Bab 35

761 30 4
                                    

Pagar hitam besar itu terbuka perlahan lahan setelah Niya menekan punat alat kawalan di tangannya.

Mata Zulfa mula meliar melihat ke sekeliling kawasan gudang itu apabila kereta yang dipandu Niya masuk ke dalam kawasan pagar.

Kereta itu dipandu hingga ke satu kawasan garaj jenis tertutup. Di dalam garaj tertutup itu bersusun pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi dan beberapa jenis kereta mewah, van hitam dan juga beberapa kenderaan jenis jip.

"Eh, tu motor kacak Abang Id!" ujar Zulfa teruja apabila melihat motosikal Idham turut berada di garaj itu. Jadinya, dia memang tak salah arah. Ini memang tempat Idham.

Niya tergelak kecil.

"Motor kacak you panggil?"

Zulfa angguk.

"Haah sebab motor Abang Id tu hensem betul. Fa suka tengok bila Abang Id tunggang motor tu."

"Kalau you nak tahu, Abang Id you tu namakan motor dia as Ninja. He loves giving nickname to the thing he likes..." ujarnya perlahan sambil mengerling ke arah Zulfa.

"Wow Ninja! Sesuai sesuai! Kereta myvi tu pun Abang Id bagi nama ke?" soal Zulfa sambil menunjukkan ke arah kereta Myvi hitam yang turut ada di dalam kawasan parkir.

"Yes, myvi tu King namanya."

Selesai memarkir kereta, Niya dan Zulfa sama-sama melangkah ke pintu utama gudang itu.

Zulfa hanya membontoti langkah Niya sambil matanya tak lepas dari menilik setiap ceruk kawasan dalam gudang sebab dia sendiri juga tak pernah merasa jejak kaki ke kawasan gudang yang nampak seperti sudah diubah suai.

"Kak Niya, ni tempat apa sebenarnya? Ni bukan kawasan macam tempat gangster tu kan?"

Niya gelak kuat.

"You rasa ni tempat apa?" soal Niya semula.

"Entah. Fa tak boleh nak agak. Ada lah gaya macam tempat mafia mafia tu dalam kdrama. Vincenzo!"

Niya mengerutkan dahi. Tak memahami.

"Vincenzo, korean drama pasal mafia. Mafia hensem." terang Zulfa.

"Ahhh..." ujar Niya sebelum dia kemudiannya diam.

"Ni bukan tempat orang jahat kan Kak Niya?"

"Madam!"

Dua pengawal yang berjaga di balik pintu memberi tabik hormat kepada Niya. Zulfa merasa kagum melihat situasi itu. Terlupa seketika dia pada soalannya tadi.

Dia mula membuat andaian sendiri. Mungkin Niya merupakan antara orang penting di situ.

Dua pengawal itu melirik pada Zulfa.

"Siapa ni madam? Tak tahu pula madam ada adik cantik macam ni." ujar salah seorang dari mereka sambil tersengih sengih memandang ke arah Zulfa.

Zulfa yang tak selesa ditilik, mula menyorokkan sedikit tubuhnya di belakang Niya.

Niya terus menjeling tajam ke arah dua lelaki tadi.

"If you guys sayang nyawa, I nasihatkan you guys jangan cuba-cuba nak menggatal dekat sini." selarnya tegas.

Didekati tubuh kedua lelaki tadi lalu dia berbisik perlahan, khas untuk pendengaran dua lelaki itu sahaja.

"She is in Shade's protection. Beware."

Mendengarkan itu, lantas dua lelaki tadi terus berubah riak. Langkah diundur beberapa tapak.

Niya tersenyum sinis sebelum melangkah meninggalkan kawasan itu. Zulfa turut mengikut.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now