri Diraja Seloka Haya Christiane Jowy. Namun disebabkan dia telah menyelamatkan nyawa Tengku Puteri Diraja Seloka Norren Christiane Jowy dia telah diangkat sebagai dukun paling atas didalam...