Bab 40

942 44 15
                                    

(Disclaimer: Bab ni panjang lebih dari biasa since saya kena input kan banyak scene dekat bab ni before bab 41... sorry kalau korang tak suka)

Rumah Agam Tengku Zaid

Zuhail pulang ke rumah sedikit lewat. Selepas Maghrib barulah dia tiba di rumah. Dia terpaksa balik lewat kerana kerjanya sedikit tergendala selepas mendapat tahu tentang hasrat Ardelia untuk menyambung pelajaran.

Otaknya jadi kosong selepas mendengar cerita daripada Yusra. Termenung dia di bilik pejabatnya tadi. Mujurlah dia tiada kelas selepas waktu rehat tengahari.

Fikirnya, dia mahu bertanya sendiri sahaja pada Ardelia apabila dia balik nanti tetapi sebaik sahaja dia tiba di rumah, dia dapat berita dari mamanya yang Ardelia pengsan seketika petang tadi.

Terkejut dengan berita itu, dia terus terlupa tentang isu sambung belajar tadi. Laju langkahnya mendaki anak tangga untuk ke bilik.

Tolak pintu, kakinya terpaku melihat Ardelia yang sedang menelan sesuatu di dalam samar samar cahaya lampu di sisi katil.

"Kau telan apa tu?" terjahnya.

Kelihatan bahu Ardelia terangkat mungkin kerana terkejut dengan kehadirannya.

"A-awak..."

Beberapa kotak kecil di atas katil dia pandang dari jauh. Laju langkahnya mendekati katil sebelum kotak ubatan yang cuba disembunyikan oleh Ardelia, dia rampas kasar.

"Damn! Kau telan ubat apa ni Ardelia?! Ni bukan ubat yang kau dapat dari hospital ni!" soalnya sambil menilik kotak ubat yang nencurigakan itu.

Mata mencerlung tajam ke arah isterinya yang sudah mula nampak takut-takut.

"Nur Ardelia!"

"Jawab!"

"Ubat ni semua datang dari mana?!" tempiknya garang melihatkan Ardelia membisu dengan bibir tergerak gerak.

Ardelia tersentak hebat. Belum pernah lagi dia ditengking sebegitu oleh Zuhail.

"Jawab Ardelia! Mana kau dapat ubat ni? Mama cakap kau pengsan tadi? Kau makan ubat apa ni? Aku nampak kau telan tadi!"

Melihatkan kediaman Ardelia, Zuhail membaca nama ubat pada kotak lalu dia keluarkan telefon pintarnya.

Nama ubat itu dia taip di carian google sebelum dia tekan hasil carian. Sebaik sahaja membuat sedikit pembacaan, urat urat dahinya timbul. Amarah mula naik memberung.

"KAU MAKAN UBAT TAK BERDAFTAR?!!"

Kotak ubat itu ditilik lagi depan dan belakang sebelum isterinya yang sudah berundur sedikit jauh darinya ditenung tajam.

"Kau orang terpelajar Ardelia! Kau mengarut apa beli supplement tambah susu semua ni dekat tiktok hah?!"

Ardelia rasa lidahnya kelu. Amarah Zuhail malam itu begitu menakutkannya.

"Kau sedar ke tak bahayanya ambil ubat ni semua tanpa pemantauan doktor?!" marah Zuhail lagi.

Salah satu kotak ubat itu ditayang depan muka isterinya.

"Ni ubat ni! Aku baca tadi, ubat ni dekat Malaysia kena makan bawah konsultasi dari pakar laktasi kau tahu tak?! Tersilap dos, buah pinggang boleh rosak! Kau tak sayang diri sendiri ke?!"

Melihat wajah keruh Ardelia, Zuhail raup wajah sebelum dia menghenyak punggungnya di birai katil. Wajah didongakkan untuk melihat sang isteri yang benar benar bikin hatinya membara malam itu.

"Kau kenapa ni Ardel? Kenapa kau jadi macam ni? Kenapa kau terdesak sangat sampai beli benda bukan bukan ni?!"

"Tolonglah Ardel. Aku penat sangat ni. Kau kenapa buat benda bodoh macam ni?"

Enchanting YouWhere stories live. Discover now