Bab 6

563 23 10
                                    

Ardelia tak senang duduk hari itu. Esok Afnan akan datang mengambil dia. Dia belum mengemas barang sebab dia langsung tak ada rasa mahu mengikut abangnya itu pulang ke kampung. Dia rasa nak lari sahaja sekarang. 

Mana janji keluarganya?

Mereka cakap mereka tak akan ganggu dia sehingga dia habis belajar kalau dia tunaikan permintaan mak. Sekarang kenapa paksa dia balik? Dia belum pun habis semester lagi. Kalau boleh dia rasa nak sambung belajar lagi. Supaya dia boleh terus lari.

Kenapa nasib dia begini...

Otak Ardelia ligat berfikir mahu lari menyorok ke mana. Sudahlah keluarganya tahu di mana rumah sewanya. Jadi dia fikir, esok dia mahu duduk sahaja di bangunan Arena sehingga malam. Lagipula dia tak ada kerja part time lagi gara-gara pelajar pulang bercuti, jadi kedai di kawasan universiti juga ikut bercuti.

Petang itu Ardelia mahu melepak di gelanggang. Dia rasa tak tenang. Dikayuh basikal memasuki kawasan Arena Badminton Club.

Masuk ke ruangan lobi bangunan Arena Badminton Club, dia disapa rakan sekerjanya, Malik.

"Ardel, kau asal datang?"

"Sengaja nak datang lepak. Aku tak ada buat apa juga cuti ni, rasa pelik pula nak memerap di bilik sahaja."

"Rajin pula kau datang. Kalau macam tu tolong lah aku buang sampah dekat wing kiri tu pleasee..." ujar Malik sambil buat muka manis. Nak minta tolong kan.

"Haah boleh, kejap lagi aku tolong. Jadual tempahan esok dah susun ke? Ramai tak? Aku shift lepas Syiha ni esok."

Malik kerut dahi.

"Aik kau dah kenapa? Kau bukan cuti ke esok? 3 hari kan?" soal Malik pelik.

"Hah?" soal Ardelia terkejut.

"Bos cakap aku kena ganti kau untuk tiga hari ni mulai esok."

"Bila masa aku cuti? Aku tak ada apply cuti pun lah." bangkang Ardelia.

Ardelia sudah cuak. Takkan lah Abang Afnan tahu dia kerja di situ? Tak mungkin lah! Sangat sangat tak logik kalau Afnan. Afnan bukan tinggal di negeri itu.

"Siapa cakap aku cu-"

"Hi Shuttlebae."

Tersentak dengan sapaan itu Ardelia berpaling tubuh melihat gerangan yang menyapa.

Zuhail?

"Sir buat apa dekat sini?"

"Zuyik. And aku datang sini sebab nak datang pickup my Shuttlebae..."

"Pickup untuk?" soal Ardelia pelik.

"Nak bawa kau pergi Gombak lah." jawab Zuhail selamba.

"Untuk?!" makin berkerut dahi Ardelia.

"Camping and hiking, cik adik, haritu kan Isyraf ada cakap." balas Zuhail sambil tersenyum.

Kepala kemudian memaparkan kembali malam ketika mereka bermain badminton bersama. Ardelia baru teringat rancangan mereka semua mahu mendaki dan berkhemah. Dia kusut sangat fikirkan pasal Afnan sampai terlupa tentang itu.

"Dah tu? Bila masa pula saya cakap saya setuju nak ikut ni? Haritu saya dah cakap yang saya tak join kan?"

"Aku nak kau join, jadi jom lah ikut aku."

"Tak nak, saya ada kerja. Saya dah cakap tak boleh ikut sir-... urm awak..." dalih Ardelia. Mulut tak reti lagi nak sebut panggilan Zuyik itu.

Zuhail tersenyum.

"No, kau dah cuti. Kau cuti tiga hari, so kau dah boleh ikut aku pergi camping."

"Hei, bila masa saya cuti? Saya tak pernah apply cuti. Lagipun bos saya garang, mana boleh apply cuti sesuka hati." laju Ardelia memberi alasan.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now