Bab 42

740 49 23
                                    

Ardelia mengesat air matanya. Jam pemberian Zuhail di pergelangan tangannya dikerling. Dia perlu kembali berjalan mencari pintu perlepasanbagi menaiki pesawat. Masih ada satu lagi pemeriksaan kastam yang perlu dia lalui sebentar lagi.

Lengan baju kurung dia tarik sedikit untuk mengesat sisa basah pada alis matanya namun pergerakannya terhenti tatkala ada huluran tisu dari sebelah kirinya.

Ardelia sedikit tersentak. Dia mengangkat muka untuk melihat siapakah gerangan yang datang mendekatinya.

"Bell?!" nadanya sedikit terjerit. Terkejut benar dia melihat rakannya itu sedang berdiri sambil tersenyum ke arahnya. Serta merta Ardelia bangun sambil memandang Arabell dengan riak tidak percaya.

Arabell tersengih.

"Bell buat apa dekat sini? Bell nak travel pergi mana? Bell tahu ke Ardel dekat sini? Bell flight pukul berapa?" soal Ardelia bertubi-tubi sambil tangannya mencapai kedua belah tangan Arabell sebelum digoyang-goyangkan.

Arabell tergelak melihat keterujaan Ardelia.

"Bell pun terkejut nampak Ardel tadi. Bell ada kerja sikit dekat Melbourne. Ardel nak pergi mana ni?" balas Arabell pura-pura bertanya.

Mata Ardelia membulat luas.

"Tengok tiket Bell!"

Arabell hulurkan sahaja tiket yang diselitkan di passport merah miliknya kepada Ardelia.

Ardelia menilik tiket tersebut sesaat sahaja sebelum dia mendongak lagi dengan riak kelu.

"Bell! Kita sama flight! Ardel pun pergi Melbourne!" ujar Ardelia. Matanya bersinar teruja.

"Ehh Ardel pun pergi Melbourne? Wow nicelah!" ujar Arabell cuba untuk menunjukkan reaksi terkejut dan teruja. Susah juga nak berlakon. Sudahlah dia jenis perangai aci lepas sahaja. Bila kena berpura-pura begini Arabell jadi kekok.

Ardelia tenung lama wajah Arabell.

"Bell tak nak tanya ke kenapa Ardel pergi Melbourne?"

Arabell telan liur.

Haa sudah.

"Eh haa kenapa Ardel nak pergi Melbourne ni? Abang Zuhail bagi pulak Ardel pergi sorang..." ujar Arabell yang makin canggung lagi lagi bila terpaksa menyebut nama Zuhail. Diliriknya sekilas untuk membaca reaksi Ardelia.

"Ardel sambung belajar di University of Melbourne... master by reseach..." ujarnya perlahan.

Arabell buat buat menekup mulut.

"Wow! Hebatlah Ardel! Patutlah abang Zuhail tak ikut, Ardel pergi belajar rupanya. Ingatkan pergi bercuti."

"Eh, ni Ardel seat berapa?" potongnya laju sebelum Ardel masuk mood sedihnya semula.

"20A, Bell?"

"22D, dekat je lah seat kita dua." kata Arabell.

"Bell tak duduk seat tepi tingkap ke?"

Arabell menggelengkan kepala.

"Bell mudah rasa nak kencing. Flight kita ni 7 jam lebih. So memang Bell pilih seat aisle. Senang nak pergi toilet."

"Ahh, Ardel tak terfikir pula. Ardel ambil window seat sebab nak tengok awan. Lupa pula jarak perjalanan kalini lama. Mesti susah nak keluar ke toilet nanti..." keluh Ardel.

"Takpe, nanti Ardel ckp jer excuse me, excuse me... takkan dorang taknak bagi Ardel pergi toilet kut..." seloroh Arabell.

Ardelia tersenyum kecil.

Arabell melihat pada jam di lockscreen telefon pintarnya.

"Jom, Ardel, kita gerak cari gate. Nak dekat boarding time dah ni, takut terkejar kejar pula nanti."

Enchanting YouWhere stories live. Discover now