Bab 1

1K 41 6
                                    

Fakulti Sains Matematik, UNM

Zuhail melangkah keluar dari ruang pejabat pengurusan Fakulti Sains Matematik itu dengan penuh gaya. Dia baru sahaja selesai berurusan dengan dekan fakulti tentang urusan jadual kelas yang bakal dia ajar mulai sem tersebut. Dua minggu lepas dia rasmi mendapat tawaran sebagai tenaga pengajar muda untuk kelas tutorial. 

Di dalam cuti semester baru baru ini dia telah mendapat surat senat setelah berjaya menyelesaikan program sarjananya. Dia kemudiaannya mendaftar sebagai pelajar dalam peringkat ijazah kedoktoran PhD pula sebulan yang lepas pada awal semester. Memang impiannya mahu mendaki tangga teratas peringkat pendidikan. Dia mahukan gelaran 'Doctor of Philosophy' itu.

Ketika melangkah untuk ke kereta yang berada di kawasan parkir staf, dia perasan mata-mata yang memerhatikan langkahnya. Zuhail beriak biasa sahaja kerana dia sudah terbiasa. Bukan mahu berlagak tapi tubuh fizikalnya yang tinggi itu memang menjadi perhatian ramai apatah lagi pelajar pelajar perempuan. 

Dia mula memandu untuk ke kafetaria yang berada di bangunan pusat pelajar. Rakan-rakannya sudah menunggu dia di sana untuk makan tengahari bersama.

Selepas memarkir kereta, dia masuk ke dalam bangunan pusat pelajar yang memang riuh dan padat dengan pelajar universiti. Bangunan dua tingkat itu punya deretan kedai pelbagai yang sesuai dengan kemahuan dan keperluan para pelajar.

Kaki membelok ke arah kafetaria yang diberi nama LakeView kerana terletak betul betul di atas tasik buatan. Kafetaria yang menjadi pilihan tempat makan pelajar dan staf kerana permandangan dan aneka menu yang disediakan serta harga yang berpatutan dengan poket pelajar.

"Zus!" sapa Dayne dari kejauhan. Dia turut mengangkat wajah melihat ke arah meja yang diduduki Dayne. Ada Isyraf dan juga Arabell, adik Dayne.

Kafetaria itu padat dengan manusia gara-gara waktu makan tengahari.

"Yo korang!" sapa Zuhail sambil menarik kerusi kosong di sebelah Isyraf.

"Lama dah ke sampai?" soal Zuhail.

"Dalam 15 minit. Tak boleh lewat nanti tak ada meja. Aku dah orderkan Nasi Ayam Hailam kau." ujar Isyraf.

"Thank Isy!" 

Dayne, Arabell dan Isyraf juga merupakan pelajar di universiti tersebut tetapi berlainan kos darinya. Dayne dan Isyraf merupakan pelajar sarjana Computer Programming dalam mod penyelidikan manakala Arabell, adik Dayne merupakan pelajar Reka Bentuk Fesyen.

"Abang Zuhail makin hensem lah sekarang! Baru dua bulan tak jumpa!" puji Arabell.

"Urgh you jangan puji dia sangat Bell. You jer yang tak jumpa dia dua bulan, Bell. Kami ni dah jumpa dia hari hari, muak tengok muka berlagak dia ni!" kutuk Dayne.

Zuhail tergelak.

"Best tak pergi student attachment dekat Paris tu?" soal Zuhail. Dia tahu Arabell tiada di Malaysia sampai dua bulan lamanya untuk mengikuti kursus pendek fesyen yang diadakan kilang pakaian ternama di Paris dengan kolaborasi beberapa universiti seluruh dunia.

"Best gila! You nak tahu tak Abang Zuhail, ramai gila student lelaki handsome dekat sana."

Arabell memang memanggil Zuhail dan Isyraf dengan panggilan abang tapi tidak kepada abang kandungannya sendiri. Mereka dua beradik lebih senang dengan panggilan kau-aku dan I-you.

"Okaylah tu, you pun cantik Bell. Cari yang elok yang sepadan." ujar Zuhail.

"Ahh, gedik dan bercinta! Tak boleh! You habis belajar baru boleh nak bercinta-cinta ya cik adik!" bebel Dayne.

Arabell mencebir.

"ISYRAF!"

Laungan dari depan kaunter menandakan makanan yang dipesan Isyraf sudah sampai. Zuhail turut bangun melangkah beriringan dengan Isyraf untuk mengambil makanannya.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now