Bab 47

1.1K 67 34
                                    

Markas Nemesis

"Hurk!"

Idham tersentak dalam tidurnya dan terus mencelikkan mata.

Niya yang sedang memeriksa bag iv drip di sebelah katil berpaling apabila terlihat mata lelaki yang sedang terbaring itu terbuka luas. Wajah Idham nampak risau dan agak panik.

"Id, jangan terkejut. Kau dekat cold room." ujar Niya untuk menenangkan lelaki itu.

Idham mengerdipkan kelopak matanya berulang kali selepas terlihatkan wajah Niya.

Pedih di bahagian abdomen kirinya kembali terasa. Dia berkerut beberapa saat.

Niya menilik keadaan Idham seketika sebelum tersengih.

"Congratulations, kau orang pertama yang officially guna bilik baru ni." seloroh Niya.

Bilik baharu di aras bawah markas itu siap dibina awal tahun tersebut menggunakan bajet yang disediakan oleh Tengku Zarif. Namun ruangan itu belum pernah digunakan sesiapa kerana ahli ahli kumpulan mereka jarang benar berhadapan dengan kecederaan teruk dan serius.

Tidak disangka pula Idham yang akan menjadi orang pertama yang merasmikan bilik medikal itu.

Idham tak mengendahkan kata-kata Niya. Dia cuba untuk bangun dari pembaringannya namun deras dihalang oleh Niya.

"Id, jangan! Sedative you baru wean off. Jangan buat pergerakan yang mendadak, kau tu baru kena jahit." pesan Niya deras.

Idham mengerutkan wajah.

"Zulfa? Mana dia?" soalnya sambil melilaukan bola mata.

Niya lantas tersenyum sinis mendengarkan soalan itu.

"She's sleeping." ujar Niya sambil memuncungkan bibirnya ke satu arah.

Idham terus berpaling dan dia dapat lihat gadis yang dicarinya itu sedang terbaring di katil sebelah. Mereka berdua hanya dipisahkan dengan tirai pandang telus yang melitupi kawasan katilnya.

Matanya mencerun kerisauan. Dahi berkerut.

"Kenapa dia masuk sini juga? Apa dah jadi? Is she okay? Dia sakit ke? Last yang aku ingat dia nak dermakan darah dia pada aku, kau orang benarkan ke?!" soal Idham keras. Serentak itu tangannya menekan sedikit luka jahitan yang ditutup dengan kain kasa apabila terasa luka jahitan itu berdenyut-denyut.

Niya mengeluh perlahan.

"Id, you pun tahu kan sedegil mana Fafa tu. She insist so I terpaksa lah buat live transfusion through her." terang Niya.

"Kau ambil darah dia? Kau gila ke? Kalau family dia tahu?! Argh! Damn!" bentak Idham dengan wajah tegang.

"Id, boleh tak you relaks. Berapa kali you nak I ulang? You tu baru lepas kena jahit! Karang terbuka balik jahitan tu naya!" bebel Niya.

Idham mendengus.

"Kau ke yang perform surgery? Mesti kau panggil Florence. Kau tu kan pakar bius jer."

Niya lantas bercekak pinggang.

"Hey mangkuk, you ingat markas ni hospital? Ingat cukup sangat ke orang nak tolong jahitkan you tu? You ingat Florence boleh buat sorang sorang ke?" bertubi-tubi Niya membebel sambil bercekak pinggang.

Face mask yang tersangkut pada telinga ditarik dan dimasukkan ke dalam poket surgical gown berwarna biru muda itu.

"Lagipun Fafa tu okay jer lah. Yang you gelabah sangat dah kenapa?" sungut Niya sambil menjeling.

Idham menoleh kembali ke arah Zulfa. Diperhatikan keadaan katil tempat gadis itu merebahkan tubuh. Tiada mana mana mesin yang dihidupkan. Gadis itu juga kelihatan tenang dalam tidurnya.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now