Bab 14

549 26 6
                                    

"Ex-explain apa?" tergagap Ardelia.

"Explain to me everything pasal apa yang dah jadi sebelum ni."

"Kenapa kau tak cakap jer terus terang yang kau tak pernah kahwin pun. Kenapa kau biarkan aku fikir yang kau dah jadi milik orang lain?"

"Bell bagitahu Sir ke?"

"Bell tahu ke?" Soal Zuhail pura-pura bertanya.

Ardelia menghela nafas lega. Bukan Bell yang bagitahu.

"Betul kan? Kau belum kahwin lagi?"

"Kalau betul pun kenapa? Tak ada kepentingan pun."

"Tak ada kepentingan kau cakap? Kau dah lupa yang aku ni lelaki yang pernah luahkan perasaan pada kau  Ardel. Aku berhak tahu hal sebenar sebab alasan yang kau bagi untuk tolak aku adalah sebab kau dah bertunang dan akan berkahwin! End up semua tu tak betul pun!"

Ardelia mendengus.

"Ya betul saya memang tak kahwin lagi. Puas hati sir? Can I go now?" Soal Ardelia. Apa lagi yang tersisa? Zuhail pun dah bertunang.

Ardelia pelik. Kenapa Zuhail masih nak mengungkit hal dulu. Tak boleh ke Zuhail terus fokus pada masa depan. Bina mahligai cinta dengan Kayla.

"No, bukan tu jer yang aku nak tahu. Okay first kau dah mengaku yang kau tak berkahwin and means that kau masih single, bukan terikat dengan sesiapa dan kau bukan tunangan orang kan?"

Ardelia mendengus sebal.

"Ya."

"Good to know. That's mean rejection kau dulu tak valid. Kau dah tipu aku jadi anggap sahaja penolakan kau haritu terbatal. Kau belum reject aku lagi and aku still ada peluang."

The heck?!

Boleh main tak valid pulak!

"Sir jangan nak mengarut. Rejection saya dulu tetap valid. Saya memang reject sir even tak ada alasan sekalipun."

"Rejection perlukan alasan yang kukuh Shuttlebae..."

"Sir nak alasan kukuh? Okay fine, alasan kukuh saya adalah saya tak cintakan Sir. Lagipun sekarang sir dah bertunang. Kenapa mesti nak ungkit hal lama lagi?! Sir dah move on jadi kenapa perlu lagi sebut hal ni dengan saya. Sir kena jaga hati tunang Sir!"

"Nope, kau bukan tak cintakan aku, kau belum lagi jatuh cinta pada aku. Aku still ada peluang sebab dalam hati kau sekarang masih kosong." Yakin Zuhail menuturkan ayat itu.

"Jangan yakin sangat yang hati saya tak ada sesiapa." Balas Ardelia geram.

"Kalau orang tengah bahagia jatuh cinta, kita boleh nampak Ardelia. Sorry to say, aku tak nampak air muka jatuh cinta tu dekat wajah kau, so kau tak payah try hard untuk tipu aku."

Ardelia berdecit.

"Sekarang ni, aku nak tahu juga apa yang berlaku sampai kau lewat buat praktikal? Apa yang dah jadi dekat kampung kau?"

Mata Zuhail kemudiannya menilik wajah dan tangan Ardelia.

"One more thing, apa yang dah jadi dekat kau, aku nampak banyak luka dengan tangan kau dan muka pun banyak parut calar balar."

Ardelia menunduk.

"Apa yang dah jadi selepas kau balik kampung Shuttlebae? Please... aku nak tahu sangat."

"Yang pasal saya lewat praktikal tu, sebab saya ada masalah sikit dekat kampung. Sir tak perlu risau. Semua dah selesai..."

"Masalah apa?"

"Tak ada apa yang teruk pun. Saya dah okay sekarang..."

Zuhail mendengus. Ardelia masih tak nak bagitahu.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now