Bab 27

609 30 8
                                    

Muka cemberut Ardelia mendekati kereta ditatap dengan tawa yang tertahan.

Muka tu tak rela sungguh!

"Muncung kau tu aku boleh ikat dengan getah." usik Zuhail apabila Ardelia membuka pintu kereta.

Ardelia hanya menjeling tajam seraya menghempas kuat pintu.

"Amboi! Dah pandai buat tunjuk perasaan dengan aku sekarang?"

"Siapa suruh perli perli?" bidas Ardelia.

"Usik sikit pun tak boleh..." ujar Zuhail sambil tersenyum kecil.

Zuhail mula memandu sambil sekali sekala matanya mengerling ke arah Ardelia yang nampak tak tenang.

"Relakslah...gaya kau tu macam aku nak bawa kau pergi berperang jer."

Ardeli jeling tajam.

Main main! Dia berdebar sungguh ni. Seumur hidup tak pernah pegang stereng. Tiba-tiba harini kena belajar memandu. Dengan Zuhail pula tu!

Kereta melencong masuk ke dalam pagar universiti.

Dahi Ardelia berkerut seribu.

"Kenapa kita masuk kampus?" soalnya pelik.

Zuhail tersengih tak menjawab. Dia terus sahaja memandu hingga ke hujung belakang universiti.

Keretanya diperlahankan.

"Tadaaa, ni lah litar kau untuk harini."

"Zuhail!" Ardelia terjerit kuat.

Zuhail menekup telinga kirinya.

"Apa?"

Kepalanya ditoleh pada Ardelia yang sudah tergeleng geleng laju.

"Bahaya lah! Saya ni stereng pun tak pernah pegang tahu tak, macam mana nak drive kereta dalam kampus? Kalau terlanggar student lain macam mana?"

"Student mana yang berjalan dekat kawasan akademik petang Ahad macam ni sayang oi."

"Aku sengaja pilih harini sebab see..." Zuhail menuding jari ke jalan di depan.

"Sunyi sepi, semut pun tak lalu."

Ardelia menggeleng lagi.

"Taknakkk" Ardelia merengek.

"Nope, nope. Kau kena juga!"

"Nanti jahanam kereta awak!"

"Kalau jahanam sekalipun apa susah, aku beli jer lah kereta baru."

"Berlagak kaya!" mulut sudah membentak.

"Shuttlebae, aku ada ni kan, kau nak takut apa. Drive jer, aku pantau dari tepi. Jom cepat turun, kita tukar tempat."

Muka Ardelia sudah seperti beriak seperti mahu menangis.

"Zuyikk...." dia merayu.

Zuhail ketap bibir.

Panggilan Zuyik tu memang Ardelia suka guna kalau nak memujuk dan merayu dia.

"No, kau kalah kan malam tu? Bet kita, kalau aku menang, kau kena belajar drive dengan aku."  keras dia menekan perkataan kalah.

Bersungguh sungguh Zuhail mengutip mata untuk set ketiga malam minggu yang lalu demi untuk melunaskan fantasi dan khayalannya bagi mengajar Ardelia memandu.

Kalau boleh dia mahu sentiasa menjadi yang pertama dalam setiap langkah pengalaman baru dan kali pertama bagi seorang Ardelia.

Itu yang dia tak boleh terima Ardelia main tipu di set kedua malam itu. Dia nyaris nyaris menang straight set sahaja!

Enchanting YouWhere stories live. Discover now