Bab 10

524 21 4
                                    

"Kau tipu aku kan Shuttlebae?" soal Zuhail yang masih dalam keadaan tidak percaya.

Ardelie mengeluh lemah. Nampak benar Zuhail kecewa. Dia rasa teramat bersalah.

"Tak, itu hakikat yang sebenar. Sebab itu memang dari awal saya cuba untuk tak rapat dengan Sir. Sebab tu saya kena jaga diri saya, untuk bakal suami saya..." yang sebenarnya ayat ini ayat tipu sahaja. Dia bukan menjauh kerana mahu menjaga diri. Dia mahu menjauh takut terjatuh cinta dengan lelaki di hadapannya itu.

Hati Zuhail yang retak tadi, terasa jatuh berderai. Tak dapat diselamatkan lagi.

"Saya minta maaf sangat sangat pada Sir andainya setiap perbuatan dan tingkah saya sebelum ni ada membawa harapan pada Sir. Saya tak sedar. Saya mohon maaf sangat sangat. Besar rasa bersalah saya dekat Sir." ujar Ardelia dengan wajah tertunduk.

"Ardel..."

"Saya rasa sampai di sini sahaja lah perjumpaan kita. Saya pun akan balik ke kampung malam ni. Sir, saya doakan Sir jumpa orang yang lebih baik, lebih sempurna dan yang lebih layak untuk berdampingan dengan Sir. Sir orang yang baik. Saya akui Sir memang lelaki yang baik."

Zuhail rasa matanya berkaca-kaca, tapi matanya tetap fokus menilik seraut wajah yang sedang berkata-kata itu. 

"Saya minta maaf sekali lagi, dan saya harapkan Sir dapat halalkan segala makan-minum dan pertolongan yang Sir buat demi saya selama ni. Kalau Sir rasa tak dapat, Sir bagitahu jumlahnya bersama nombor akaun bank Sir. Saya akan cuba bayar jumlahnya. Sir jangan risau, saya tak akan terasa. Saya yang salah."

Ya Tuhan, Ardelia di saat menolak cintanya pun masih menyalahkan diri sendiri. Macam mana dia nak lupakan gadis dia hadapannya ini. Seistimewa apakah lelaki yang bakal memiliki Ardelia itu?

"Kalau tak ada apa apa lagi, boleh ke saya balik sekarang Sir?" ujar Ardelia mahu meminta diri. Dia dah penat untuk berlagak kuat di depan Zuhail sekarang.

Zuhail ketap bibir dengan mata yang berkaca. Sumpah dia tak tahu sesakit ini rupanya bila cinta yang mahu dihulur, akhirnya ditolak serta merta.

"Jaga diri kau Ardelia. Semoga kau berbahagia. Aku ikhlas doakan kebahagian kau dengan lelaki pilihan kau." ujar Zuhail dalam kepahitan yang menghinggap lidah.

"Terima kasih banyak banyak Sir. Segala budi yang Sir taburkan akan saya kenang. Saya bersyukur ditemukan dengan insan yang banyak membantu di semester terakhir saya di UNM ni. Saya minta diri dulu." 

Zuhail hanya diam dan menyoroti sahaja langkah Ardelia sehingga sosok gadis itu menghilang dari pandangan. Tanpa sedar, gugur jua setitik dua air mata jantanya. Cinta pertama yang dikecapi di umur 25 tahun gugur begitu sahaja tanpa balasan.

'Selamat jalan Ardelia'

..........................

Ardelia mengayuh perlahan basikal apabila dia mula membelok keluar dari pintu pagar pos barat UNM. Air mata yang ditahan tadi akhirnya merembes keluar tanpa dapat ditahan lagi. Dia sedih yang teramat. Tipu lah kalau dia kata hatinya tak pernah terusik dengan kehadiran Zuhail.

Dia berlagak kuat sahaja tadi di depan Zuhail. Dia tak mahu Zuhail ingat lagi padanya. Zuhail layak orang yang lebih dari dia.

Mata dikelip-kelipkan beberapa kali supaya jelas pandangannya ke jalan di hadapan.

Sedang dia melayani perasaan sambil sekali sekala mengesat air mata dan membiarkan air matanya kering bersama angin yang merempuh wajah, tiba-tiba terdengar bunyi hon bertalu talu dari belakang. Terkejut punya pasal cepat cepat dia menoleh. 

Ardelia menekan brek tangan pada basikalnya dengan mengejut gara-gara ada sebuah kereta yang tiba-tiba memintas dan berhenti betul menghalang jalannya.

Dia mengurut dada belah kirinya gara-gara terkejut. Hampir sahaja basikalnya terbalik tadi.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now