Bab 44

727 43 20
                                    

"Fafa?!"

Zulfa berpaling, serentak bersama sama dengan semua yang ada di depan monitor televisyen yang menjadi tempat mereka bermain permainan video tadi.

Sejurus melihat pada sosok tubuh si abang sulung yang juga sama terkejut sepertinya, Zulfa lantas terbangun dari duduk. Matanya membulat besar.

Tengku Zarif mengerutkkan dahi dengan matanya tajam menilik setiap orang yang berada di ruangan santai itu.

Saat matanya terpandangkan Idham yang turut bangun dan berdiri di sebelah Zulfa, lantas amarahnya memuncak. Langkahnya laju menghampiri Idham sebelum kolar t-shirt hitam lelaki itu dicekak kasar.

"Kau ke yang bawa adik aku ke sini?!"

"Abang!" jerit Zulfa sambil cuba menarik lengan abangnya dari terus menyentuh tubuh Idham.

"Abang, Fafa yang datang sini sendiri. Bukan salah abang Id! Please, jangan buat kecoh dekat sini..." rayu Zulfa.

Tengku Zarif menjeling tajam ke arah Idham sebelum tangannya melepaskan kolar baju lelaki itu. Dia kemudiannya berpaling pada si adik.

"Fafa buat apa dekat sini?!"

Idham merapikan kolarnya. Dia beriak biasa. Diperhatikan sahaja Tengku Zarif yang sedang menyoal Zulfa. Ahli ahli Nemesis yang lain pula hanya memandang tanpa berani bersuara.

"Macam mana Fafa tahu tempat ni?"

"Abang..."

"Bagitahu abang sekarang, macam mana Fafa tahu tempat ni? Siapa bagi tahu Fafa?" ulang Tengku Zarif lagi.

Zulfa kelu. Dia tak berani nak menjawab. Dikerlingnya Idham. Tengku Zarif turut sama menoleh ke arah yang dilihat adiknya.

"Idham, kau explain sekarang! Macam mana adik aku boleh ada dekat sini? Dark tahu ke pasal ni?" soal Zarif.

"Dark tahu." ujar Idham.

"Aku penyebab adik kau tahu tempat ni, aku minta maaf—"

"Apa kau cakap?! Jadi betullah kau yang bagitahu Fafa pasal tempat ni? Kau gila ke apa?! Kenapa kau libatkan adik aku ni dengan hal kau orang?! Tak cukup ke aku seorang?!" soal Zarif garang.

"Abang!" jerit Zulfa lagi, kali ini dia deras memeluk tubuh abang sulungnya untuk meredakan kemarahan Tengku Zarif.

"Fa!" ujar Zarif dengan penuh geram. Pergerakannya terhenti dek pelukan si adik.

"Abang... Fafa yang nak datang sini. Fafa tahu tempat ni sendiri. Tak ada sesiapa yang bagitahu Fafa. Janganlah marah, abang... please..." pujuk Zulfa sambil mendongakkan wajah ke arah si abang yang sedang dipeluknya. Matanya dikerdipkan beberapa kali.

Tengku Zarif mendengus geram. Tanpa sebarang kata, dicubit kuat pipi kanan adiknya itu. Serentak itu terdengar suara Zulfa mengaduh kesakitan.

"Ikut abang balik sekarang!" putus Zarif sambil menarik lengan adiknya untuk mengikut langkahnya keluar dari ruang santai itu.

Idham menghela nafas berat sambil memerhatikan sahaja dua beradik itu berlalu pergi.

..............................

Kolej 13, UPM

Zulfa deras memegang lengan abangnya sebaik sahaja kereta berjenama mewah milik Tengku Zarif itu berhenti di depan kolej kediamannya.

"Abang..."

Tengku Zarif berpaling sambil mendengus keras. Geramnya pada si adik masih tersisa.

"Abang please jangan cakap dekat mama dengan babah pasal ni..." rayu Zulfa.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now