Walaupun Nana jenis alah kepada racun namun bila ada benda beracun dia tetap kena muntahkan sebab takut memberi kepada organ dalamannya. Masalahnya bila sudah mula munta, Nana muntah dengan sangat banyak sehingga membuat perutnya rasa seperti dipulas-pulas.
"Nana..." Lihana menarik Nana kedalam dakapan. Tisu dia ambil lalu dilap mulutnya. Baru saja peluk Nana sudah tolak Lihana dan muntah pula atas lantai.
Risiko food tester. Macamnilah jadinya. Nana korbankan nyawa dia untuk selamatkan yang lain. "Macammana dengan Raja Ishan?"
"Dia dibawa ke bilik sakit. Dia memang macamtu. Taknak tunggu food tester."
"I see. Ah." Nana pegang perutnya. Sakit betul perutnya. Rasa mencucuk betul.
"Awak okey?"
"I'm okay." Nana bangun. Mulutnya hanya dilap dengan tangan lalu berjalan ke pintu. "Boleh tak kalau saya minta panggilkan Puteri Naresya kesini?"
"Puteri Naresya? Untuk apa?"
"Tolong." Nana bersandar pada dinding. Perlahan-lahan dia bangun berpaut pada dinding. Nak taknak Lihana turutkan. Dia keluar dari bilik dukun itu dan kembali dengan Naresya. Naresya datang bersama food tester dia iaitu Yuri.
"Kenapa mommy panggil saya kesini?" Tanya Naresya sambil garu lengan dia yang ditutup lengan baju tebal dan lebar. Dengan pantas Nana tarik tangan dia dan selak lengan baju dia.
Penuh dengan bintik-bintik merah. "Tuanku..."
"A- apa ni? Mommy~" Naresya macam nak nangis. Apa je yang budak umur 4 Tahun boleh rasakan? Menangis saja tahu. Lihana merapati Naresya dan duduk bertinggung dibelakangnya.
"Kenapa lengan kamu merah?" Tanya Lihana. Nampaknya Nana dah nampak dari awal walaupun dia hanya duduk sekejap dengan Naresya.
Nana duduk melutut dihadapan Naresya. Tubuhnya sangat kecil jadi kena duduk dengan ketinggian sama sepertinya. "Kamu sebenarnya alergik ikan kan?"
"Mana...mana makcik tahu?"
Dipanggilnya makcik. Lihana ketawa dibelakang Nana. Berkerut juga dahi Nana bila dipanggil Nana. Kakak dia pun panggil Nana ni Cikna.
"Kamu makan ikan tadi sikit-sikit. Saya ada dengar orang kata kamu memilih makanan tapi tidak. Kamu sebenarnya alergik. Tuanku tak cakna ke fasal anak Tuanku ni?" Tanya Nana. Lihana geleng kepala, mengaku.
"Kami tidak tidur bersama dan jarak agak jauh. Kadang-kadang je saya jumpa dia. Nampak dia okey, saya pergi melawat kakak dia yang lain pula."
"Habistu takkan dayang dia tak cakna fasal masalah Puteri Naresya?" Nana dongak, memandang kearah Yuri. Yuri tunduk kepala dan kelihatan takut-takut. Apabila Nana sudah pandang dia tajam, kepala Yuri diturunkan lebih bawah.
"Sebenarnya...dayang-dayang suruh saya rahsiakan."
"Kenapa?"
"Mereka rasa benda ni benda kecil. Tapi lepas bagi Puteri Naresya makan, mereka akan tinggalkan puteri untuk keluar berehat. Waktu itu Puteri Naresya akan mula gatal-gatal dan kadang-kadang dia sesak nafas dan muntah."
"Bagi saya jumpa dayang-dayang dia!" Lihana berdiri, menarik kolar lebar baju Yuri sehingga hampir terdedah bahunya. Nana bangun, menolak tangan Lihana ke belakang.
"Panggil mereka kesini." Ujar Nana lalu diurut dada Lihana bagi menenangkannya. Ibu mana yang tak marah bila anak diperlakukan begini? Lebih-lebih lagi Naresya ni adalah keturunan bangsawan!
"Baik, Kakna." Yuri tunduk kepala. Nana betulkan bajunya sebelum lepaskan dia pergi. Lihana tarik nafas dalam-dalam sebelum dia dukung Naresya dan duduk diatas sofa kayu. Rambut Naresya dia usap lalu dipeluk Naresya erat.
"...kenapa senyap, sayang?"
"Saya tak tahu..." Naresya mula menangis. Nana bercekak pinggang. Dia merapati Naresya dan lap air matanya.
"Mana kamu tahu Naresya ni ada alergik, Nana?"
"Saya makan apa yang dia makan. Dia takut nak makan ikan jadi saya syak dia tahu dia alergik ikan buntal. Biasanya orang yang alergik tidak akan alergik pada satu makanan saja. Mungkin lepas keracunan makanan sebelum ni dia jadi takut nak makan. Sebab tu..." Nana tarik tangan Naresya. "...dia kurus. Dia jarang makan dan orang kata dia memilih makan."
"I didn't see that. Maafkan mommy, sayang."
Naresya menangis lebih kuat. Dia peluk Lihana kuat tidak mahu lepas. Umur pun baru 4 Tahun, dia hanya mahu dekat pada Lihana saja buat masa ni.
"By the way...Nana. Boleh awak tengokkan Norren dan Neya?"
"Kenapa dengan mereka?"
"Bayi mereka berdua meninggal dunia. Norren nampak je macam okey dan gunakan dayang untuk kepuasan dia tapi sebenarnya dia gunakan mereka untuk lepas dari tekanan. Neya pun...dia dah besar. Saya dapat tahu dia dah tak boleh mengandung lagi. Saya risau. Mereka lahirkan anak pada usia begitu muda."
"Sometimes I don't like our country." Luah Nana.
"Why?"
"We allowed men to take advantage on women. Mereka kecil lagi tapi disuruh kahwin untuk keturunan. Perut mereka masih tak kuat. Sebab itu boleh timbulkan banyak penyakit dan kematian. Tuanku adalah permaisuri. Tuanku sepatutnya lebih cakna akan hal ini. Saya percaya Tuanku taknak benda ni berlaku pun." Ujar sebelum tunduk kepala untuk berlalu. Lihana hanya memerhati Nana berlalu.
Apa yang Nana cakap betul. Lihana benarkan anak mereka berkahwin pada usia yang sangat muda sehingga melahirkan anak dalam keadaan perut masih mentah.
Dia sepatutnya lebih cakna.
YOU ARE READING
Apothecary Diary |C
عاطفيةNana Irdina hanyalah seorang dayang istana bagi Tengku Puteri Diraja Seloka Haya Christiane Jowy. Namun disebabkan dia telah menyelamatkan nyawa Tengku Puteri Diraja Seloka Norren Christiane Jowy dia telah diangkat sebagai dukun paling atas didalam...