Bab 33

861 38 22
                                    

(Hi korang, ni, bab 33 tau, bab 31 lepas bab ni, saya pun tak tahu kenapa tak boleh edit turunkan bab ni ke bawah...maaf atas kesulitan)

............................................

Rumah Agam Tengku Zaid

"Baby~" Zuhail menyeru apabila dia muncul di ruang santai keluarga di aras dua.

Puan Sri Sharifah, Mikayla dan Zulfa yang turut berada di situ berpaling serentak.

"Kau panggil Fafa ke Zuhail?" soal Mikayla sambil berkerut dahi.

Zuhail berkerut apabila sosok isterinya tiada di situ.

"Bukan—"

"Mika, baby abang Zuhail sekarang bukan Fafa dah, tapi kak Ardel." celah Zulfa dengan nada memerli.

"Ohhh..." ujar Mikayla sambil tergelak kecil.

"Mana Ardel?" tanya Zuhail tanpa menghiraukan usikan adiknya itu.

"Ardel tolong pergi ambilkan puting budak kecik ni." ujar Mikayla sambil mencubit manja pipi anaknya yang berada dalam pangkuan ibu mertuanya.

Zuhail berkerut tak puas hati.

"Kau hambakan bini aku ke?" soalnya.

"Saya tolong jer lah!" celah Ardelia sambil memukul belakang tubuh Zuhail. Puting biru cair milik Tengku Zayyan itu dihulurkan kepada Puan Sri Sharifah.

"Tentiu mama~" ujar Puan Sri Sharifah sambil mengajuk bunyi kanak-kanak bercakap.

Ardelia tersenyum kecil sambil mengusap kepala anak saudaranya yang terkebil kebil memandang tokmanya.

Zuhail mencebik sambil mengaduh kuat.

"Aduh, sampai hati kau pukul aku Shuttlebae..." omelnya dengan nada suara sedih.

Ardelia hanya menggelengkan kepala. Malas dia nak layan perangai mengada Zuhail tika itu.

"Mika, laki kau balik esok. Si Zaf ajak babah balik awal sebab tadi dorang dah settle sesi sign MoU..." beritahu Zuhail sambil menarik tangan Ardelia untuk duduk di sofa. Dia tadi baru sahaja selesai berbual dengan Zarif dan Tengku Zaid yang ketika itu berada di Jepun. Dia mahu tahu perkembangan kolaborasi Astana dengan sebuah syarikat besar di Jepun.

"Tahu dah, Zaf baru whatsapp beberapa saat yang lalu." kata Mikayla sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya.

"Pergh pantas!" ujar Zuhail sambil tepuk tangan.

"Zayyan! Anak buah papa ni rindu daddy tak?" tegur Zuhail pada Zayyan yang terlentok di bahu mamanya di sofa sebelah.

"Daddy awak balik esok. Lamanya kan daddy awak tinggal awak dengan mommy awak. Nanti awak marah daddy awak ya. Tapi jangan cakap papa suruh. Papa takut juga dengan daddy awak tu." ujar Zuhail berlelucon.

Puan Sri Sharifah dan Mikayla hanya mampu menggelengkan kepala.

Ardelia pula sudah tergelak kecil. Mengarut jer suaminya itu. Macamlah si Zayyan itu faham apa yang diperkatakan oleh Zuhail.

Zuhail tersengih melihat Ardelia yang terhibur dengan telatahnya. Pipi isterinya itu dikucup sepintas lalu.

Ardelia terkedu seraya terus menjarakkan wajahnya dari Zuhail. Pipi digosok perlahan dengan tapak tangan.

Zuhail tersenyum senget sebelum perhatiannya dikalihkan pada si adik bongsu yang duduk bersila di bawah.

"Fa buat apa khusyuk sangat ni?" soalnya sambil menjengulkan kepala pada Zulfa yang sedang menatal skrin telefon pintar isterinya di atas karpet berbulu lembut.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now