Bab 20

627 27 7
                                    

Fakulti Sains dan Matematik

Ardelia melangkah mendekati kereta Zuhail yang sudah sedia menunggu di seberang jalan berhadapan fakulti. 

Buka sahaja pintu kereta, matanya disapa dengan kek bento kecil comel berwarna merah jambu dengan lukisan bunga kecil warna merah hati dia dalam bekas polistrin putih yang dihias cantik.

Matanya terus memandang ke arah Zuhail.

"Happy birthday, yang ke 24 my lovely Ardelia." ucap Zuhail dalam senyuman.

"S-sir tahu?" Ardelia betul betul terkejut. Tadi waktu mereka makan tengahari bersama, tiada tanda tanda Zuhail tahu tentang hati lahirnya.

"Of course I know. Hari kelahiran insan kesayangan aku kut. Pandai tak aku berlakon sepanjang harini?"

"H-how?"

Tergagap Ardelia bertanya. Dia langsung tidak menjangka. Sangkanya harini pun dia akan laluinya sendirian, seperti tahun tahun sebelumnya.

Dia sudah terbiasa untuk tidak meletakkan apa apa rasa dan harapan untuk tarikh itu. Sementelah tahun ini juga, dia tak mendapat ucapan dari sesiapa.

"Kau ada bagi nombor IC kau haritu kan."

"Ahh..." Ardelia baru teringat.

"Tiup lah dulu lilin ni. Lenguh dah tangan aku pegang."

Ardelia tahan air mata dari keluar.

Ditiup perlahan lilin yang berada di atas kek itu.

"Janganlah nangis. You should smile on your birthday. I wish you a happiest year ahead. Thank you for being born. Thank you muncul dalam hidup aku. I really mean it, my favourite girl."

Ardelia kaku berdiri.

Matanya berkaca-kaca.

Zuhail yang pertama.

Orang pertama yang menyambut hari lahirnya.

Nampak menipu tapi itu hakikatnya.

Zuhail juga orang yang pertama yang berterima kasih kepadanya kerana dia lahir kedunia. Dia tak pernah sekalipun mendapat ucapan sebegitu.

Dan Zuhail juga menjadi yang pertama mengucapkan selamat hari lahir kepadanya pada hari itu.

Setitis air mata jatuh ke pipi.

"Shuttlebae..." Zuhail menggelabah bila melihat air mata yang jatuh ke pipi.

"Don't worry Zuyik. This is a tear of happiness. Thank you Zuhail." ucap Ardelia sambil tersenyum lembut.

"Masuklah, jangan tercegat dekat luar tu...panas lagi ni." gamit Zuhail.

Ardelia kesat air mata sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta.

"Nah, birthday cake for birthday girl. Aku tau kau tak suka makan benda manis sangat so aku tempah yang saiz mini macam ni. Dalam tu perisa nutella."

"Bila sir beli?"

"Aku tempah dari minggu lepas. Ada orang sekitar sini yang open order. Aku keluar awal sikit tadi untuk pergi pick up. Then acah acah tunggu kau dekat sini macam biasa. Saje nak surprisedkan kau."

Ardelia tersenyum kecil mendengar kosah kegigihan Zuhail untuk menyambut hari lahirnya.

"Kau tak kerja kan harini?"

Ardelia pandang Zuhail pelik.

"Mana sir tahu?"

"Agak jer..." Zuhail berdalih.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now