"Tahniah Kakna akan kahwin dengan Tuanku Permaisuri!"
Baru saja langkah masuk kedalam bilik Nana sudah disambut dengan lemparan bantal ke udara. Mujur tak terkena sarapan yang dia bawah.
Nana penat ni. "Mana korang dapat info?"
"Kitaorang gosip dengan Dayang Puteri Norren."
"That's -" Nana nak nafikan tapi betullah tu. Dia dah terima lamaran Lihana setelah diasak berkali-kali. "Malas nak fikir. Makan, Tuanku."
"Baik, mama." Panggilan pun sudah bertukar. Nana usap kepala Haya dan duduk diatas katil. Dayang lain terus mendekat dengannya.
"Bagitahulah. Jujur. Yang dekat leher Tuanku Permaisuri tu Kakna yang tanda kan?" Soal Hazera yang sibuk-sibuk. Nana angguk kepala.
"Ahh~ dah jadi kekasih pula comelnya!" Selena senyum lebar. Dia pula yang suka bila Nana bercinta dengan permaisuri.
"Dia dah lamar lama dah cuma tulah. Who am I to accept? Tapi dia asyik asak sampai...Kakna pun tersuka dia." Merah padam muka Nana. Empat gadis itu senyum nakal. Haya peluk lengan Nana erat.
"Yeay, mama akan jadi mama saya!"
"Dia comellah kalau nangis. I can't stand it anymore and mark her." Nana tutup mulut dengan tangan.
"Mommy nangis?" Soal Haya hairan.
"Dia cengeng. Dia taknak mama tinggalkan dia. Terus nangis."
Mereka semua ketawa serentak. Mereka tak pernah tahu pun yang Tuanku Permaisuri ada sisi macamtu. Hanya Nana yang pernah nampak setakat ini. Gina mungkin dah lama tahu.
"By the way tadi Tuanku Permaisuri datang. Dia kata dia nak ubah jadual Kakna bekerja. Pukul 9 sampai pukul 5 petang tugas Kakna adalah di pejabat dia."
"Pejabat dia dekat mana?" Tanya Nana. Dia melihat kearah jam di dinding. Sudah pukul 9. Terus dia bangun.
"Tanya je mana-mana pengawal. Mereka semua tahu sebab mereka akan berkumpul dekat depan territory Tuanku Permaisuri setiap minggu."
"I see. Terima kasih." Nana jalan ke pintu.
"Suka dia nak dating." Usik Selena.
"Bekerja lah!" Pintu ditutup rapat. Nana mengeluh berat. Dia pakai kasut dan kemudian berlari turun ke bawah. Dia menegur seorang pengawal disitu dan berkerut bila nampak muka dia. Macam pernah nampak.
"Ya?"
"Ouh, awak budak yang bagi saya klip rambut." Ujar Nana lalu keluarkan klip rambut dari dalam bajunya. Wanita itu senyum lebar sambil angguk kepala.
"Ya, sayalah tu."
"Ada orang kata kalau orang bagi klip rambut boleh jadi penjamin untuk keluar. Saya nak balik kampung. Tak lama, 3 hari je. Boleh tak?" Tanya Nana lalu peluk lengan dia erat. Gadis itu berkerut.
"Kakna gunakan saya untuk balik kampung je?"
"Habistu? Awak confess cinta? Tak kan? Sebab awak edarkan dekat semua orang klip rambut ni. Lagipun..." Nana menyentuh perut Jen dan mainkan jarinya disitu. "Ingat saya tak tahu awak suka kakak saya?"
"Siapa kakak Kakna?"
"Cik Puiyi. Pelacur terkenal paling mahal di daerah pelacuran."
Meleleh terus darah keluar dari hidungnya. Jen terus melutut dihadapan Nana dengan muka yang serius. "Nak langgan dia ibarat 3 Tahun gaji saya, Kakna. Kalau saya tolong, saya dapat Cik Puiyi terus ke?"
"Takdelah dapat terus tapi saya boleh tolong arrange 3 hari 2 malam dengan dia dekat Rumah Irdina."
"Nak!"
"Lengan kamu kuat tak?" Tanya Nana lalu mengangkat tangannya dan disising lengan baju sehingga ke ketiak Jen. Lengannya keras macam batu.
"Kenapa dengan lengan saya?"
"Sebab Cik Puiyi suka cakar lengan dan gigit lengan dan bahu. Silap haribulan yang lembik boleh hilang tangan."
"Saya sanggup! Saya sanggup hilang semua anggota badan saya untuk Cik Puiyi! Saya akan luluskan cuti Kakna harini juga!"
"Great! Dah lulus bagitahu. Saya nak pergi jumpa Tuanku Permaisuri. Bye~" Nana melalukan jarinya di kepala Jen. Suka dia mengusik Jen. Dengan gembiranya Nana berjalan namun dia kembali semula dan tarik Jen bersamanya.
"Saya lupa. Pejabat Tuanku Permaisuri dekat mana?"
"Arah sini."
************
"Izinkan saya, Tuanku.""My girl!" Nampak saja pintu terbuka Lihana sudah hulurkan kedua-dua tangan. Nana berjalan kearah Lihana dan biarkan dirinya dipeluk.
"Kenapa Tuanku ubah masa saya bekerja? Kenapa letak saya disini?"
"Untuk awak jadi dukun. Sekejap." Lihana keluarkan satu dokumen nipis dari dalam laci dan letak depan Nana. "Ni semua laporan kecederaan dan keselamatan daripada yang lain. Mereka tak tahu awak kat mana jadi kadang-kadang diorang cuma ke infirmary. Itupun orang kat sana tak berapa pandai. Jadi saya rasa awak wajar ada pejabat sendiri dan boleh balik ke bilik lepas pukul 5. "
Nana rangkul leher Lihana dengan tangan kanannya. Selama ni dia tengok Lihana asyik buang masa dekat istana anak-anak dia. Rupa-rupanya dia banyak kerja dekat sini. Bertimbun kertas atas meja.
"Saya nak awak kerja dekat sini dengan saya tapi Gina jahat tu tak bagi." Adu Lihana, menunjuk kearah Gina. Gina bercekak pinggang. Mukanya nampak dah malas nak layan. Nana kenyit mata dekat Gina mengucapkan terima kasih. Dia tahu dia susah nak bekerja kalau Lihana asyik nak dekat dengan dia.
"Jadi pejabat saya dekat mana?" Tanya Nana.
"Dekat luar ni je. Mari saya tunjukkan." Gina tunduk kepala. Nana tunduk kembali namun pinggangnya dirangkul erat.
"Jangan pergi..."
"Sayang." Nana membongkokkan tubuhnya. Terus bergetar tulang rusuk Lihana bila dipanggil sayang malah pandangan mata Nana buat dia cair.
"Y- ya sayang...?" Lihana senyum gedik.
"Can you be a good girl today? Please? I'll come back to see if you've been a good girl."
"Me- mestilah boleh! Saya akan jadi budak baik harini!"
"Good girl. Nanti saya datang balik tengok awak jadi budak baik ke tidak. Jangan sesekali jejak pejabat saya okey?" Pesan Nana. Dia dah agak mesti Lihana akan ulang-alik nanti mahu tengok dia. Lihana angguk kepala. Terus Nana cium pipi dia dan usap rambut dia sebelum dia berlalu.
"Ta- tapi kalau kerja saya dah siap boleh ke saya nak jumpa awak?" Tanya Lihana.
"Kalau kerja dah siap je." Pintu ditutup. Bersinar-sinar mata Lihana. Dengan laju dia baca setiap dokumen dan tanda. Mana yang tak diperlukan dia kumpul dekat tepi untuk dibakar. Dikepalanya hanya ada Nana.
Dia mahu siapkan kerja dia secepat mungkin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Apothecary Diary |C
RomantikNana Irdina hanyalah seorang dayang istana bagi Tengku Puteri Diraja Seloka Haya Christiane Jowy. Namun disebabkan dia telah menyelamatkan nyawa Tengku Puteri Diraja Seloka Norren Christiane Jowy dia telah diangkat sebagai dukun paling atas didalam...